There was an error in this gadget

Thursday, July 12, 2012

Surprise yang sangat mensurprisekan


Almost forgot to share a sadist story on our anniversary night. 

What had happened is so far different from what i've imagine.
Lain yang di plan, lain pulak yang jadi. Tetibe menyesal. Tapi niat aku lain..Isk..
Sangat macam tak percaya sampai ke tahap ni jadinya..Oh sadisss..
Membebel je. Dari tadi tak cerita lagi..Dah korang tak suruh cercite cercite..
Camniiii...

Masa nikah aku ada hadiahkan dia cincin.


Ish suka cincin ni. Selalu pakai pergi memane pun.


Last May, aku jumpa cincin ni kat atas meja. Cam dah bape hari dia tak pakai.
Aku suspect dia misplace ni..So aku terfikir nak kenakan dia..
Ish ingat cincin dia dah hilang tapi tak nak megaku kat aku sebab takut kena marah kot.
Walhal cincin tu aku yang simpankan. So kengkonon aku nak surprisekan dia la bagi balik cincin tu masa anniversary kitorang nanti. Kengkononnnn..

Malam 10 july tu, Ish ada wish happy anniversary.
Pastu aku cakap la aku ada surprise untuk dia.
Aku keluarkan cincin nikah dia yang dah sebulan lebih aku sorok.
Sarungkan separuh je kat jari manis tangan kanan dia.
(Tak sarung habis tau sebab aku tau cincin tu tak muat kat jari kanan)

Ntah camne, dia terkejut kot, tertolak tangan, pastu cincin tu tersarung kat jari dia sampai hujung. Bila nak keluarkan, dah stuck pulak daaahhh..
Dari kul 1-3 pagi kitorang cuba tanggalkan guna sabun, minyak, etc tapi fail!
Lama-lama jari dia jadi bengkak sebab darah pun tak jalan. OMG..

End of wits, Ish pergi hospital..ye hospital!


Kul 5 pagi Ish balik, tunjuk cincin dia dah jadi camni..


WHATTTT????
Tamatlah riwayat cincin ni genap 2 tahun.
Aku yang tersurprise nampaknye nih.
Padan muka aku..

Pastu tetibe Ish demam sampai 2 hari tak gi keje.
Dia kata maybe kena infection masa dia tunggu kat hospital tu sebab ramai sangat yang batuk kokol la demam panas la hape la malam tu. Ya Allah..
Ternganga memikirkan benda ni..Cam tak caye je..

Kalau aku tak pulangkan cincin dia malam tu, mesti tak jadi camniiiii..
Huwaaaaaaa...Rasa nak tarik rambut pastu hantuk pale kat dinding je..
WHY? WHY? WHY? WHHHYYYYYY????
Is this for real? Really happened? Seriously? Huh?

Betul la orang kata, sometimes kita je fikir apa yang kita buat tu 
baik / elok / bagus..tapi..tak semestinya kan..
Tu la..nak kenakan husband konon..Amik kau..
Tapi..jangan la menyesal atau frust sangat..
Pujuk hati..setiap yang terjadi mesti ada hikmahnya..
 Belajarlah untuk redha.. ; )

p/s: Nasib baik Ish kata, nak pegi buat balik cincin ni sebab batu dia elok lagi kan.
Alhamdulillah. kita tempah lagi cantik k papa..heeee..

No comments: