There was an error in this gadget

Monday, February 27, 2012

Tiramisu with Cashewnuts


When I was browsing menu for this Saturday gathering pot luck,
then I found this tiramisu recipe. Ermmm!
At first I just wanted to prepare spaghetti or mango/strawberry cheesecake.
Al maklum lah tu je paling senang nak buat haha.
But I'm getting bored with it. Huhm.
So tiramisu in my mind! Easy to prepare as well.
Sangat terliur, tak sabar nak buat.
Tapi kena la try dulu kan. 
Kang tak jadi, mesti kena gelak ngan makcik-makcik kepoci tu.


Bila potong, nampak ini.
Oh betapa girangnya hati ada benda sedap macam ni depan mata.



Oh, ni gambar google sebab malas nak amik camera.
Tapi rupa paras tiramisu I memang macam ni.
Tak caya tanya Ish. =)



Meh nak share recipe. Ni dah adjust sikit but still ok.
Plus, ada tambah kacang bagi lagi syok nak kunyah. Mesti try tau!

Ingredients
Ladyfingers (tak tau nama melayu dia apa)
3 in 1 coffee /  nescafe
2 cups whipping cream
1 cup plain yogurt (to replace mascarpone cheese)
1 block cream cheese (250g)
1/2 cup condensed milk (to replace sugar)
cocoa powder
honey cashewnuts (chopped)


Methods


Whip the cream until it forms stiff peak.
Cantik tak cream I ? Hiks.


Beat together yogurt, cream cheese and milk. Then add on cashewnuts.


Soak half the ladyfingers in the coffee and place them in the bottom of the dishes.


Spread 1/3 the cream mixture on top of the ladyfingers and dust with cocoa powder.


Repeat steps 2 and 3 then chill for about 2-3 hours.
Kalau tak sabar sangat, masuk dalam freezer terus, after an hour boleh ngap.
Senang kan? 15-20 minutes je dah siap.
Hubby kata macam cake white chocolate macadamia kat Secret Recipe pun ada gak.
Macam, je ye. Tapi memang suka la. Tak sabar nak buat lagi.
Next time nak add on mixed nuts ngan sneakers pulak.
Selamat Mencubaaaaaaaa!

Wednesday, February 22, 2012

Imam

Something good to share 


CARILAH UNTUKMU SEORANG IMAM

"Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? "
" Maybe kot. Try search kat google.."
" Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni.."
" Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid.."
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan. Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing. Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing. Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat? Kita makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah? Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup. Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya. Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya. Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.
PERKAHWINAN
Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua. Ia perjanjian sampai mati. Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut. Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua. Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai 'bab orang perempuan' yang tidak perlu diketahui oleh lelaki. Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.
" Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! "
Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab. Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami? Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya? Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?
MENCARI SEORANG IMAM
Tak kacak tak mengapa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan. Tak kaya tak mengapa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan. Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah. Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik? Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam. Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam. Ada juga yang merasakan lelaki 'berpengajian agama' itu paling baik sebagai imam. Saya geleng kepala. Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu. 
ASALKAN DIA BAIK ?
Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya. Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik. Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak. Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah? Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat. Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama. Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu. Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.




Termenung sekejap baca article ni. Masa mula-mula kahwin dulu, selalu terdetik dalam hati ni rasa tak puas hati dengan suami. Itu la ini la (tak payah la nak cerita benda-benda aib camni kan?)
Terlalu banyak complaint dalam hati. Pantang suami tegur, mesti nak jawab 
"eleh macam la dia tu bagus sangat! kalau bagus kenapa tak hafal surah-surah baru?" 
Astragfirullahaladzim, berdosanya aku. 
Macam mana suami nak jadi imam yang baik kalau aku sendiri taknak tolerate dan lembutkan hati untuk dengar nasihat dia. 


Banyak kali dia bagitau sabar tu ada batasnya. Tapi degil jugak.
Aku lupa bahawa lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.
Kalau aku pun berperangai macam perempuan yang kurang didikan agama, 
macam mana nak rasa syukur dengan pasangan yang dah ditakdirkan untuk aku ni dan sama-sama cuba untuk hidup dalam rahmat Allah swt?


Sebelum kahwin dulu suami ada bawak aku ke beberapa kelas agama. 
Sama-sama belajar menghayati Al Quran sebagai bekalan untuk hidup berumahtangga nanti.
Tapi lepas kahwin je, aku terus taknak pergi kelas tu lagi dah walaupun suami pujuk banyak kali.
Macam-macam alasan. Aku tinggalkan ilmu penghayatan Al Quran tu.
Mungkin sebab tu la hati aku tak tenang, kosong dan terumbang ambing.
Sebab aku berpaling setelah Allah swt beri hidayah.
Natijahnya aku yang tak bahagia. Bukan salah sesiapa.
Salah diri sendiri. So, bermuhasabahlah. 


Alhamdulillah beberapa bulan ni dah jarang selisih faham dengan suami.
Mungkin sebab aku lebih bersyukur. Syukur more, expect less.
Tapi kadang-kadang aku takut bila dah lama tak tempuh ujian macam ni, 
nanti bila tiba-tiba di uji lagi aku akan terlalu sedih dan jatuh tersungkur.
Astragfirullah. Kenapa kena fikir macam ni?
 Bukan ke Allah hanya akan menurunkan ujian yang mampu dipikul oleh hambaNya. 
Dan selagi segala nawaitu itu adalah Lillahi Taala, selagi itu kita takkan rasa rugi apa-apa.


Selain bersyukur, masing-masing kena sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dengan belajar ilmu-ilmu agama yang baru, lebih menghayati Al Quran dan Sunnah, berdoa kepada Allah swt tanpa jemu.


Ya Allah, jadikanlah aku hanya mencintai Mu dan Rasulullah lebih dari segalanya.
Amin Ya Rabb.

Cheesy Macaroni


This week macam rajin pulak buat kecah kat dapur.
Rasa nak bawak breakfast untuk darling-darling kat office.
Pagi ni pukul 6 dah bangun kelentung kelentang menyudip.


Cheesy macaroni in the office yaw!
Sangat suka masak makanan yang bertemakan cepat dan mudah.

Jom la try. Senang je. Lagi senang kalau ikut recipe koboi ini.

Bahan-bahan : 
Sebiji bawang besar / bawang holland dipotong cube.
3 ulas bawang putih.
Minced chicken atau sausage.
Filament crab. Ala ketam tiruan tu. Hehe.
4 slices cheddar cheese. yang orang buat makan dengan roti/burger tu ha.
2 biji tomato.
Blackpaper.
Garam.
500g elbow. 
Nama elbow tapi ramai panggil macaroni. Adakah elbow sejenis macaroni?

Kekdahnya :
Rebus elbow. 
Nak cepat dan tak melekat, sila tambah garam dan sedikit minyak dalam air rebusan.
Tumis bawang besar dan bawang putih.
Tambah ayam, sausage, crab.
Masukkan elbow yang dah di tos.
Tambah cheese yang dah dikoyak-koyakkan.
Tambah garam, blacpaper, dan tomato.
Done!

Senang sangatttt..

Sneakers Oreo Cheesecake


Hubby's all time favourite.


The sneakers and oreo cheesecake babeh!
Presentation tak cantik macam cheesecake orang lain.
But the taste is good ok. Hahah perasan.


Malas nak buat icing untuk tulis-tulis atas cake.
Kalau dulu guna dulce de leche (sila google), lagi sedap sebab rasa macam caramel.
Tapi tak sempat nak buat so guna chocolate je untuk topping nye tu.


So grateful hubby love this kind of cake.
Because it is so easy to prepare - non baked.

Want to have a shot?
Here the recipe.

Base 
Ingredient : 1 packet oreo / digestive biscuit. I use mc vitees digestive.
125g butter. I use buttercup.
Instruction : Combine the biscuit crumbs with melted butter and press into pan.
Set aside.

