There was an error in this gadget

Sunday, April 15, 2012

Resepi Sambal Sotong


Craaaaaving for sambal sotong. Bangun pagi je terbayang-bayang sambal pekat sedap. 
This time tak pedulik husband suka ke tak. Sape suruh tak makan seafood. 
Walaupun dah dinobatkan sebagai pencinta udang tegar,
 tapi teringin nak makan sotong lah pulak. 



Ini resepi nya (walhal tak masak lagi, tunggu Ish balik baru boleh bergegas ke Hero) :

500 gm sotong - cukup la makan 2,3 orang
Cili kering – dikisar 
(kalau nak pedas letak la lebih. peminat sambal, aku mesti letak banyaakkk)
2 ulas bawang putih - dikisar
5 biji bawang merah - dikisar
Sikit je ikan bilis -  dikisar
2cm halia – dikisar
1cm belacan bakar - dikisar
Sedikit gula
Air asam jawa
Sedikit garam
1 biji bawang besar - dihiris

Kekdahnyeee :

Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar. 
Make sure api tak besar sangat. Ala-ala kecil-sederhana je. 
Tumis 10-15 minit sampai pecah minyak. Rajin-rajin kacau. Lagi kuat bunyik klenatang klentung sudip ngan kuali tu lg bagus. Eh. 
Kemudian masukkan gula. Bila dah tambah gula, warna sambal jadi cantik je. 
Pastu masukkan sotong yang dah basuh dan potong. 
Sotong seeloknya kita toskan dan perap dengan sedikit garam sebelum start masak tu. Supaya sambal kita tak berair sangat dan elok je. 
Pastu masukkan air asam agak-agak la buat syarat je. 
Sebab dah perap garam masa tos sotong tadi, rasa dulu kalau nak tambah garam lagi sikit. Pastu baru masukkan bawang hiris. Kacau-kacau lagi sampai pueh ati den. 

Tu je. Senang kan? Selamat mencubaaaaa..

No comments: