Wednesday, August 29, 2012

Adila & Ish Mini Open House


Sebab rumah mini, so open house pun mini juga ; )
Actually tak plan nak buat open house pun, tapi ramai yang tanya kan.
So apa salahnya jamu kawan-kawan sekali sekala.
Sorry sebab tak berani nak invite kat fb. Takut lebih ramai nak datang dan mak buyung tak larat nak attend pulak esok. Ada gak yang terbranak kat dapur kang.

Ok. Ehem.
Assalammualaikum wbt.
Hi u ols! Saya dengan segan silunya (sebab jamuan tak seberapa) ingin menjemput 
kawan-kawan datang ke Open House kami yang sederhana dan biasa saja esok.

Tarikh : 31 Ogos 2012, Jumaat
Masa : 3 petang - 10 malam 
Tempat : Taman Cahaya, Ampang
(SMS 016 -8787459 untuk full address)

Menu : 
(perlu bagitau supaya orang tak expect ada satay dan ayam golek ;p)

1. Nasi ayam
2. Bihun goreng
3. Penne carbonara (pasta)
4, Nasi impit dan kuah kacang ayam
5. Soda cocktails
6. Kuih biasa2 hehee
7. Nuggets & fries for kids

 Tu je la. Insyaallah.
So, kalau sudi, sila sms untuk full address ye.


Some of friends yang sudi datang last year.
See you all tomorrow peeps!


Pengalaman Bersalin Kali Pertama : Allysha



I can't help myself. Aaaaaa.. Tak tau la kenapa.. Kengkonon tak nak fikir sangat pasal nak bersalin ni. Tapiii.. sangat nervous. Bagaimanakah labour kali ni? Lebih mencabar kah? Atau lebih mudah kah? Atau sama kah? Atau apa kah?

Teringat-ingat pengalaman bersalin Allysha last year. 
Nak share boleh tak? Boleh la.. Kalau tak boleh sila pangkah tab. ;p
Certanya begini...  
(flashback, zooosshhhh..gambar samar-samar cam dalam drama)

Edd 15 June 2011. Tapi doctor kat Hospital Ampang suruh stand by dari 3 June lagi. Sebab dia kata baby besar dan ada possibility untuk keluar lebih awal. Aku ingat lagi 3 June tu hari Jumaat. Pagi Sabtu tu dah ada bloody show. Lendir campur darah kecoklatan sikit macam masa mula-mula period tu. Oh, dah nak bersalin ke ni? Tapi tak rasa sakit pape pun.

Sebab dah plan ngan kengkawan tercinta, maka meneruskan juga hajat untuk ke Kepong nak attend wedding Yana Mazta keesokan harinya, Sabtu. (Patutnya attend wedding diorang kat Gemas a week before, tapi malangnya teraccident kat Seremban dan terpaksa berpatah balik. Mungkin ada hikmah besar disitu yang aku tak tahu. Aku pun tak patut berani sangat tengah tunggu hari tapi nak masuk Gemas. Tak takut ke terberanak kat sana, tak pasal anak IC nogori smilan). Maka terkinja lah mak buyung cam orang tak mengandung bersama konco-konconya. Kemain aktif dengan perut yang memboyot sehingga melanggar meja, kerusi dan orang-orang lain secara tak sengaja.

Hari Ahad ada second bloody show lagi. Masih diabaikan sebab belum rasa sakit. Hari Isnin pergi kerja macam biasa. Petang Isnin 6 June tu dah terasa sakit pinggang dah tak selesa macam senggugut. Masa ni dah ada instinct cam dah nak dekat bersalin. Kebetulan Mama takde kat rumah. Dengan rajin dan berbesar hatinya nak memasak dan buat kerja rumah. 

Sebelum sampai rumah, round Ampang Point dan singgah hero untuk beli barang dapur.
Sampai rumah pukul 8 malam. Start memasak tomyam, goreng kobis, sambal dan apa ntah lagi. Lepas dinner, basuh + sidai + lipat + iron baju yang ada. Pastu kemas rumah. Pastu mop lantai. Ada rasa nak sental toilet, nasib baik cam dah tak larat. Ikutkan hati, macam-macam lagi nak buat masa tu. Bukan la sebab semulajadi rajin. Tapi sebab agak cuak dan nak hilangkan rasa tak selesa cam senggugut  yang aku dah mula rasa masa tu.