Cheesecake
Ingredient : 2 cups whipping cream. Forgot the brand. hehe.
250g cream cheese. I use philadelphia.
1 tablespoon lemon juice.
1 teaspoon vanilla.
1/2 - 1 cup condensed milk.
1 tablespoon jelly powder.
3/4 cup oreo crumbs.
chopped sneakers.

Instruction : Beat whipping cream until medium peak form. Set aside.
Beat cream cheese and add on the lemon juice, vanilla, condensed milk, 
melted jelly powder until incorporated with the whipping cream.
Then add on oreo and sneakers.
Fill in the mixture into pan.
Refrigerate it for at least six hours.
Serve with dulce de leche, chocolate, or what so ever.
Done!

Ni recipe yang di adjust hehe. Condensed milk tu untuk ganti sugar. Senang beat.
Jelly powder tu pulak ganti gelatine. Supaya cake tak cair macam ice cream.

Senang kan? Selamat mencubaaaaa (",)

Tuesday, February 21, 2012

Hubby's Birthday


February 20 was my lovelyhubby's 28th birthday. 
Oh oh dah dewasanya suami saya.
But why still stick to PSP all the time? :(

2010 berjaya buat surprise yang sangat surprise bagi dia.
Thanks to friends yang tolong menjayakan surprise yang tak seberapa itu.
Nampak sangat muka terharu dan tak habis-habis say thank you. Hehe..

2011 just celebrated at Pizza Hut Genting with friends as well. 
No surprise. Biasa-biasa je. Dah la time tu pregnant.
Gatal kan nak makan kat Genting walhal mana-mana pun banyak je Pizza.
Natijahnya baru 5 minit turun dari Genting dah benti tepi jalan untuk muntah.

2012 pulak rasa macam malas nak arrange anything. 
Dah bagi perfume yang beli kat Singapore tu dah la kan.
Tapiiii..macam tak sampai hati pulak. 
Dah ada Allysha, kalau celebrate bertiga mesti best kan.
So I decided to have a Hi Tea at Dorsett Regency on his birthday.


Over. Kalau makan kat hotel mesti nak penuh satu meja.
Tak sedar berapa banyak lemak dan kalori yang dah masuk dalam badan.


Hubby sangat suka makan banyak-banyak.
But mantain slim. Jelous la!


Lasagna for me.


Fettucini for him.


Muka lebar camni mesti tengah memerut kan?


The greatest gift.



Baby boss.


Her first Marshmallow. Macam menang award je.


Sangat bising tau.


Hey naughty baby!


This is better, sweet girl.



Before we went back home, 28 pieces coupon for him! Taraaa!
All his favorite there includes cheesecakes, bread pudding, smoothies, shirts, 
body massages, special treat, etc.
Tapi bila hubby nak redeem je bagi banyak alasan kannnn..Hehe..

That's all. 
I will always pray the best for us, dear.
Semoga kita sentiasa dalam keberkatan dan keredhaan Allah swt 
dan bahagia hingga ke syurga. 
Amin. Ya Rabb.


ada lagu : Sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula suami isteriiiii~~eceh.



Uniquely Singapore - Part 3


I forgot to update my Singapore Trip Part 3!
Sampai dah terlupa apa yang nak di share. Haih..
Ok basically it was our second day in Singapore. 
No plan. No itinerary. No direction. But not lost = )
Our flight to KL at 9.20 pm. We had the whole day to spend. 
So we decided toooooo... 


Cekidout Mustapha Centre yang menjadi sebutan perempuans itu.
Bangun pukul 8pagi, breakfast, terus menapak ke situ sebab betul-betul depan hotel je.
Mustapha Centre operate 24 hours. So nak datang pukul berapa pun boleh ye.
Ingatkan mall camne la. Rupanya ala-ala Mydin je.
Kalau nak beli souvernirs kat sini la murah.
Ada jual baju, electric devices, chocolates, pinggan mangkuks, suuuume ada.

