Monday, March 19, 2012

Bedroom Makeover


MIL belanja aircond. Actually we dont need it. 
Sebab kipas pusing level 3 pun kitorang dah mengerekot dalam selimut siap pakai socks.
Tapi Allysha ni kuat berpeluh. Pastu tidur sejuk-sejuk baru dia lena. Amboiii..
Anyway so thankful to Mama. I LOVE MY MIL!! (jerit kat laut)
Pastu siap nak tukar lampu lagi you. Mama, why so kind? (nangis terharu)

Tetibe ada mood nak makeover bilik kami syurga kami itu.
Sangat tak sabar rasa macam nak pergi beli cat sekarang jugak!
Tapi nak color apa ye?


Purple?


Green?


Salmon?


Beige?

Hati tiba-tiba berdebar tengok color-color soft red macam salmon, pearl peach dan lotus pink. macam color font ini)
Fall in love!
Ok nak pergi kedai jotun depan rumah sekarang jugak.
Bye.

Friday, March 16, 2012

Apa Tips Tidurkan Baby?


Allsyha adalah seorang baby yang sangat susah nak tidur sebab dia tak suka tidur. Kalau senang tidur pun dalam kete je. Normally start pukul 10 malam memang dia susah nak tidur. Dia sebok nak main itu ini nak explore sume benda la tu kan. Tapi kalau main elok-elok tak pe. Ni suka sangat panjat kepala katil. Bahaya sangat tauuu. Tapi dah tak tau camne nak control dia. Bagi la toys ape pun, tetapppp nak main panjat-panjat. Tak padan dia tu girl..

Contoh last night (dah pukul 10 lebih ni) Allysha busy main panjat-panjat katil (as usual). Mommy dia yang sekarang dah bertukar jadi macam baby pulak tersangat lah mengantuk mata nak lelap yang tak dapat dibendung lagi. For safety, block tepi-tepi katil dengan bantal yang berdouble triple layer. Tapi entah camne la Allysha ingat Mommy nak kejar dia, dia pun reverse dan jatuh sommersault ke bawah. Macam orang lompat terjun swimming pool pun ade. Berderau darah masa tengok bawah. Tapi Allysha rilex je. Nasib baikkkkkk la dia jatuh atas tilam dan sejadah (memang kat keliling katil dah standby tilam, toto, alas segala yang ada sebab dah tak terkira berapa banyak kali dia jatuh).

Pastu sambung panjat-panjat lagi. Bila tarik dia ajak tidur, Mommy yang kena marah. Hey, tak padan awak tu baru 9 month! Geram betul la..Pastu tetibe dia diam kat hujung katil tu. Dah kaki pulak terselit tepi katil. Dah la 10minit nak kuakan kaki dia pulak sebab tilam sangat berat pastu nak mantainkan dia jangan bergerak sume tu, hadoiiiiiii..

Dah pukul 12 tengah malam! Allysha sambung main panjat-panjat lagi. Kali ni main hempas-hempas badan pulak. Dah berdiri hujung katil, pastu lepas tangan, pastu hempas badan terlentang. Pastu hempap-hempap Mommy. Pastu main korek-korek muka Mommy nak suh layan dia le tu!What the??!! Sampai terlepuk dia jugak la semalam. Geram nye pasal. Mommy dah la sangat mengantuk, Papa tak balik lagi, Allysha makin menjadi-jadi pulak. Terus sms Papa dia suruh balik cepat. Allysha tetap main panjat-panjat..


Dah tukar diapers, bagi susu, tepuk-tepuk, baca surah, nyanyi (walaupun suara Mommy dia boleh mengundang hujan gerimis di tengah malam), pujuk dia, Allysha memang tahan mata dia sebab taknak tidur. Walhal berkali-kali dah dia menguap tu. Mommy makin tak keruan. Rasa nak nangis pun ada. Tiap-tiap malam camni memang la Mommy tak cukup tidur dan akan mengantuk je kat office sayang oiiii..

