There was an error in this gadget

Tuesday, July 31, 2012

Simple Dessert : Trifle


Another dessert just like Ela & Eli in A.L.O.N.G, ALONG!


What to do.
Hubby very like to eat dessert.
But Wifey so lazy to prepare the good one.
So this is the result hubby.


Simple is better than nothing kaannn..

The Breathlessness



I'm breathless. So arduous to breath well.
Plus the back pain.
Heelllpppp.. ; (
Inhaaaale..exhaaaaale..inhaaaale..exhaaaale..pheww!


" To accommodate you and your baby's growing needs, your blood volume has increased 40 to 50 percent since you got pregnant. With your uterus pushing up near your diaphragm and crowding your stomach, the consequences may be shortness of breath and heartburn. To help relieve your discomfort, try sleeping propped up with pillows and eating smaller meals more often.
You may have increasing lower-back pain as your pregnancy advances. Both hormonal and other factors may be contributing to this discomfort: Hormones make your ligaments more lax, your abdominal muscles are stretched, your growing uterus may put pressure on some nerves, and the extra weight you're carrying up front changes your posture and further strains your back. You might feel some pain in your buttocks and thighs as well. "


Yes, I am..

Monday, July 30, 2012

Simple Dessert : Yummy Fruity Ice Cream with Butter Cookies


Amboih. Takde nama panjang lagi ke? 
Takde idea. Straight to the point je.


Haa ni desert iftar we ols semalam. Yumm!!
Berbuka makan murtabak ngan roti john je selalunya.
Ingat mak buyong kenyang sangat ke? Dah la semalam husband tak beli tepung pelita wajib saya. Rasa tak puas je makan. So pas iftar tercari-cari nak makan ape lagi tau.

Termenung jap depan fridge, tengok ada balance chocolate ice cream, 
strawberry, kiwi, dan buah-buah lain.
Ye, fridge rumah tu lagi banyak stock buah dari jejajan.
Husband and MIL is fruits lover.

Mula la reka desert sendiri. Tapi sedap u ols!
Allysha pun suka. Dia memang suka la buah sejuk-sejuk ni, cam bapak dia jugak kan.
Anak beranak dah makan separuh baru teringat nak amik gambar.


Sangat suka combination chocolate ice cream yang sejuk ngan buah-buah yang masam 
ngan cookies yang buttery ada almond ngan whipped cream. Ohh..nak repeat!


Hah meh nak bagitau resepi kategori Ela & Eli dalam rancangan A.L.O.N.G, ALONG!

Bahan-bahannya ialah :


Ice cream. La Cremeria is my fevouriiiiittee!


Fruits. Strawberry, kiwi, mango, or anything u loikeee!


Butter cookies. Ni flavor almond & chocolate chips K Roger beli ngan Rini. Love ittt!


Whipped cream.

Kekdahnye :

1. Cedok 1-2 scoop chocolate ice cream ke dalam mug.
2. Masukkan buah-buah kegemaran anda. Jangan buah dadu udah le.
3. Masukkan pulak butter cookies yang dap sangat tuh. Sukahati la nak bape keping kan.
4. Picit whipped cream sket.
5. Pastu letak lagi butter cookies ngan strawberry sebagai hiasan. Ewah.
6. Pastu makan ramai-ramai main suap-suap. Menambah kemesraan keluarga gitu.


Ni berkeping-keping tambah cookies tau. Allysha suka. Papa suka. Mommy lagiii la suka.
Selamat mencubaaaa ; ) 

Tips Khatam Al Quran Dalam Masa Sebulan


Assalammualaikum..
Ni nak share tips untuk khatam AQ dalam masa sebulan pulak boleh tak?
Especially di bulan Romadhoonnn (kata johan) bulan ibadah ni.
Ada jugak yang perli aku ni nanti kata blog dah macam serbanistas. 

Tolong jangan samakan I ngan Abb* Abad*. Eh tetibe. 
Takpela. Bila lagi nak ajak buat baik..Kalau tak suka, sila pangkah browser..

Niat cuma nak memanjangkan/menyampaikan info yang baik. Itu saje ye.
Ni pun dari orang lain. Copy paste kasik banyak sket result google untuk topic ni. Heee..