Pukul 11 malam terus tidur. Menjelang tengah malam terjaga dan tak boleh sambung tidur balik sebab rasa sakit tu makin konsisten kurang dari sejam. Abaikan lagi sehinggalah pukul 1 pagi. Ini kronologinya:

1 am : Contraction yang konsisten setiap 30 minit. Tak berapa sakit, tapi tak boleh tidur,  baring je diam-diam dengan perasaan jeles husband kroh kreh kroh kat sebelah.

2 am : Contraction yang konsisten setiap 15 minit. Masih lagi mild dan tak berapa sakit. Bersedia untuk kejutkan husband. Tapi husband cam taknak bangun je sebab dia kata ntah-ntah false alarm. (dia pun attend antenatal class, so dia tau) Ok tunggu lagi sikit.

3 am : Contraction yang konsisten setiap 10 minit. Masih lagi mild dan boleh tahan. Kejutkan husband ajak pergi hospital. Aku pun get ready siap pakai bedak bagai. Heee.. Tapi Ish lagi tak boleh blah, siap mandi 20 minit pastu boleh pulak dia suruh pilih baju mana patut dia pakai, merah ke biru. Masa tu rasa nak tumbuk perut dia sebab aku nak pegi hospital tapi dia boleh pulak bersiap macam orang nak pegi shopping.

4 am : Naik kat ward bersalin. Doctor seluk kata dah buka 2 cm. Masa ni relax lagi walaupun sakit tapi boleh tahan sebab memang macam senggugut je. Terkebil-kebil aku atas katil sengsorang. Masa tu belum ada smartphone  ;p

5 am : Doctor seluk lagi dan kata dah buka 4 cm. Terus dia suruh get ready untuk masuk labour room. Masa ni agak terkejut sebab cam awal lagi je. Stil boleh tahan sakit.

6 am : Contraction yang konsisten setiap 2 minit kat dalam labour room. Mula rasa sakit. Midwives panggil husband untuk temankan. Diorang kata, maybe dalam pukul 12 tengah hari bersalin lah. WHATTTT?? Aku dah sakit tahap nampak muka Ish macam punching bag, dia expect lagi 6 jam baru bukak 10 cm? Sebab normally 1 jam 1 cm katanya.
Unbelieveable. Masa tu dah nampak 6 jam paling hazab dalam hidup aku.

6.30 am : Diorang bagi happy gas. Sedut sampai lalok aku dibuatnya but stilllll rasa sakit teramat sangat weyh. Doctor datang tengok CTG maybe sebab muka aku dah cam hantu kak limah menahan sakit. Dengar dia cakap 'kuat la contraction dia ni. she need painkiller'. YES I AM!! Tak terfikir langsung nak amik epidural. Tapi doctor offer, aku pun hape lagi lah. Dia pun kesian tengok result CTG aku tu kot.

7 am : Ramai pulak doctor dan midwives kua masuk kua masuk labour room aku tu. Tapi epidural nya mana???? Diorang kata tengah prepare la hape la. Rasa nak je meraung tapi aku tahan dan menangis slow2 je. Sakitnya time ni masyallah..Kemek tangan Ish aku genggam sekuat hati.

8.30 am : Baru la doctor bius sampai. Tak tau la apa yang lama sangat diorang buat sampai aku kena tunggu 2 jam dari time diorang offer epidural tu. Maybe doctor bius tu baru masuk kot sebab setahu aku diorang ni kerja office hour kalau takde appointment. So diorang suruh aku duduk dan peluk bantal untuk cucuk kat backbone. Penyek bantal tu.

8.45 am : Baru suku epidural tu masuk kat badan aku, tetibe rasa cam nak meneran sangat. Kelam kabut diroang suruh aku baring semula dan check bukaan rupanya dah 9 cm. Masa tu memang tak guna la epidural  ke hape ke. Rasa bersyukur sebab tak payah tunggu sampai kul 12pm. Hoyeah!

9 am : Doctor yang tak berkaitan semua keluar dan midwives saja yang handle aku untuk bersalin. Dapat je instruction suruh ready untuk push, aku pun gunakanlah segala ilmu push dan breathing technic yang dah belajar masa attend antenatal class dulu.

9.20 am : Alhamdulillah nampak muka baby girl tenit yang bambam. Terus diorang letak kat dada. Allysha dongak tengok mommy dia pastu hisap jari. Haha baru lahir seminit dah pandai tengok macam tu ye sayang!

