There was an error in this gadget

Sunday, April 01, 2012

Petua Mengurangkan Demam


Ini petua MIL. Kalau Ish demam mesti Mama tanya “Ya dah sapu air limau kat kepala Ish?” “Erk..air limau? Belum..Cane nak buat?” 
Tengok mama buat then tau la itu petua dia kalau anak-anak demam.

Last week memang minggu yang penuh pancaroba. Memula Ish demam. Pastu aku demam. Pastu Allysha pulak demam. Ish dan Allysha dah baik demam, aku demam lagi. 
Bila aku dah kurang sket, Ish demam balik. Pulak dahhh..Dugaan sungguh. Sabar jela. 
Mama pulak dah balik Melaka. Tinggal la kitorang bertiga. 
Sangat mencabar sebab Allysha pulak susah nak tido. Agak stress sebab aku pun tak baik demam lagi, pastu nak jaga Allysha pastu nak jaga papa dia jugak. Nangis dalam hati.

Badan Ish makin panas. Aaaaaa takutnya. Oh teringat petua Mama tu. 
Buka fridge nasib baik ada limau besar-besar tu (tak tau nama apa).
Tadi tanya kak camy “Kak, kalau limau besar-besar tu kita panggil apa?” 
“Kalau besar limau purut, kalau kecik buat air tu limau nipis” 
so kalau kak camy salah, maka aku pun salah le tu..




Petuanya camni:
potong sebiji limau purut yang dah dibasuh bersih dan perahkan dalam semangkuk air. 
Kalau boleh air yang dah filter lah. Pastu ramas-ramaskan kulit limau tu skali dalam mangkuk tu. Then sapu kat kepala dimulakan dengan basmalah. Sapu-sapu kat kepala sampai meresap dalam kulit kepala. Nak sapu kat muka, leher, dada, tangan pun boleh. Sambil-sambil tu baca la surah dan selawat kat bawah ni kemudian tiup kat kepala..

1. Al Fatihah
2. 3 kul
3. Ayat Kursi
4. Selawat syifa’

Ulang-ulang banyak kali ye. Alhamdulillah hari tu lepas buat camni, terus badan Ish dah tak panas. Legaaaa rasanya. Cuma dia tak larat nak bangun sangat jela.

Selawat syifa’ ni selawat penyembuh. Start amalkan masa mula pregnant dulu supaya tahan sakit dan sebagainya la. Sekarang selalu bacakan dekat Allysha kalau dia demam ke meragam ke merengek ke. Kalau sesapa demam/sakit elok amalkan selawat ni.
Insyaallah. 


3 comments:

rafiza abd rahman said...

mak ajar selalu ajar kami guna asam jawa atau daun bunga raya... ok juga cepat hilang panas tu..

air asam jawa tu leh gunakan gosok seluruh badan before mandi.. nuat dalam toilet siap2 la biar 5 minit camtu.. masa tu akan rasa panas tu kuar.. pastu mandi dgn air sejuk macam biasa la.. kalau tak oke cuba plak..

Adila Hashim Shariff said...

mak sy pun pakai air asam jawa tapi x suka sebab rambut jd keras hehe

Muhammad Faiz Mohamed Saaid said...

tips best