Ramai tahu kan, kalau nak khatam dalam masa sebulan, 
perlu baca 1 juzuk sehari iaitu 20 pages.
Paling senang baca 2 helai setiap kali selepas solat.
Tapi penting juga untuk baca terjemahannya sekali ye.
Kalau anda memang faham bahasa Arab, untunglah.

Satu advise yang paling berharga yang pernah ditegur oleh suami saya 
dari sebelum kahwin dulu ialah 
'Kalau baca AQ, bacalah dengan maksud dia sekali. 
kata-kata Allah tu ada yang straight forward, ada yang tersirat.
Baca kena menggunakan mata, telinga dan hati..'

Memula baca terjemahan pun saya tetap tak faham. Macam baca buku biasa je.
Maklumlah, baca dengan mata dan telinga je. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Bila dah di train baca dengan hati, baru tau setiap ayat tu banyak maksud mendalam 
yang memang relate dengan kehidupan kita dunia akhirat.
Subhanallah.

Nak explain kat sini agak susah. Tersalah bagitau jadi lain pulak nanti.
Tapi cubalah usaha untuk cari caranya ye.
You'll find the miracle. Insyaallah. 


Full source from here persoalan tentang khatam AQ

Popia Simpul Ikan Bilis..Sedap! Order Still Open



Hi..Siapa suka makan popia simpul?
Sini ada jual popia simpul kasih serunding ikan bilis ye.


Homemade-fresh from kitchen.
Dibuat oleh Mak dan Makcik saya.
Sangat rangup, sesedap rasa, mendapat sambutan hangat walaupun tak raya.

Tak caya? tanya CEO dan officemate saya yang 
everymonth beli untuk makan sambil tengok tv. hehee..


Order masih lagi dibuka ye.
Harga : 500g - RM18.00 atau 1kg - RM 35.00



Ni antara yang dah dihantar kepada customer.
Terpaksa bagi awal sebab takde space nak simpan dulu.
Thank you very much for the support, peeps! ; )

Nak order lagi? boleh call/sms :
 Ucu Ida 010-7774263 / Adila 016-8787459

Sunday, July 29, 2012

Tips Dikabulkan Doa



Hahh. Ni nak share lagi pasal doa. Kali ni tips terkabulnya doa pulak. Insyaallah.
Sempena bulan Ramadhan penuh barakah ni, selain tingkatkan ibadah, kurangkan juadah ;)
rugi kita kalau tak berdoa banyak-banyak tau. 
But first of all, nak explain yang saya bukanlah tetibe macam tau sangat ke alim ke ape ke. 
Sangat jahil sebenarnya. Alhamdulillah ada rasa nak amik tau hal-hal yang saya tak tau selama ni. Hopefully istiqamah. So, nak share lah apa yang saya baca. Kan sharing is caring.
Plus, saya pernah diberitahu 'apabila sesorang itu menasihatkan kamu, janganlah dipandang kepada siapa penyampainya, tapi pertimbangkanlah apa yang disampaikannya.' Kalau yang memberitahu tu anda rasa tak padan dengan perangai sebenar dia, tapi nasihat yang disampaikannya tu jelas untuk kebaikan, terimalah dengan hati terbuka. Betul tak?
So ambil yang baik-baik saje ye. Segala yang baik datang dari Allah swt. Yang buruk tu datang dari saya sendiri.