9.30 am : Keluarkan uri dan darah yang berketul-ketul dalam perut ni. Masa ni dah tersadai sebab lega sangat.

10 am : Diorang start menjahit tut ni. Sungguh tak ku sangka, betapa sakitnya proses jahitan tu lebih sakit dari bersalin! Ya Allah..unsangkarable tol. Tak bagi bius ke memang takde bius ke hape sebelum jahit?? Dah la jahit 3 lapisan. Gile btol la. Sangat sakit sampai aku menggagau cari balik happy gas tu. Memang meraung la.

11 am : Siap la proses jahit sulam kat bawah ni dan segala benda yang perlu. Leganya dah boleh kua labour room. Diorang bagi dukung Allysha. Hilang rasa sakit jahit tu.

12 pm : Aku terpengsan dalam toilet sebab dah kurang darah kan. Nurse tu sound 'awak ni tak boleh jalan lagi. Jangan la turun wheelchair. Nampak cam sihat sebab awak happy dapat baby, tapi badan awak lemah..nak pergi toilet bagitau nurse dulu..'' Heee.







Kesimpulannya, faktor ketakutan aku untuk second labour ni ialah : 
1. Contraction yang sampai tak boleh tahan tu
2. Kesakitan masa proses jahit.

GULP! Takutnyeee..sebab ingat lagi rasa sakit tu camne..alaa..apsal tak boleh erase dari memory ni? alaa..kan best klu tak tau sakit tu camne, so tak la takut sgt.. : (



But pain that is worth. Alhamdulillah. semuanya atas izin Allah swt. syukur..

Semak Saman Trafik (SMS)


Asyik post entry pasal bersalin je, ada pulak yang termuntah karang.
Ni nak share pasal semak saman trafik pulak lah.

Takut jadi cam sorang member ni, time nak renew road tax sebelum raya aritu, 
baru la dia check saman. Takajut beruk tetiba ada record saman total RM1,500.
Maaaakkk aiiihhhh.. Dah la seminggu lagi nak raya. Nak renew road tax, insurance, ni nak kena bayar saman dulu seribu lebih. Perghh.. Menangis dibuatnya..

So kalau anda ada masa silalah rajin check mana la tau ada saman kan.
Sempat la kumpul duit ke, appeal ke, mintak tolong member polis ke 
(masa ni memang ngaku member polis tu kawan baik kau. ahaks).

SMS je camni hah :

POLIS SAMAN [NO KAD PENGENALAN] hantar kepada 32728
contoh :  POLIS SAMAN 850711123456 hantar kepada 32728

      atau

POLIS SAMAN [NO PENDAFTARAN KENDERAAN] hantar kepada 32728
contoh :  POLIS SAMAN WRW1107 hantar kepada 32728

      Untuk maklumat detail mengenai saman-saman yang ada, taip sms :

POLIS SAMAN [no pendaftaran kenderaan] [email] hantar kepada 32728
contoh : POLIS SAMAN WRW1107 adila@yahoo.com dan hantar ke 32728


Selamat terkejuuuutttt! (dengan jumlah saman ekor yang ada)

Tuesday, August 28, 2012

Dagu di Dada, Mata di Perut, Tangan di Keting



Then.. PUUUUUUUSSSSSSHHHH!
Bukan tangan di dada, mata ke atas ye.

Orang kena buat ikut style doctor. Jangan kau buat ikut style Afdlin Shauki pulak.

Sempena dah nak masuk bulan September yang mendebarkan ni, 
maka post aku memang lah akan banyak pasal bersalin je. 
Sorry kepada yang tak berkaitan. But it is good to share.

Step yang perlu dibuat bila dah betul-betul tiba masa nak melahirkan dan doctor pun dah bagi arahan suruh get ready sebab bukaan rahim dan 10cm ialah :
(ni aku tau masa attend antenatal class dulu)

1. Angkat kepala sehingga dagu mencecah dada
2. Mata pandang ke perut
3. Kedua-dua tangan pegang buku lali
4. Tarik  nafas panjang dan hembus dengan mulut tertutup supaya 
kita salurkan tenaga tu ke bawah cam tengah membuang time sembelit. 
Ni dah dikira teran dan jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan kita kurang tenaga dan jadi tak kuat 
5. Masa proses meneran tu juga jangan sesekali angkat punggung kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar
6. Teruskan proses meneran sehingga baby keluar. Sambil tu baca la doa Nabi Yunus, bismilah atau apa saja yang terlintas dan teran sekuat-kuat hati. 
Kalau betul caranya, normally push 3,4 kali baby dah berjaya keluar. 
Insyaalllah. Masa ni leganya hanya Allah swt saja yang tau ; )

Bagaimanapun ramai juga yang melakukan kesilapan ketika meneran. Ada yang meneran sebelum proses pembukaan sempurna. Ini akan menyebabkan berlakunya Edema (pembengkakan di mulut rahim) yang seterusnya akan menyukarkan proses bersalin selanjutnya. So, make sure bila doctor dah suruh push baru push ok.

