Monday, April 09, 2012

Master oh Master oh Master - Part 3

dear sayangku adila,

better sambung kat utm..pasal takde mase in weekend..not every weekend sampai 2 thn kot..cuti sem boleh balik..or ask mak ko visit kamu ke..sekarangni jangan fikir yang masalah...rempuh je onak duri and ranjau yang ada..(itu filosofi aku la)..masalah datang baru setelkan time tu gak..almaklumla.saya ni bkn well planned sgt orgnye..suke fikir time last minit tu camne nak solvekan isu tersebut..

UNLESS

kamu seorg yg well planned..tunggu setel semua..kehidupan stabil sikit..masa utk kehidupan pun flow cantik punya..baru bole sambung..sebab futher study ni bukan perkara main2..silap langkah separuh jalan la gamaknye..masa mmg limited (dah 3 thn tak cukup tidur..coz time dorg tidur br ble study or writing)..

SO,

jangan difikirkan sangat..ada rezeki tak ke manapun untuk smbg master..peluang sentiasa terbuka luas..mana tau ada rezeki sambung blaja sponsored by office..jangan apa yang dikejar tak dapat..yang dikendong berciciran..ayah aku umur 42 thn baru nak buat degree..nak buat camna rezeki yang Allah bagi tu sentiasa ada hikmahnya..skarangni ko dpt rezeki yg plg hebat Allah kurniakan..ada org dah post doc pun g paris bape kali buat ivf tak dpt2 anak..so jgn risau k daring..by hook or by crook aku akan support ko utk futher study wpon time tu kite dh pki gg palsu sebelum g libry..

sekian..wassalam!

Ini comment dari semek Ilyia pasal entry dilemma master aku..


First of all, thank you much babe! Aku memang dah sampai ke tahap pasrah. Memang aku rasa takpelah kalau takde rezeki sekarang. Umur 30 an nanti pun boleh belajar lagi pe. Tapi bak kata Mila Amylia, redha tu ikhlas pasrah tu menyerah. Eceh. 

Malam tadi sambil iron baju tetibe aku tersandar kat dinding. Sampai Ish terkejut dan tanya, kenapa. Kenapa apa? Baru aku perasan aku termenung dengan seterika kat atas baju. Nasib baik tak terbakar.

Kenapa? Kenapa termenung camtu?
Oh..Ya terfikir bila laaa Ya dapat sambung belajar sambil keje nih. Ya nak sangat sambung  belajar. Tak tau kenapa rasa time is running out. Sangat tak tau kenapa hati ni naaakkk sangat. Serious tak tau. 
Kalau camtu, proceed jela yang. Ish boleh jaga anak-anak..
Memang lah. Tapiii takde yang ok lah. UiTM tu jauh. Sampai bila bertahan balik keje travel jauh balik malam-malam. UTM tu pulak kelas weekend pagi sampai petang. Takde kelas malam walaupun dah dekat dengan rumah kita. Walaupun dua tahun tu rasa macam sekejap but still it is 2 years. Kena cari betul2 yang less hassle.
Ya tengah survey lagi tempat yang paling sesuai dengan kita. Berharap sangat kalau ada uni kat kl yang boleh offer kelas malam sebab tak sanggup nak korbankan weekend yang sepatutnya kita spend dengan anak-anak dan mak-mak kita..

Hmmm..Ish pun speechless. Ok sambung seterika baju.

Pagi tadi sungguh-sungguh aku doa semoga Allah permudahkan segala urusan aku tak kira la sambung study ke tak. Semoga Allah bagi aku kesabaran untuk buat apa saja yang terbaik contohnya jadi Isteri yang solehah, anak yang bertanggungjawab, ibu yang dapat membimbing anak-anak kearah kejayaan dunia dan akhirat, juge pekerja yang boleh bagi idea-idea bernas. Jangan sampai aku lupa semua ini yang lebih penting. Kalau belum rezeki aku nak dapat apa yang aku idamkan, semoga Allah beri kesabaran dan jadikan aku hamba bersyukur walau apa pun terjadi..

Pagi tadi masa browse internet pasal master (as ususal, habit yang tak boleh dibuang) tetibe terbaca forum yang kata UKM ada offer MBA kat campus Jalan Temerloh jugak. Where is Jalan Temerloh? Setahu aku MBA kat campus Bangi je. Laaa kat Kolej Tun Syed Nasir kat area Titiwangsa tu je ha. And the best part is aku terbaca kelas dia weekdays from 7pm-10pm. Bulat mata aku. 

Terus call person in charge nak confirmkan semua tu and she said yes. Dan dia kata tarikh tutup 15 april 2012 untuk intake sem 1 20122013. Yes tetibe aku yang pasrah semalam ada rasa nak try UKM pulak. Punyalah tak berputus asa kan. Nampak tak determination aku  nih? Because so far UKM suit us the best. Walaupun study fees agak mahal RM22,500. Tapi tu dah belakang kira. Insyaallah ada rezeki aku nanti. Pandai-pandai la berjimat cermat. Sebab aku sangat yakin bersusah-susah dahulu senang-senang kemudian kannn..

Then aku try pulak browse MyBrain tu. Memula dulu aku tengok diorang tak sponsor sesapa yang nak buat part time. Strictly for full time student sahaja. Tapi tadi aku baca balik t&c dia, aik?Boleh pulak untuk part timer? Betul ke ni? Rasanya dulu tak boleh. Oh tapi ada pulak syarat dia. Diorang hanya sponsor untuk certain courses sahaja. Tengok MBA tak listed pun. Agak frust sebab memula ada harapan boleh apply. Tapi takde MBA pulak. Try call office dia kat Putrajaya kengkonon sesaje lah nak tanya. Person in charge tu kata boleh apply untuk My Brain walaupun part time dan MBA pun takpe. Kita sponsor up to RM10k.. Eh betul ke ni? Dia yakinkan aku betul..Alhamdulillah kalau dapat kan. At least half pun aku syukur sangat lah..

So hari ni dalam proses nak kumpulkan related documents yang perlu dipos ke UKM.
Kawan-kawan tersayang doakan lah segala urusan aku ni dipermudahkan ya..Amin..
Tapi kalau tetap takde rezeki pun takpela. Bukan takde, cuma belum lagi kot..
Ada banyak lagi jugak benda yang lebih penting Allah swt nak bagi aku kan. 
Apapun aku tetap bersyukur. Insyaallah..

4 comments:

Ilyia Nur said...

ha..kan..kalau ada rezeki tak kemana yang penting jgn putus asa..good luck dear!!teringin sangat merealisasikan impian kita nak jadi lecturer sama2..heee!!malu gilers tayang bapak besar komen aku tu..aku pon dalam dilema nak smbung phd..takut bangat dong...kali ni mmg tak bole main2..tp aku kene dapatkan job dulu br bole sambung kot..bole plak sv aku pegi arab setahun..bile aku nak grad ni???

Adila said...

whatttt??klu die x blk ko xleh grad ke??

Pijahe xMRSM Kuantan said...

Baguslah dila. sungguh2 nk sambung master... semoga berjaya mencapai impian k..

Cool Lean said...

Kat Titiwangsa la Abg Yunus buat MBA hari tu.. Syok la dekat ngan rumah! Dekat dgn Kak Icha, dekat dgn Baby Aisy and dak Ish!!!!! Don't u just love it??