Tips agar doa dikabulkan oleh Allah SWT ada syarat-syarat yang harus dipenuhi :
  1. Ikhlas dalam berdoa.
  2. Tidak tergesa-gesa dalam berdoa. Rasulullah bersabda, “Doa seorang hamba masih akan tetap dikabulkan selama tidak berdoa dengan tujuan dosa atau memutus silaturahim dan selama tidak isti’jal.” Seorang sahabat bertanya , “Wahai Rasulullah , apa itu isti’jal?” Beliau menjawab, “(Iaitu seseorang) mengatakan ‘Saya sudah berdoa tetapi belum dikabulkan’ , laLu ia merasa rugi di saat itu dan ia tingggalkan doanya.” ( HR Muslim, Tirmidzi, dan Abu Daud )
  3. Berdoa untuk kebaikan.
  4. Berdoa harus dengan kehadiran hati. Sabda Rasulullah, “Jika kalian berdoa , memintalah kepada Allah ta’ala. Mintalah dengan disertai keyakinan bahawa permintaan kalian akan dipenuhi (dikabulkan), karena sesungguhnya Allah ta’ala tiada mengabulkan doa hamba yang lalai” (HR Ahmad)
  5. Positive : Positive Life, Positive Thingking, Positive Feeling, & Positive Doing. Menjaga makanan dan minuman , dan pakaian yang halal dan baik (thayyib) Hal ini termasuk syarat terkabulnya doa.
  6. Berselawat. Hal ini berdasarkan sabda Bagndasendiri, “Setiap doa tertahan hingga diucapkannya salawat kepada Nabi Muhammad SAW.” (Hadits sahih dari Al-ami’us Shaghir : 4399)
  7. Takwa. Mampu mengendalikan hawa nafsunya. Seorang hamba harus selalu berusaha untuk menjalankan apa yang diperintahkan oleh agama dan menjauhi semua larangan-NYa. Seperti firman Allah swt, “dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, Maka (jawablah), bahwasanya aku adalah dekat. aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (QS Al Baqarah :186 ).

Insyallah. Jom sama-sama kita saling mengingatkan ye..

Doa-doa dari Asma'ul Husna


Assalammualaikum wbt. Hi! 
Terbaca forum yang share pasal doa-doa daripada Asma’ul Husna.
Iaitu doa-doa yang diawali dengan nama-nama Allah SWT yang baik-baik belaka. 
So, I pun nak share ngan u ols jugak la. 

Semoga dengan menyebut nama-nama tersebut doa itu akan lebih mudah dikabulkan 
kerana kita lebih kusyu' membacanya. Insyaallah.


1. Ya Allah! Ya Rahman, Ya Rahim, Dikaulah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kasihanilah kami ya Allah, kami sangat-sangat mengharapkan belas kasihan daripada-Mu ya Allah. Sesungguhnya tidak ada yang dapat memberikan kasih sayang yang sebenarnya melainkan hanya Dikau. Segala kasih sayang yang pernah kami harapkan daripada selain-Mu, ternyata selalu menghampakan kami ya Allah.



2. Ya Allah! Ya Khaliq, yang Maha Pencipta, ciptakanlah untuk kami yang terbaik, ciptakanlah zuriat yang baik untuk kami, kami mahukan seorang anak lelaki/perempuan atau cukuplah sudah anak-anak yang telah Dikau berikan kepada kami. (mintalah mengikut apa yang kita perlukan). Ciptakanlah kesempurnaan pada diri kami.



3. Ya Allah! Ya Bari’, Yang Maha Pembuat, buatkanlah untuk kami apa sahaja yang baik untuk kami dunia dan akhirat dan jauhkan daripada kami segala apa yang akan membinasakan kami.



4. Ya Allah! Ya Mushawwir, yang Maha Pembentuk, bentuklah untuk kami apa yang kami kehendaki, bentuklah untuk kami zuriat lelaki/perempuan, kembalikanlah kesempurnaan kami, hanya Dikau sahaja yang berkuasa untuk membentuk dan mengubah segala bentuk.



5. Ya Allah! Ya Wahhab, wahai Tuhan yang Maha Pemberi, berikanlah kepada kami apa sahaja yang kami perlukan, (sebutkan apa yang diperlukan), sesungguhnya apa yang Dikau berikan, tidak ada siapa yang dapat menghalang, dan apa sahaja yang tidak Dikau berikan, tidak ada siapa yang dapat memberinya.



6. Ya Allah! Ya Fattaah, wahai Tuhan yang Maha Pembuka, bukakanlah untuk kami kejayaan dalam apa jua usaha kami, bukakanlah pintu kefahaman kami, bukakanlah segala kesusahan dan kesukaran kami.



7. Ya Allah! Ya A’liim, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui, Dikau mengetahui sesuatu yang kami tidak ketahui, Dikau ketahui apa yang ada di dalam hati-hati hamba-hamba-Mu, berikanlah kepada kami apa yang Dikau ketahui baik untuk kami dunia dan akhirat, jauhkanlah dari kami apa-apa yang Dikau ketahui tidak baik untuk kami dunia dan juga akhirat.