Di samping itu ada juga yang silap dengan push ‘di leher’ dan bukannya di perut. 

Ni macam jerit atau suara je yang lebih tapi tak push cam nak buang air besar.
Akibatnya, mata akan nampak merah setelah bersalin dan kadang-kadang terjadi kebutaan sementara kerana pembuluh darah kecil di mata pecah akibat teranan di bahagian leher.
Pheww..scary..
Selain kita yang kena ready mental, fizikal dan knowledge, 
selalu jugalah ingatkan husband untuk get involve in the process.
Masa contraction time Allysha dulu tu, aku nampak Ish macam punching bag je. 
Bila dia suruh sabar,sabar,sabar, aku marah dia balik sebab geram. Orang tengah sakit ni nak sabar hapenye?! (haha tak pasal-pasal je kena marah walhal dia berniat baik)
Nasib la wahai kaum husband, anda memang tempat melepaskan geram sebab wife sakit cam nak ke hujung nyawa tau.

Eh, husband boleh tolong wife masa kita nak push tu yakni selain 
daripada selalu ingatkan kita untuk beristighfar, sabar dan tenang,
sebelah tangan husband boleh pegang bahu wife atau usap ubun-ubun
dan sebelah tangan husband lagi tekan lutut isteri untuk mengelakkan isteri mengangkat punggung semasa meneran tu
(ni biasanya wife lupa sebab dah sakit sangat, so husband kena selalu ingatkan).

Teknik Pernafasan Ketika Hendak Bersalin


Teknik pernafasan sangat penting masa kita tengah layan contraction dan mengunggu masa nak bersalin dalam labor room. Teknik yang betul sedikit sebanyak dapat kurangkan rasa sakit dan nervous ibu-ibu ni. Lagi-lagi yang tak bernasib baik kena duduk dalam labor room lama sebab pintu rahim lambat terbuka sehingga 10cm. Ya Allah jauhkanlah.



Teknik Pernafasan Peringkat Pertama
Teknik Pernafasan Peringkat Pertama semasa permulaan dan penghujung suatu kontraksi, anda dikehendaki bernafas secara dalam dan tetap. Masuk melalui hidung dan keluar melalui mulut. Ketika kontraksi berada dikemuncak, cuba pernafasan yang lebih ringan dan cetek. Kedua-dua pernafasan sepatutnya melalui mulut. Jangan lakukan terlalu lama bagi mengelakkan anda berasa pening (hyperventilation).

Teknik pernafasan peringkat Transisi
Sekiranya anda berasa hendak meneran terlalu awal, sebutlah “huf, huf, tuip” kepada diri anda sendiri sambil mengambil dua pernafasan masuk dan keluar yang pendek, diikuti satu hembusan yang panjang. Apabila desakan untuk meneran hilang, hembuskan keluar nafas yang lembut dan tetap.

Teknik pernafasan peringkat kedua
Ketika hendak meneran (ia mungkin berlaku beberapa kali setiap satu kontraksi), tarik nafas yang dalam dan bertahan untuk satu masa yang singkat ketika anda menekan ke bawah. Adalah penting untuk melakukan gerakan dan pernafasan mengikut kehendak badan anda. Ketika meneran, ambil beberapa nafas tenang yang dalam. Apabila kontraksi reda, rehatkan diri perlahan-lahan.

Prenatal Exercises


Visit Kak Camy dan Baby Harith kat Hospital Ampang tadi.
Verrrryyy the flashback cik jah.
Tengok ward tu rasa macam baru bulan lepas je aku overnight kat situ.
Rasa macam baarrrruuu je bersalinkan Allysha.
Tapi ni tengah menunggu second baby pulak. Oh nervousnye.
Muka aku nampak relax je kat hospital tadi. Tapi dalam hati cuak nye Allah je yang tau.
Bila masuk toilet dia terus teringat time aku pengsan dalam toilet after gave birth. Erk..

So sekarang ni aura nak bersalin tu makin terkesan di hati.
Sikit-sikit mula sedar yang bebile je pun boleh nak terbersalin kan. 
Tak semestinya end of September nanti. Boleh jadi lagi awal.
Maka makin banyak la info bersalin yang digoogle sekarang ni.
Contoh, prenatal exercises cam kat bawah ni.































Kalau attend antenatal class kat hospital, memang akan diajar aktiviti camni ha.
Nasib baik tergoogle. Kalau tak, memang lupa nak buat.
Sangat bagus untuk ibu yang menuggu hari.
Especially senaman kagel yakni senaman kemut-kemut untuk kuatkan rahim. 
Takkan laaa u ols tak tauuu.. Huahuahua!

Monday, August 27, 2012

10 Tips / Petua Mudah Bersalin



It is about 4 week from now (or less) that I will see my second little baby. Even though I have the experience only a year ago, but still. I AM VERY NERVOUS! Errrrkkhhh. I can’t imagine. I know the pain. I know how it strikes. I know how it attacks. I still clearly remember how it feels. Most painful was during midwives do the sewing job! Omaiii. Now the matter is that it will become easier or harder. Because different baby, different experience. Oh so nervouuussss..

So in this last four weeks, I will do things that will help the delivery process easier. Insyaallah. Yang penting kita berikhtiar. Sentiasa berusaha dan berdoa. Dah masuk labour room kang tawakkal jela.
Ini tips / cara-cara / petua-petua mudah bersalin yang aku pernah amalkan dan juga baru nak amalkan.

1.  Amalkan bacaan ayat-ayat AQ, selawat dan zikir. Selepas solat, amalkan baca doa-doa berkaitan pregnancy, bersalin dan nak dapatkan anak soleh cam surah Al A’raaf (128), surah At Taubah, surah Yunus (31), surah Yusuf (68),  surah Al Hijr (97-99), surah An Nahl (78), surah As Sajdah (7-9), surah Maryam dan surah Yaasin. Selain itu, amalkan baca Al fatihah, 3 qul, Ayat Kursi dan selawat syifa’ sebelum tidur dan sapu ke perut dari atas ke bawah. Masa pregnant Allysha la aku hafal selawat syifa’ iaitu selawat penyembuh. Selain tu, zikir Fatimah untuk megurangkan rasa penat dan letih.

2. Minum air kelapa muda. Selain memudahkan proses bersalin, ia membersihkan kepala bayi yang keluar dari pintu rahim. Kulit pun cantik dan rambut sihat. Masa Allysha dulu memang selang 2 hari singgah gerai pakcik jual air kelapa kat simpang Taman Cahaya tu. Ye, kepala Allysha tak kotor / berkerak pun masa dia lahir. Hopefully dalam masa sebulan ni banyak la stock kelapa muda pakcik supaya aku sempat beli time balik keje.

3. Buat kerja rumah. Officemate mesti ingat lagi cerita aku yang sempat memasak, mop lantai, basuh/sidai/lipat/gosok baju dan mengemas rumah malam sebelum bersalinkan Allysha. Dah ada instinct aku nak bersalin dalam masa terdekat sebab dari petang sebelumnya macam ada contraction every one hour. Aku pun lagi cargas lah buat kerja rumah sebab nak lawan rasa sakit tu dan nak cepatkan bukaan pintu rahim. Tapi pergi hospital pukul 3 pagi, baru terbukak 4 cm. Kalau tak buat kerja, lagi sikit jela bukaan tu agaknya kan..

4.  Banyakkan berjalan. Masa Allysha dulu setiap hari sebelum balik rumah mesti menyinggah KLCC la, Tesco la, Ampang Point la. Laju je jalan macam orang tak peknen. Tapi this time, jalan sikit je dah rasa perut ni mengeras. Pastu baru berjalan 2,3 minit dah rasa macam kepala baby betul-betul kat bawah sampai nak terkucil-kucil jadinya. Jalan sikit, kena stop kejap. Hmm.. Tapi takpe, akan diusahakan cara yang lain.