Tiba-tiba terbayang macam mana kalau Allysha ada adik nanti? Camne? Camneeee? Ah! macam mimpi ngeri kalau fikir double the trouble niii.. Tawakkal je la..Susah-susah dulu, senang-senang kemudian.. Pastu terfikir jugak, memang susah nye kalau takde Papa dengan Mommy..Biasanya kalau dah fade up layan Allysha, Mommy tidur je dulu dan biar Papa main dengan dia sampai tertidur. Biasa sesikit, “papa tengokkan Allysha, papa popok Allysha, papa susukan Allysha, papa itu papa ini”. Banyak sangat harapkan papa dia je..Tetibe nak cakap “Thanks papa..You dont know how hard and terrible my day without you” = p  Sebab tu rasa sangat ngeri bila tetibe Ish kata weekend ni macam kena outstation kat Ipoh. Omg. Hopefully tak jadi..

Dah dekat kul 1 pagi,eh, eh..Allysha dah tertidur kat celah ketiak Mommy laa..Usap-suap kepala dia yang dah tertidur nyenyak tu. Subhanallah..Comelnya baby..Shayangnya die..Kesiannye die sebab kadang-kadang Mommy marah dia..Dia baby, mana la tau pape. Patutnya bersyukur sangat ada anak yang sihat wal afiat. What a greatest gift from Allah swt..Oo, patut la papa cakap kalau dia tengah aktif tu memang tak boleh nak buat ape. Sabar jela layan sampai dia penat, then dia akan teridur sendiri dengan sangat nyenyak. Memang ye pun. Sekali je ehek nak susu..

Sekarang tengah waktu-waktu critical. Maca-macam tips tidurkan anak dah try tapi fail! Nanti kalau Allysha dah ok, boleh la share tips tidurkan anak ni. Tapi rasanya, tips utama adalah SABAR. So, SABAR jela. Nanti kalau dah besar, rindu pulak masa dia baby-baby. So just enjoy the precious moment. Nanti lama-lama kalau dah fine tune ok la tu..Insyaallah..

Wednesday, March 14, 2012

Tips Hidup Bahagia dan Gembira


Every morning memang I yang kena tunggu hubby masuk kete. Sebab dia akan lambat 15 minit untuk keluar rumah. Kalau berjaya keluar sama-sama pun, mesti dia akan naik balik sebab adeeeee je benda yang tertinggal. Sebab taknak buang masa tunggu hubby, I akan pergi ke kereta dulu untuk start engine to warming up dan sambil-sambil tu akan make up dalam kete, sambil-sambil itu juga akan tune in to Ikim.fm sebab suka dengar segmen tazkirah pagi (something like that la). hehe..

I would like to share something interesting today (for me) which is ustaz bagitau tips untuk hidup bahagia dan gembira. Literally, tips kebahagiaan yang menggunakan kaedah yang sangat senang dan simple. But very little people managed to apply it in their life. Including myself.

Tips pertama, JADILAH INSAN BERSYUKUR. Ayat macam senang. Tapi sebenarnya bukan setakat ucap Alhamdulillah je.  Sepatutnya mesti dengan seikhlas hati dan syukur yang berterusan melalui percakapan dan perbuatan juga. Kadang-kadang I ni (taknak la point kat orang lain,baik cermin  diri sendiri) cakap je syukur semua walhal jauh di sudut hati ni masih lagi tak puas hati itu ini pastu rasa tak best dan tak bahagia dan boleh sampai ke tahap hati tak tenang, rasa kosong dan gelisah. Ish ish ish..

Ustaz tu kata lagi pernah tak kita cakap terima kasih bersungguh-sungguh seikhlas hati dekat kaki kita yang membawa kita keluar cari rezeki? Pernah tak kita cakap terima kasih kat tangan kita yang banyak tolong kita buat kerja? Pernah tak kita cakap terima kasih dekat mata sebab tolong kita tengok benda-benda yang kita perlu tengok? Pernah tak kita cakap terima kasih dekat seluruh tubuh kita yang sempurna ni? Seriously, honestly I memang tak pernah lagi tengok tangan betul-betul pastu ucap “terima kasih tangan, terima kasih Allah swt kerana mengurniakan ku nikmat anggota yang tak terhingga ini”. Sad. Betapa tak bersyukurnya aku niiii..