8. Ya Allah! Ya Baasith, wahai Tuhan yang Maha Meluas, kuasa-Mu adalah luas, nikmat-Mu adalah luas, Rahmat-mu adalah luas, segala-gala kepunyaan-Mu adalah luas, luaskan Rahmat-Mu kepada kami, luaskan pemberian-Mu kepada kami, luaskanlah pemeliharaan-Mu kepada kami.



9. Ya Allah! Ya Sami’, wahai Tuhan yang Maha Mendengar, dengarkan segala rintihan kami, dengarlah segala doa dan permintaan kami, janganlah Dikau palingkan diri-Mu daripada kami, lantaran daripada kederhakaan kami, ampunilah kami.



10. Ya Allah! Ya Wasi’, wahai Tuhan yang Maha Luas, kurniaan-Mu adalah luas, Rahmat-Mu juga adalah luas, maka luaskanlah kurniaan dan rahmat-Mu kepada kami.



p/s : masa beroda tu, berdoalah bersungguh-sungguh dan bersangka baiklah dengan Allah. Sesugguhnya Allah Maha Mendengar. ; ) tapi..




Wednesday, July 25, 2012

Master oh Master oh Master - Part 4


Alhamdulillah, syukur nikmatNya.
Malu aku pada Allah swt.
Ibadah masih macam dulu. Takde penambahan sangat pun.
Malah selalu lupa tanggungjawab sebagai hambaNya.
Yang wajib pun berani tinggalkan, apetah lagi nak buat yang sunat.
Astargfirullahalazim.

Tapii..setiap apa yang aku panjatkan doa, dah termakbul.
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
Betul la apa yang aku dengar, doa orang yang berpuasa cepat dikabulkan 
oleh Allah swt yang Maha pemurah.

1) Orang yang berada dalam kesusahan:-
“Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti menguasai bumi? Adakah sebarang Tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati.” (an-Naml:62)

2) Anak soleh yang taat kepada ibu bapa:-
Diriwayatkan daripada Umar r.a, bahawa baginda pernah berkata mengenai Uwais bin ‘Amir: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya): “Akan datang kepada kamu Uwais bersama rombongan dari Yaman. Dia pernah ditimpa sopak lalu dia sembuh melainkan satu tempat sebesar wang satu dirham. Dia memiliki ibu yang sangat ditaatinya. Jika dia berdoa pasti Allah S.W.T akan memakbulkan, jika boleh, kamu mintalah kepadanya agar didoakan bagi kamu.” (Riwayat Ahmad)

3) Ibu bapa kepada anak dan orang bermusafir:-
Nabi s.a.w bersabda melalui hadis bermaksud: “Tiga doa yang pasti dimakbulkan Allah iaitu doa seorang bapa (dan ibu), doa orang yang bermusafir dan doa orang yang dizalimi.” (Riwayat Abu Daud)

4) Orang yang berpuasa hingga berbuka dan pemimpin yang adil:-
Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka, iaitu doa seorang yang berpuasa hingga dia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi. Doa-doa mereka itu diangkat Allah ke atas awan, lalu dibuka pintu-pintu langit, Allah s.w.t akan berfirman: Demi kemulian-Ku, Aku akan menolongmu…” (Riwayat Tirmidzi)

5) Orang dizalimi:-
Nabi s.a.w bersabda kepada Muaz bin Jabal r.a ketika mengutusnya ke Yaman: “Takutilah kamu doa orang yang dizalimi kerana tiadalah sesuatu penghalang antara doanya itu dengan Allah S.W.T.” (Riwayat al-Bukhari)

6) Doa seseorang muslim buat saudaranya tanpa diketahuinya:-
Umm Darda’ r.a meriwayatkan hadis, bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda: “Sesiapa yang berdoa untuk saudaranya di belakangnya (tanpa pengetahuannya), maka malaikat yang diwakilkan kepadanya akan berkata, amin dan bagimu sama dengan apa yang kamu mohonkan itu.




Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan? ; 
which of ALLAH favors will u deny?’
(ar Rahman)

Ya Allah, jadikanlah aku dan orang di sekelilingku hambaMu yang sentiasa bersyukur 
dan berusaha menjadi insan-insan beriman dan bertaqwa.

