Thursday, April 05, 2012

Master oh Master oh Master - Part 2


Sambung cite pasal dilemma aku nak sambung belajar nih. 
Aku rasa ni dilemma terbesar dalam hidup aku dulu selain daripada nak pilih masuk branch mana kat CIMB 5 years ago. Nak kahwin pun tak pening camnih. 
Nak pilih bersalin kat hospital mana pun tak pening camnih jugak.

Dilemma sebab apa? Sebab aku nak sangat sangat sambung belajar. But I can’t quit my job. So aku kena jadi supermak untuk membahagikan masa berkerja. 
Sambil menjalankan tanggungjawab sebagai bini, mak, dan anak tunggal dalam family. 
Pastu ada hati nak sambung belajar pulak. Camne nak bahagikan masa nih? 
Time bila sempat belajar? Which study mode yang sesuai? Kalau weekdays dah keje dari pagi around 7pm baru sampai rumah. Malam jaga Allysha dan buat kerja apa yang patut. Weekend balik Rawang visit family. Dah sambung belajar nanti camne? 
Kalau anak dah dua camneeee? Boleh keeeee? Kalau tak keje xpeeeee..

Dilemma lagi sebab apa? Sebab kena kumpul duit lebih untuk bayar yuran. 
Yela, sape nak sponsor beb? Takde sape hokay. Sponsor lah diri kau sendiri, Adila. 
Kalau keje kat bank dulu pejam mata everymonth dapat 2 kali ganda dari sekarang. 
Ni tersemput-semput nak saving. Haiiii.. Oi setan kat sebelah ni sila jangan menghasut.
 Aku akan tetap bersyukur ok.. Kalau keje bank sampai tua lah buat benda yang lebih kurang sama. Boring. Biarlah susah sekarang..

Walaupun parents aku mampu untuk sara hidup sendiri, tapi tetap aku akan bayar dan bagi apa yang termampu sebab tu niat aku dari kecik lagi. My priority. 
Kalau aku quit job dan focus study sambil membayar yuran pakai duit saving yang tak seberapa tu? Sape nak bayar rumah? Sape nak bayar bil? Kalau gaji husband RM15K takpelah. Oi setan kat sebelah ni janganlah kau menghasut lagi! Aku akan tetap bersyukur.. 
Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.  
Makanya memanglah sambung belajar full time itu  tak terlintas dalam kepala nih.

That’s why masa survey nak study master kat uni mana aku shortlisted UiTM sebab aku nak yang study fees paling murah. Kalau baca forum dan tanya orang, ramai recommend UiTM. Memula aku percaya murah dari uni lain dan aku percaya aku mampu nak pakai saving yang ada. Kalau RM3000 X 4 sem baru RM12,000. Ok la. Tapi kan UiTM ni jauh laa..
Cam tak larat je nak berulang hari-hari kalau amik evening track. Kalau amik yang kelas weekend yakni executive MBA? Masa bila nak visit family sume tuh? Haihhhh..

Walaupun rasa macam banyak halangan, aku proceed je application tuh. Tapi bila dah dapat offer letter baru tau yang MBA UiTM tak la murah mana pun. Study fees mahal jugak lbh kurang macam UTM je. Aku dapat invoice terkejut beruk gak lah sebab die quote RM4,380. Kalau 4 sem RM 17,520. What?? Sangat tak percaya. Bila call, diorang kata executive MBA memang mahal sket. Pastu nanti duit petrol/toll lagi sebab jauh. Laaaa..Aku tanya UTM pulak.Dia quote 4 sem RM 21,000. Alaaa beza beberapa ribu. Tapi ikutkan baik aku amik MBA UTM sebab dekat Kg Baru je. Tapi UTM takde evening track pulak dahhh. 
Kelas Saturday/ Sunday from 9am-6pm. Aiyaakkk..

Haaaiiihhh..mengeluh panjang. Mana nak carik duit puluh-puluh riban tuuuu..Ikutkan kalau kumpul insyaallah boleh dapat untuk intake 2013. Tapi nanti jadi dah takde saving langsunglah. Kalau emergency camne? Pastu nak arrange time camne? Tak penat sangat ke nanti? Alaaaaaa….Sedih. Dalam hati menangis. Kenapa la tak smooth..


4 comments:

Ilyia Nur said...

dear sayangku adila,

better sambung kat utm..pasal takde mase in weekend..not every weekend sampai 2 thn kot..cuti sem boleh balik..or ask mak ko visit kamu ke..sekarangni jangan fikir yang masalah...rempuh je onak duri and ranjau yang ada..(itu filosofi aku la)..masalah datang baru setelkan time tu gak..almaklumla.saya ni bkn well planned sgt orgnye..suke fikir time last minit tu camne nak solvekan isu tersebut..

UNLESS

kamu seorg yg well planned..tunggu setel semua..kehidupan stabil sikit..masa utk kehidupan pun flow cantik punya..baru bole sambung..sebab futher study ni bukan perkara main2..silap langkah separuh jalan la gamaknye..masa mmg limited (dah 3 thn tak cukup tidur..coz time dorg tidur br ble study or writing)..

SO,

jangan difikirkan sangat..ada rezeki tak ke manapun untuk smbg master..peluang sentiasa terbuka luas..mana tau ada rezeki sambung blaja sponsored by office..jangan apa yang dikejar tak dapat..yang dikendong berciciran..ayah aku umur 42 thn baru nak buat degree..nak buat camna rezeki yang Allah bagi tu sentiasa ada hikmahnya..skarangni ko dpt rezeki yg plg hebat Allah kurniakan..ada org dah post doc pun g paris bape kali buat ivf tak dpt2 anak..so jgn risau k daring..by hook or by crook aku akan support ko utk futher study wpon time tu kite dh pki gg palsu sebelum g libry..

sekian..wassalam!

Adila said...

hehe nice one..
aku memang berdoa je kalau ni yang terbaik mintak Allah swt permudahkan.. pagi tadi aku berdoa sungguh-sungguh. aku memang dah tahap pasrah. takpela tak achieve target. tetibe aku terbaca pasal mba ukm kat campus titiwangsa. terus call faculty tu and person in charge kata last date for 2012 intake is 15 april. terus aku cuba apply. aku try je. kalau ada rezeki ada lah kot..thanks babe..

Rez said...

Maaf saya tersinggah di blog ni sebab nak cari mereka yang dah enrolled for mba ukm. SAya baru je apply utk part time mba ukm utk sessi 2012/2013 March intake.

Pasal yuran tu rasanya takde masalah kot. Boleh apply my brain https://www.mohe.gov.my/MyBrain15/ dan juga pengeluaran EPF ...

Acuyuhan said...

done folo u, folo me back k ;)