There was an error in this gadget

Monday, April 16, 2012

Resepi Sambal Udang


Adila sangat mencintai udang. 
Semalam balik keje hujan lebat tak sampai rumah lagi 
dah terbayang kalau dapat makan sambal tumis udang, dappnyeeeee! 
Sambil-sambil layan Allysha, sempat blend bahan-bahan dan menumis.
Senang sangat tau. Dah la udang ni tak payah siang.
Sambil tengok tv, mandi pun boleh menumis. Eh yeke? Iyeeee..
Sebab kita nak masak sambal tumis yang sedap, guna api kecil-sederhana.
Take time about 15-30 mnts depends on banyak mana lah.
That's why boleh sambil buat keje lain. Haa...


Dah settle makan baru la teringat nak amik gambar tauuu..
Nasib baik ada lagi secoet.

Bahan dan kekdah sama gak la macam resepi sambal sotong tu. 
Cuma kalau nak sedap lagi, tambah sikit air rebusan kulit udang dan tumis sampai pekat.
Ala tak payah la, belacan tu pun ok dah.

Ini resepi nya:

500 gm udang - aku sorang je makan
Cili kering – dikisar 
(kalau nak pedas letak la lebih. peminat sambal, aku mesti letak banyaakkk)
2 ulas bawang putih - dikisar
5 biji bawang merah - dikisar
Sikit je ikan bilis -  dikisar
2cm halia – dikisar
1cm belacan bakar - dikisar
Sedikit gula
Air asam jawa
Sedikit garam
1 biji bawang besar - dihiris

Kekdahnyeee :

Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar. 
Make sure api tak besar sangat. Ala-ala kecil-sederhana je. 
Tumis 10-15 minit sampai pecah minyak. Rajin-rajin kacau. 
Lagi kuat bunyik klentang klentung sudip ngan kuali tu lg bagus. Eh. 
Kemudian masukkan gula. Bila dah tambah gula, warna sambal jadi cantik je. 
Pastu masukkan udang yang dah basuh dan dibuang kepala janggut kaki segala. 
Udang seeloknya kita toskan dan perap dengan sedikit garam sebelum start masak tu. 
Supaya sambal kita tak berair sangat dan elok je. 
Pastu masukkan air asam agak-agak la buat syarat je. 
Sebab dah perap garam masa tos sotong tadi, rasa dulu kalau nak tambah garam lagi sikit. Pastu baru masukkan bawang hiris. Kacau-kacau lagi sampai pueh ati den. 

Tu je. Senang kan? Selamat mencubaaaaa..


1 comment:

Kenari Putih said...

Best resepi ni. Nak cuba jugak bila lapang2. sebab time rasa nak masak sambal udang jer, main bedal jer... setiap kali masak rasa lain2.. hehhe