Dalam ayat 186 Allah SWT berfirman: 
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ 
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku, Maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

So kawan-kawan, jom kita banyak-banyak berdoa pada Allah swt sempena bulan mulia ni.
Kalau bukan minta pada Nya, nak minta pada sape lagi??

Tapi ingat, Allah kabul doa dengan tiga cara: 

Pertama: Allah perkenankan doa sebagaimana yang dipinta oleh hamba. Misalnya seseorang berdoa untuk dapat anugerah cemerlang atau naik pangkat. Dia dapat sebagaimana yang dihajatkan. 

Kedua: Allah kabulkan dengan cara menggantikannya dengan yang lebih baik. Misalnya seseorang berdoa untuk dapat anugerah cemerlang atau naik pangkat. Allah tak beri sebagaimana yang dipinta tetapi diberikannya yang lebih baik. 

Mungkin jika dia naik pangkat maka dia kena pindah berjauhan dari pasangan masing-masing yang boleh menyebabkan perceraian atau suami kahwin lain sebab isteri kejar pangkat. 

Ketiga: Allah simpan doa itu sebagai pahala yang akan dia rasa nikmatnya pada hari akhirat kelak. Bagi orang mukmin mereka akan berebut untuk mendapat bahagian di akhirat. 

So, jangan give up atau sedih jika apa yang kita mahukan kita rasa tak dapat.
Allah mungkin dah bagi yang lain lebih baik, tapi kita je tak sedar..

Superwifey vs Superhubby


Most man prefer a perfect wife.
But could they be a perfect husband?

They want a beautiful wife who can take care of all the house chore.
But could they be a smart husband who can help us to take care of the kids?
They want a slim wife who can produce their child as much as possible.
But could they be a rich husband who can pay for post pregnancy slimming programme?
They want a solehah wife who can be their personal chef.
But could they be a soleh husband who can be an imam to the family?


Pernah husband request suruh aku belajar / practise masak sambal 
serope rasa cam mak dia masak. Amboooiii..
Selambe  menjawab 'Papa ada hafal surah-surah baru ke?' *Tersentap la dia sekejap.

I'm sorry papa. I just want an equal thought in our marriage.
Kata nak susah senang sama-sama kannn..So jom sama-sama improve!
Kalau asyik pompan je yang nak kena belajar itu ini, tapi lelaki sameeeeeeee je 
cam dari mula kahwin dulu, dont you ever wish something better. 

It is unfair, man..
If you wish a superwifey, we want a superhubby.
(",)


Monday, July 23, 2012

Strawberry Cheesecake


First of all, I would like to express my gratitude to KOPETRO for allowing us 
to go back home earlier during Ramadhan. Balik kul 4 cik jahhh..Syoknyeee..
Kul 4 lebih dah sampai rumah. Alhamdulillah..

So dapat lah melepaskan mengidam nak makan strawberry cheesecake semalam.
Sempat buat sebelum berbuka u ols. Sekejap je nak prepare. Nak tunggu boleh makan tu yang hazab. Kejap-kejap bukak fridge nak check dah boleh potong ke belum.

Tapi tetengah nak buat strawberry sauce tu, boleh pulak la gas habis.
Frustnye..simpan la balik strawberry dalam fridge.
Sudahnya, tak sempat nak tunggu beli gas, husband dah ngap dulu separuh bekas.
Because cheesecake is his favouriteeeee!


Sepatutnye jadi cenggini la cik jah oi.

Tapi tak sempat-sempat sangat, potong je la cheesecake togel ni hah.


Buruknye rope die! Yang penting ada rasa cheesecake ok.. ;p
Husband prefer 30:70 for the base:filling.
Kalau filling tebal, cepat muak katenye.



Ni snickers oreo cheesecake mase buat untuk birthday dia dulu.
Lagi tebal. Tapi cepat jugak je habis.  ; )


from here : original recipe

What you need:
1 1/4 cups sweet biscuit crumbs
70g butter, melted
500g block PHILADELPHIA Cream Cheese, softened
400g can condensed milk
1 tablespoon gelatine, dissolved in 1/4 cup boiling water
Juice of 1 lemon
250g punnet strawberries, roughly chopped
1/4 cup red currant jelly
2 teaspoons water
Sliced fresh strawberries


Make it:
COMBINE biscuit crumbs and butter, press into base of a lined and greased 20cm spring form pan; chill.

