Kalau sebut Lorong Haji Taib anda akan terbayang apa?
Kalau cakap pasal beli barang baking pulak anda akan terfikir
apa?
Terfikir kedai menjual barang bakeri lah kan? Heee..
Pasni kalau cakap pasal baking dan nak beli barang baking,
silalah terbayang ini.
Haaa..Kedai Bake With Yen.. Ala ala nama program memasak
gitew..
Kedai menjual barang-barang membuat kek dan roti yang terletak kat Lorong Haji
Taib, Chow Kit. Dari zaman tok kaduk dulu kedai ni dah wujud. Aku je baru tau.
Sekarang ada 4 outlet katanya. Kat Puchong, TTDI, PJ pun ada.
Nasib baik Kak Camy bawak gi kedai ni tadi.
Kalau aku
sendiri yang carik, paceroh tak jupe (ganu tetibe).
End up bertekak ngan Ish je
kang sebab terpusing-pusing tapi tak jumpe jugak.
Selama ni beli barang baking kat Hero tu hah. Elok-elok 1
kedai khas untuk bakery, diorang gi combine ngan Hero supermarket. Jadi
kecik, tak banyak choice, barang-barang pun dah mahal. So, malas nak teruskan hobi baking. (Walhal memang pemalas)
Ada apa dengan Bake With Yen? (cam ada apa dengan cinta?)
Most
of the things they sell at lower price compare than others.
Dah kekdahnye kedai
borong kan..Haruslah lebih murah..
Cakaplah nak apa, suuummee ada.
Complete all in one shop. Ala one stop center gitew.
Sangat sesuai untuk mereka yang buat bisness kek dsbg.
Masa pergi tadi pun memang ramai akak-akak makcik-makcik membeli
dengan sangat kusyu’ dan tahu je diorang nak beli apa. Nampak sangat tokey kek
dari gayanya.
Ada sorang tu amik Philadelphia cheese
berkotak-kotak besar terus masuk bakul.
Tak cam aku yang ternganga-nganga sebab
terpegun tengok barang baking yang sangat banyak choice. Harga lebih murah dari
biase. 20-40% cheaper la.
Tapi better pergi time bukan peak hours la. Time lunch tadi agak ramai orang.
Susah nak tenung barang tu satu-satu. Aku ni kalau kat kedai barang kek memang banyak termenung sebab tengah terbayang nak buat kek apa, decor camne, etc.
Kalau time ramai orang naktanya staff pun memang tak akan dilayan ye.
Silelah kau carik sendiri sampai jumpe.
Sebelum pergi, better dah buat list barang apa yang perlu dibeli.
Kalau tak, sume barang nak dihangkut masuk bakul.
Elok-elok nak save, kang termembazir pulak. Unless anda memang rajin baking.
Kak camy beli barang nak buat cuppies for 1000 cups ngan
fondant cake pengantin total modal tak sampai RM300. Hoi! Kalau beli kat tempat
lain cecah gak RM500 katanya.
Dalam hati sangat tak sabar nak beli barang-barang untuk majlis Allysha nanti.
Kedai dibuka dari Isnin-Jumaat jam 9pg hingga 6ptg
dan Sabtu jam 9pg hingga 5ptg
Ahad cuti.
No comments:
Post a Comment