The second day was Thaipusam. 
Sangat tak tau rupanya Singapore pun ada celebration macam ni.
Maka pemandangan seperti ini di depan hotel sepanjang Little India.


Kat Malaysia pun tak tengok sedekat ni tau.
Jalan tunduk bawah taknak tengok cucukan-cucukan berdarah yang tak masuk akal tu.


After check out from hotel, around 12pm we decided to
just hop on hop off the MRT to finish our credit in EZ Link card.
Load SGD17 for two days. Terpaksa la habiskan.
Plus, tak tau tahun bile baru turun Singapore lagi kan.


Our first destinantion, of course lah Orchard Road!
Ah suka sangat la..Suka la sebab shopping perfume murah hoi!
Dari Little India nak pergi Orchard Road tu camne?
Tengok paper yang telah menjadi rakan karib selama dua hari.


As i mentioned before, just study their MRT route map, and follow the signs.


Dah sampai Orchard Road. Exit subway ada location map la.
So senang la tengok mall apa yang ada, nak pergi arah  mana.
Tak la ternganga sangat kan.


Main purpose was these thing.
Ferrai Red for hubbydarling.
Laju sangat pilih dan beli sebab kat KL lagi dah fikir nak beli yang mana pastu 
macam tamak semua nak amik then terus bayar.
Natijahnya, pukul 3pm dah tak tau nak pergi mana pulak.
Kak Ija suggested to visit Siloso Beach and Merlion. Kat Sentosa Island jugak. 


The interchange.
Semalam pergi USS tu naik monorail dan turun first station.
Merlion pulak turun second station, Siloso Beach turun last station.


Ada Palawan Beach jugak.
Tapi tak singgah pun. So tak tau ada apa.


Sampai je Siloso Beach station kat bawah tu ada beach tram yang pusing Siloso ni.
Excited sebab rasa macam ada driver yang tunggu mem.


Bersih dan cantik.
Bukan nak puji sangat la ye.
Tapi memang playground yang bersih.


Turun kat last stop.
Campak beg kat tepi dan terus paksa Kak Ija jadi photographer posing.


Terpegun dengan pasir putih yang bersih macam kat pulau-pulau Sabah.
Oh I miss KK so much!


Macam kena tanam separuh tak?


Ramai amik gambar bertenggek kat block ni.


We spent almost two hours here.
Siap tido bawah pokok kelapa tinggal tak pakai bikini cam mat saleh tu je.
Kalau bawak baju lebih mau dah turun pergi mandi laut plak kot.


After that, we proceed to Merlion.


Beautiful park loaded with colorful flowers.


Setiap inci tempat ni nak di amik gambar.


Klik kluk klik kluk (bunyi camera mensnap gambar),



Bersalaman dengan bunga purple yang indah.


Terdampar jap.


Nak balik tapi tetibe ternampak dragon ni pulak. So posing dulu.


Believe me. Kalau tengok dekat bunga-bunga ni sangat cantik.


Tak sedar jam dah pukul 6pm.
Homaigod! It's time to back hommeee! Yaayyy!
(masa ni belum tau nasib malang akan berdiri dalam MRT yang sangat padat lagi dasyat dari sardin selama sejam akibat gerak after office hour)


Sejam berdiri dalam MRT adalah sangat menyeksakan. Dah la baru terasa sakit kaki.
Hamboikauuu..masa berjalan-jalan tak rasa sakit pape pun. 
Bila nak balik baru la sakit hitu hini eh.


Kalau anda shopping duty free item kat mana-mana kedai above SGD100 in one receipt,
 jangan lupa redeem kat airport.
 Contohnya, we all beli perfume total SGD400++. So dapat la balik SGD40.
Ok la kan. Boleh la buat beli pape kat airport tu,


Eh, eh.. Terjumpa Victoria's Secret pulak.
Kan ada duit lebih sikit kan. Pastu dah redeem kan.
 So ape lagi, kena la habiskan duit tu beli body mist dengan body butter kan kan kan.

Heheeee..