BEAT Philly* until smooth. Add condensed milk and lemon juice and beat until smooth. Fold through the gelatine mixture and chopped strawberries. Pour into prepared base, chill 3 hours or until set.

HEAT redcurrant jelly and water in the microwave for 30 seconds or until runny. Cool. Arrange sliced strawberries over the cheesecake, brush with redcurrent glaze and serve.



Sunday, July 22, 2012

Resepi Puding Caramel


I sentap ngan husband I semalam tauuu.
Kita dan plan nak iftar kat rumah bonda I (yang seminggu sekali je we ols balik tu),
tapi tetibe kul 4 petang husband ajak balik Ampang sebab ada hal.
Mula la sayu hati I yang sedang memukul telur nak buat pavlova ni.
'babai pavlovaa..untuk keberapa kalinya, aku tak jadi buat kau..sobs..'
*simpan balik whipped cream ngan mixed fruits dalam fridge*

Tapi I dan plan ngan bonda I nak main masak-masak petang semalam sebenarnya.
Bonda I buat kari ayam, I buat puding caramel. Tapi ni dah nak kena balik. So how?
Dengan muka cebik ' ya kena balik laaa..sempat tak ya nak tapau kari ayam mak?'
*lagu pulanglah di hari raya berkumandang dalam hati*
'eh sempat ni sempat. tunggu jap. bagi mak setengah jam'
*lagu suasana hari raya pula berkumandang dalam hati.yay!!*

Sebagai hadiah macam jiran yang bertukar juadah, I pun laju-laju buatkan jugak Bonda tercinta puding caramel as she requested. Dalam hati rasa sangat membara dengan hubby I.
Tapi malas nak cakap banyak ngan dia, kang terbatal pulak puasa.

Sempat kukuskan je. Tak sempat nak bawak balik sikit.
Takpe, yang penting kari ayam Bonda yang sangat meletups! Berselera makan sahur tadi..


Gambar google je nih. Kan tak sempat tunggu masak kannn..

Bahan-bahan untuk buat-

Caramel : 
1 senduk gula + setengah senduk air

Puding :
3 biji telur + 2 biji kuning telur sahaja + 3 sudu gula + 
1 tin susu sejat + 1/2 cawan air + 1 sudu esen vanilla


Cara-cara untuk buat-

Caramel :
1. Tuangkan 1 senduk gula ke dalam kuali yang sudah dipanaskan.
2. Dengan api sederhana, sentiasa kacau sehingga gula bertukar jadi keperangan.
3. Kemudian tambahkan air sedikit demi sedikit dan kacau lagi sehingga jadi gula sederhana hangus yang cair. Kacaulah dengan tabah ya. Jangan sampai hangus sangat pulak.
4. Kemudian, tuangkan gula cair (caramel) tadi ke dalam bekas yang nak digunakan untuk mengukus puding caramel kita. Kalau nak kukus dalam loyang, better panaskan gula tadi atas loyang je terus. Tak payah nak tuang-tuang ke bekas lain lagi dah.



Puding :
1. Dengan api kecil, panaskan susu sejat, tapi jangan sampai mendidih.
2. Sementara tu, pukul sekejap telur + gula + air + esen vanilla menggunakan blender.
Ye guna blender je. Make sure dah basuh bersih-bersih sebelum digunakan. 
Kita taknak hidang kat family puding caramel yang spicy ok.
3. Setelah tutup api susu sejat tadi, campurkan dengan bahan yang sudah diblend.
Kacau seketika sehingga sebati.
4. Tuang kedalam bekas yang kita nak gunakan untuk mengukus tadi.
5. Kukus selama 30-40 minit. Agak-agaklah, kalau nampak puding tu lembik lagi, maka kena la tambah masa mengukus. Bila dah agak pejal, boleh stop kukus dan sejukkan kat luar dulu.
6. Kemudian masukkan dalam fridge. Terbalikkan puding caramel sebelum dihidang.

