Monday, April 09, 2012

Petua Sakit Gusi / Bengkak Gusi @ Pericoronitis


Baru nak baik demam, sekarang sakit gusi pulak. Ye SAKIT GUSI! Ya Allah..Dugaan betul..Sakit gusi ni lebih kurang la cam sakit gigi. Berdenyut-denyut. Rasa tebal je pipi. Tapi sakit gusi ni sebab gusi bengkak. Sama ada infection atau cavity. Pernah jumpa dentist 3 years ago pasal ni. Doctor tu kata memang kes infection. Tapi takde la sampai ke tahap gingivitis atau keradangan gusi yang merah-merah tu. Sebabnya ialah ada makanan terselit ke apa ke yang bacteria sukaaaa sangat berkumpul lalu merembeskan toksin. Masa tu doctor bagi ubat kumur dan antibiotic. Haha..baru je cite pasal antibiotic..



Tapi doctor kata kalau nak tumbuh gigi pun symptom yang sama jugak. Dah 3 years tunggu tak tumbuh-tumbuh pun. Teringat kakak office mate dulu dapat MC seminggu sebab buat operation cabut gigi bongsu dia yang tersekat sebab gigi tak muat nak tumbuh habis. Dia cerita memang macam aku yang kena. Paling tak tahan bila bius dah abis. Rasa macam nak tumbuk dinding. Serrraaaammm..But afterwards lega la..

Aku dari kecik memang benci dentist. Pernah sorok buku record gigi sekolah rendah sebab takut kena cabut. Sebab kalau tak cabut pun mesti doctor wat scaling la tampal sane sini la..Tak pernah aku berjaya melepaskan diri tanpa diperbuat apa-apa kat gigi aku. Kalau check banyak nau yang kena pangkah menandakan gelap lah masa depan gigi itu. Sebagai peminat tegar ice cream dan chocolate, padan muka aku.

Rasakan natijahnya sekarang. Tak senang duduk. Baring juga sakit. Berjalan apatah lagi. Makan tak lalu tidur tak lena, Seriously. Rasa tebal sangat pipi ni. Tapi aku seboleh-boleh nak buat tak tau je. Kalau tengok muka memang orang tak tau aku tengah menahan sakit gusi yang terlampau. Senyum dalam kesakitan gitew.

Apa simptom pericoronitis ni?

Minor simptom:
1.Sakit yang mengejut (Spontaneous pain)
2.Pembengkakan setempat (localize swelling)
3.Pernanahan (Purulence)
4.Bau busuk (foul odour or taste)

Major simptom:
1.Kesulitan untuk menelan makanan (difficulty in swallowing)
2.Pembengkakan nodus limfa (Enlarged Lymph nodes)
3.Kesukaran untuk membuka rahang mulut (limited mouth opening)
4.Pembengkakan kawasan muka ( Facial cellulitis)

Tetibe teringat Kak Ida pun aritu kata dia sakit gusi jugak. So tanya la dia. Kak Ida kata memang tu infection biasanya. Dia pernah keje kat clinic gigi dulu biasanya doctor akan keluarkan darah yang dah infected by bacteria atau nanah pastu doctor bagi antibiotic. Kak Ida kata doctor kat clinic dia kata buat sendiri pun boleh iaitu sterilizedkan jarum pastu cucuk gusi yang bengkak tu sampai keluar darah kotor tu. Kau sanggup? Aku tak. So nak try kekdah Kak Ida yakni gosok gigi laju-laju sampai terberdarah pastu cepat-cepat kumur bersih-bersih. Haha koboi betul.

Pastu kena rajin-rajin la kumur dengan air garam suam. Ni untuk mengurangkan bacteria yang terkumpul tu. Lagi bagus kalau rajin floss. Muka aku nak floss? Memang tak. Pakai Listerine pun boleh actually. Botol lama dah habis pastu tak beli-beli yang baru. Kan dah kena infection. Haaaa…

So kesimpulannya, kalau anda terkena infection yang macam ni kekdahnya ialah:

1.    Gosok gigi setiap kali selepas makan. Walaupun sakit, tetap kena gosok gigi bersih2 tau.
2.    Berkumur-kumur dengan air garam / listerine sekerap yang mungkin
3.    Cuba keluarkan darah terkumpul dari gusi yang bengkak menggunakan jarum dah steril
4.    Jumpa dentist untuk lebih selamat dan yakin. Sebab petua ni tak dijamin.

Sekian terima kasih. Pandai nasihat orang walhal gusi aku sakit lagi nih. Rasa nak lempang orang buat bising. Sakit sehingga menyebabkan aku rasa hari ni sangat panas dan mengakibatkan pening kepala. Tak tau apa kaitan. Ok bai.

5 comments:

ilyia nur ab rahman said...

ye..saya sokmo kene sakit gusi..every month jupe dentist upm (alang2 dah bayar yuran mahal..harusla gunakan mende free sekerap mungkin)..ditambah klu salah mkn mende keras terkene kat gusi gigi bongsu lagi la hebat kene..paling mujarab adalah habiskan antibiotic yg dr bagi..kdg2 tak habiskn pon dah baik..pahtu bulan depan kene balik..padan muke..sape suh ngelat..

Adila Hashim Shariff said...

alaaaa tp antibiotic tu ok for short term je..long term x elok la..baik elak amik antibiotic..nt aku search n share extra info psl antibiotic.eh mcm blog kesihatan plk..

novis said...

nak kongsi cara aku, biasanya kalau gusi dah bengkak dan rasa macam ada kandungan air atau darah atau nanah kat gusi tu aku akan ambil garam halus dan sapukan direct kat gusi tu, biasanya tak lama air/darah/nanah tu akan pecah sebab garam kan tajam so garam2 halus tu akan memecahkan/menebuk lapisan kulit gusi yg menggelembung tu dan cecair dlm gusi akan meleleh keluar...selamat mencuba...

Noorsyafinaz Zainal Ariffin said...

tq for the information....sy skit gusi ni...nk tumbuh gigi tp da bertahun x kelua2 jgak...geram je...

Fatimah Bt Tony said...

Perkongsian yang menarik