5. Banyakkan ‘aktiviti’ bersama suami. Memang tak terfikir pun ‘aktiviti itu’ adalah salah satu usaha memudahkan bersalin. Nasib baik we ols ada attend antenatal class last year. Doctor sendiri yang bagi talk dan advise camni. Memula semua orang tergelak. Tapi dia dengan seriusnya explain this and that. In simple words, boleh mengembangkan pintu rahim katanya. Ooooo.. Based on my experience, it is logic and effective. ; ) Seriously. Find the most suitable position for mummy with big tummy. Kalau rasa malas dan agak tak bernafsu, ingatlah ni untuk memudahkan bersalin. Pasni nak pantang 100, 200 hari, sukati kauuu.. So you have to do it no matter what! Heee.. Selain tu, doctor ajar juga breathing exercise masa nak push out, etc. Sangat bagus antenatal class tu tau..Tak rugi half day kita. Ilmu sangat bermanfaat. Sila cepat register kat memane hospital jika anda masih ada masa tapi belum pergi lagi.

6. Minta ampun sekerap yang mungkin. Lagi-lagi bini mulut laser cam aku ni. Kalau boleh setiap kali lepas solat dan sebelum tidur, cium tangan suami dan minta ampun sungguh-sungguh. Setiap hari. Minta suami doakan juga supaya dipermudahkan urusan kelahiran dan both baby and mommy selamat sejahtera. Insyallah sebab orang kata redha Allah swt tu terletak pada redha suami juga.

7. Akar Fatimah dan air selusuh. Minum masa dah nak bersalin. Ni aku buat sendiri je. Rendam akar Fatimah tu semalaman dan bacakan surah dan doanya. Dulu aku baca ayat ini : istighfar (3x), selawat (11x), Al Fatihah (1x), Al insyirah (1x), 3 Qul (3x), selawat Syifa’ (7x). Kalau takde akar Fatimah pun takpe. Guna saja air mineral dan dibacakan surah-surah mudah ni. Insyaallah.

8.  Persediaan mental dan fizikal. Ketenangan fikiran, kemantapan mental dan fizikal sangat penting. Masa dah nak dekat lahirkan Allysha dulu, setiap hari baca cerita pengalaman bersalin orang lain. Siap tengok video kat Youtube. Memang ngeri. Tapi terpaksa supaya aku boleh expect apa yang mungkin terjadi. Dari cerita orang lain, ada yang terangkat punggung masa push. Natijahnya kena jahit panjang dan tak boleh duduk lepas tu. Pergh..Memang ingat sangat reminder ni. Pastu jangan menangis meraung supaya kita tak kehilangan energy masa sampai time nak push. Banyak lagi lah. Tu pentingnya baca/tanya pengalaman orang lain. Supaya mental bersedia dan tau apa yang boleh apa yang tak boleh. Dari segi fizikal pulak, dalam beg sentiasa sediakan roti ke, biskut ke, kurma ke, kismis ke, supaya boleh ngap sebelum masuk labour room. Sebab kalau lapar, camne kita nak retain energy dan bertahan kan?

9.  Makan kurma 3 atau 7 biji sehari. Ni baru terbaca kat babycenter dan baru nak try. They found a research result and agreed that dates can help to ease labour due to it is full with vitamins, carbo etc. Mat sallleh pun dah tau kebaikan kurma, kita orang Islam ni taknak amalkan? Walhal tercatat dalam AQ. Bersempena Ramadhan yang baru saja berlalu, nasib baik stock kurma ada lagi. So boleh la balun habis. Tapi nak restock tu, tak tahulah nak cari kat mana. Kenapa Tesco tak jual kurma banyak jenis hari-hari macam diorang jual anggur ngan orange hah? Bias! Eh.

10. Mandi sebelum ke hospital. Ni pun tak pernah try. But I will. Orang kata air yang sejuk tu dapat membantu menolak baby ke bawah masa contraction. Tapi kalau baru sakit sikit dan ada masa lagi la. Jangan dah pecah ketuban pun sebok nak mandi jugak. Kang ada yang terberanak kat shower. Masa nak pergi hospital time Allysha dlu, papa dia yang beria mandi 20 minit sebelum bawak mommy pergi hospital kul 3 pagi. Sabar jela..
Petua lain cam minum minyak kelapa, makan telur ayam kampong mentah, minum air hujung rambut, minum milo campur butter, memang aku tak pernah try. Tak confident dan malas nak cuba sebab banyak lagi petua relevan lain yang boleh diamalkan. Yang penting, kena jaga kesihatan ibu dan anak.