Senang sangat kan?
Kalau beli kat bazar ramadhan, sepotong RM2.
Ni modal dalam RM5, boleh dapat berpotong-potong!
Siap boleh adjust sendiri, nak manis ke tak manis ke extra caramel ke ape ke..
Puas makan 1 family, boleh repeat lagi..

Selamat mencubaaaaaa! ; )


Friday, July 20, 2012

Tips Persediaan Berpuasa Ibu Mengandung


Ramai juga yang tanya, boleh ke puasa nanti? Aku jawab je ‘Insyaallah, boleh..’ ..Ada jugak yang risau kata tak payah sebab takut perut masuk angin la, takut baby lapar la, etc. Tapi baby dalam ni baru 31 weeks. Rasanya mommy boleh tahan kot tak minum ke tak makan ke siang tu. Lagipun, dah try puasa lately, so far ok la. Tak la lapar sangat atau penat sangat. Asalkan bangun sahur dan minum air banyak-banyak sebelum imsak. Cuma yang aku confident nanti, mesti akan sangat mengantuuuukkkkk.. Kalau tak pregnant pun tetap akan mengantuk most of the time. Hmmm..

Semua orang tahu kan, Allah S.W.T. telah memberi kelonggaran (rukhsah) dalam puasa bagi ibu yang mengandung dan menyusukan. Jika tidak mampu berpuasa, ibu boleh meninggalkan puasa tetapi perlu menqadha' puasa tersebut di bulan-bulan lain. Tapii..pahala dan nikmat puasa tersebut memang tidak sama dengan puasa di bulan Ramadhan..

Ok takpe, nak share tips persediaan untuk ibu mengandung yang nak berpuasa.

1.    Jangan tinggal sahur. Dan bersahurlah selambat yang mungkin. Silalah rajin bangun sahur ye ibu-ibu semua. Jangan pulak berangan jadi orang bujang, nak sahur sebelum tidur sebab malas bangun, pastu siang baru kul 8 pagi dah lapar.

2.    Bersahur dan berbuka dengan menu sihat dan seimbang. Yang paling penting, makan ala-ala saja bila berbuka tu ye. Trend family husband ialah bersahur dengan nasi dan lauk pauk. Berbuka pula dengan kuih dan mee/bihun/spaghetti saje. Terbalik dari kebiasaan kan? But that’s the best practice actually. Bila berbuka makan mee je, tak lah kenyang sangat. So kurang malas untuk solat sunat. Tapi bila sahur pulak sangat meriah macam tengah lunch. Hehee..Ok la tu. Lambat la sikit rasa lapar kalau sahur dah makan nasi kan. Perut orang mengandung memang tak sah tak dapat nasi dalam sehari. Tapi jangan pula makan lauk yang terlalu pedas atau berminyak atau berlemak sebab ni akan menyebabkan perut kita tak selesa di waktu siang.

3.    Minum air sebanyak mungkin. Tapi sikit-sikit lah ye sebab perut ibu-ibu ada baby ni cepat keras kan. So minum sikit-sikit sehinggalah nak dekat masuk waktu imsak tu. Ni untuk mengelakkan ibu cepat dehidrated. Maklumlah, ibu ada baby ni asyik nak pergi toilet buang air je kan. So bekalan air dalam badan juga perlu lah banyak. Hehe. Jangan lupa minum susu juge tauu (pandai cakap je tapi dia sendiri tak minum susu pun! Alaa..tak boleh telan air susu laaa)

4.    Lebihkan serat. Sebagai tambahan, makan juga makanan lambat hadam dan membekalkan tenaga. Contohnya oat, nestum, dan kurma. Biasanya aku akan makan nasi sikit masa sahur tu. Pastu bancuh milo campur nestum. Pastu makan kurma 2/3 biji. Berserta air suam.

5.    Positive mindset. Yang paling penting  bila dah niat nak puasa, kena lah yakin yang kita akan larat untuk berpuasa. Kalau kita risau takut lapar la takut haus la, automatically tak lapar pun boleh jadi lapar. So mindset tu kena positive yang kita boleh berpuasa dan tak menjejaskan kesihatan kita dan baby ok. As long as kita dah makan makanan yang sepatutnya masa bersahur.

Insyaallah. Selamat berpuasa ibu-ibu semuaaaaaaaaa! ; )