Tapi ingat ni hanyalah ikhtiar dan keberkesanannya atas izin Allah swt sahaja. Setiap kelahiran tu berbeza sakitnya dan hanya Allah yang menentukannya. Jangan sampai hati kita terdetik, ‘last time buat camni senang bersalin tapi kali ni susah pulak’ atau ‘ kenapa orang buat cara camni senang je nak bersalin, tapi aku tak?’ (contoh la contohhh) Jangan tau. Ni semua atas izin Allah swt. Sesungguhnya semua tu dariNYA. Insyallah kalau kita yakin akan kekuasaannya, dipermudahkan bagi kita untuk melahirkan anak dengan selamat. 
Will add captions later ; )






Sunday, August 26, 2012

Insomnia Is Killing Me


I feel like a zombie.

I am exhausted. And insomniac at the moment too! It is very frustrating. I don't fell asleep until like four in the morning. Dah seminggu tak lena. Sekejap-sekejap terjaga. Masa tengah cuti tu ok lagi la. Kalau tak boleh tidur malam, boleh qada’ siang. Tapi hari ni.. Masyaallah. Nak tersembul biji mata ni ha sebab dapat tidur 2 jam lebih jam je malam tadi. Dari kul 4 lebih-7 pagi. Niat nak puasa tapi tak terbangun sahur pun. Yela, dah nak dekat subuh baru nak lelap. What a waste. Haish..


Tak boleh tidur sebab perut rasa tegang je. Pastu ada rasa macam senggugut. Selalu sakit dari pinggang ke ari-ari. Kadang-kadang terfikir ni contraction ke? Suspense betul. Kul 3 pagi malam tadi dah siap-siap dan masuk kereta nak pergi clinic. Tapi baru teringat kalau sampai clinic kang doctor tak buat ape pun, tapi mesti suruh cepat-cepat pergi hospital. 
Memang tak la..Buku pink entah ke mana. GL pun tak hamik lagi. Kang kena sembur je ngan nurse tu. Malas aku nak dengar orang membebel time aku tengah sakit. Lagipun, sure nanti kena warded. Sakit tak hilang. Leceh je lebih. Cancelled!

This little lady is very active. ALL THE TIME. Always moving and kicking. I wonder, When does she sleep? Ke tengah tidur pun baby ni bergerak-gerak jugak sebab dia kuat mengigau? Maybe she always get the hiccups and kicks my ribs then. That's why I can feel your little feet on my upper tummy when you're stretching you know! But it's okay darling. At least mommy is sure that you are healthy and happy playing inside here. Insyaallah. 

Now the only thing I can do is holding on. Until the perfect time. Tahankan saja sakit pinggang, sakit belikat, kebas kaki, perut yang selalu mengeras dan memulas-mulas, angin yang tak keluar (sendawa tak boleh, kent pun susah), senggugut, sakit kat bawah perut, mengantuk, buang air setiap setengah jam, etc. Ramai tegur muka dah pucat dan nampak tak larat. Memang tak larat. Sorry aku dah tak mampu nak senyum sebab menahan sakit ketegangan perut.  Jalan pun kepit je sebab setiap kali bergerak ada rasa nak terkucil. Hmmm.. Bertabah dan bertahanlah adila. Four weeks to go. Lama lagi tuuu.. 

Tapi baby... kalau dah betul-betul time nak keluar, bagi hint betul-betul kat mommy tau. I dont want any false alarm like last night. Mommy taknak tahan sakit kat labour room lama-lama. Dan taknak juga terbersalin kat dalam kereta sebab tak sempat sampai hospital. 
Just nice saja ok : )

Now I need a nap. 


Tuesday, August 14, 2012

Aidilfitri 2009 Memories


Was browsing old raya photos and I found this. Ahah, gotcha!
Now I remember..
The friendship officially started on October 2009.


The very first pic of us.
After they forced me to have few snaps with him.


Haha..
Allysha, if you read this entry..papa yang start dulu n beria ngorat mommy ok ;p


Merekalah dalangnya. Hari-hari duk kenen dan kirimkan salam. Funny.
Pernah cakap kat diorang 'akak lempang saya kalau one day saya cakap saya ada relationship ngan dia. Mustahil ok. Totally not my type..'
Fuh berlagak sungguh. (bahana perempuan sombong)

We got engaged two months later.
And got married seven months after that.



Sesungguhnya ketentuan Allah swt itu lebih baik daripada apa yang kita rancangankan.

Salam Aidilfitri 2012. 
(Ewah ada 4 hari lagi la)

p/s: malam ni 27 Ramadhan. jom perbanyakkan ibadah dan jangan lepaskan peluang untuk bangun malam ok. walaupun mood raya melebihi mood untuk solat sunat..
at leassstttt..something..

Set Bersalin


Dilema mak buyung nak bersalin. Which one which one which one??
Ni topic hot kat office sekarang ni. Ramai sangat preggy kat office.
Set berpantang yang manakah paling sesuai? Tapi lain orang lain keperluannya kan.
Hmmm..So?

Dulu mak belikan set bersalin Orang Kampung.


Honestly yang digunakan hanyalah bengkung, jeli gamat ngan minyak telon.
Pilis, susut, lulur sume tu ada lagi kat rumah ok.
Rimas gila bile sapu benda-benda tu sampai dah kering, bersepah 1 rumah.
Dah jadi keje nak sapu-sapu pulak. Sangat tak suka.
Kacip kak timah ke ape ke memang tak makan sebab breastfeed baby.
Ye, memang membazir. Mak pun bising.

So my mission is to find the most suitable post natal care for me and baby.
Yang tak mensepahkan rumah dan tak effect susu & baby bila breastfeed, so tak membazir.

Below are my shortlisted products from so many choices in the market


10 items.
RM260 +-


NR Herbanika set bersalin
6 items.
RM 365 +-


11 items.
RM360 +-

Yang manaaa? Tolongggg!

Amway vs Tanamera.

Sunday, August 12, 2012

Resepi Cornflakes Crunch Chocolate Senang & Sedap!


Hi u ols! Apa aktiviti weekend semalam? Tak habis-habis lagi shopping?
Memang selagi tak dengar takbir raya, selagi tu la adaaaaa je benda yang nak dibeli kan?
Jangan membazir ok. Seronok beraya 3,4 hari je, pastu pokai sebulan. 
Nanti nganga tunggu gaji next month.

Ha ni dia project pagi ahad i ols, cik jah.
Kuih raya mak buyung untuk MIL tercinta.

Cornflakes Crunch Chocolates!

Hek elehhh..ni je? Yela..
Family in law tak layan sangat kuih / biskut raya yang pakai tepung-tepung ni.
Memang tak luak la kalau takde guest yang makan.
Semalam dah buang 6 balang kuih raya last year. 
Hapak berkulat tak berusik langsung. Believe it or not? Believe it..

So mak buyung malas nak membazir, buat yang guarantee akan dimakan je.
Ha ni, tak payah tunggu raya, dah habis sebalang we ols 'rasa'. Heeee..
Nasib baik dapat banyak-banyak balang tau. Sempat la hidang untuk tetamu kot.



Simple dimple. So nice to munch while watching raya shows.

Resepi (resepi lah sangatttt) camni ha.

Bahan-bahannya:

Sekotak Cornflakes.


Sekotak Koko Krunch.


 1 kg Beryls' Chocolate.
Beli Beryls ye. Sedap sikit. Rasa coklat sebenar. eceh.

Chopped roasted almond.
Kalau u ols beli almond biasa, make sure digoreng / dipanggang dulu.

Paper cups.

Sprinkles.

Cara-caranya:

1. Campurkan cornflakes + koko kruch + almond dalam mangkuk.
2. Cairkan chocolate secara double boiler.
3. Gaulkan sebati semua bahan bersama chocolate yang dah cair.
4. Masukkan ke dalam papercup, tabur sprinkles dan sejukkan beberapa minit dalam fridge.


Untuk mengelakkan chocolate cepat beku semasa memasukkan ke dalam paper cups, alaskan mangkuk adunan chocolate dengan mangkuk berisi air panas di bawahnya 
as heat source. Lambat sikit la bekunya.
Lain la kalau anda ramai pembantu kat rumah untuk tolong cedokkan adunan chocolate 
ke dalam papercup secara laju sebelum chocolate membeku.

Atauuuu..cairkan chocolate bila perlu je.
Lagi senang kalau bahagikan semua bahan ke 5 adunan.
Buat mixture by mixture ok. Dah siap 1 adunan, baru buat adunan lain.

Dengan bahan-bahan macam kat atas ni, boleh dapat 250-300 pieces.
Banyak kan? Klau beli siap dah kena bayar bape hengget tu u ols?
Modal tak sampai rm40 pun..

Selamat mencubaaaa!