Tips kedua, JANGAN COMPARE LIFE DENGAN ORANG LAIN. Ini memang susah. For me memang ini susah. Sebagai orang yang bersosial dan hari-hari menghadap laman sosial yang kebanyakan orang gebang beli itu beli ini, I tak boleh lari dari membandingkan life I dengan orang lain. Selalu rasa “bertuahnya die, untung la die, banyaknye duit die, bestnye die, seronoknya kalau jadi die, itu ini semua nak macam die die die”..How do you assure that their life is much better than you? Ntah-ntah orang itu wish untuk jadi macam kita. Ntah-ntah orang lain berharap supaya dia jadi kita. Ntah-ntah juga orang itu sedang diuji oleh Allah swt dengan nikmat. Pernah dengar kan ujian nikmat? Ada orang yang Allah swt limpahkan nikmat kepada mereka sebagai ujian.

We have no idea what others have been through to get what they got now. Mungkin juga itu ganjaran kepada mereka atas segala ujian, usaha, doa dan kesabaran mereka selama ni. Mungkin belum sampai masa kita lagi. Jadi, bersabar dan bersyukurlah. Ustaz kata tak payah la kita penat-penat nak comparekan diri kita, life kita, keluarga kita dengan orang lain. Tak dapat faedah pun. Nanti kita yang sedih dan rasa rendah diri dan rasa kekurangan akibat diri sendiri yang tak tahu betul-betul bersyukur. Walhal Allah swt dah bagi kita sebesar-besar nikmat yang ada pada diri kita ni. Kenapa taknak bandingkan diri kita dengan orang kurang upaya?Asyik nak compare dengan orang yang banyak harta je. Asyik nak compare dengan orang yang dilimpahi dengan nikmat dunia je.

Ustaz kata, jangan sampai lupa, kita hidup ni untuk mendapat keredhaan Allah. Bukan keredhaan manusia. Malah kita sebagai hamba Allah yang hina ni sepatutnya lebih mencinta Allah swt dan Rasulullah lebih dari segalanya. Kalau kita kejar akhirat, kan dunia akhirat kita dapat.

Conclusionnya, tips untuk mendapatkan kehidupan yang bahagia, gembira dan tenang ialah JADI INSAN BERSYUKUR DAN JANGAN BANDINGKAN HIDUP KITA DENGAN ORANG LAIN (unless untuk kebaikan). Senang kan? 2 tips je. Tapi ntah berapa hari jela ingat semua benda ni.

Lepas abis dengar ceramah 10 minit ustaz tu, terus salam hubby sambil cakap “Ya bersyukur Ish suami Ya” serious menusuk kalbu sanubari ku la Ikim.fm tadi  ; ) I love Ikim.fm! (pagi ngan maghrib je dengar station ni sebenarnya)

Sunday, March 11, 2012

Allysha Azzahra : Nine Month


Whattt????
How I forgot my darling's monthly birthday????


I'm sorry baby omel-anje-pishpoit-babashtoit-basheyyy..
 (ni maknanya sangat geram dah takde kata-kata mudah difahami boleh diungkapkan eceh!)

Happy 9th month birthday hunnybunny sweetypie!
Mommy doakan anak mommy sentiasa sihat ceria gembira membesar jadi anak solehah 
dan khalifah Allah yang selalu dirahmati. Amin.

Saturday, March 10, 2012

Langkawi Honeymoon. Triple the JOY! Part 2


Continue from previous post.
After finished cam-whoring at Panorama Cable Car.


Photo taken in Beras Terbakar area.
We're running out of time as Ami need to go back to Kuala Perlis 
and catch a ferry trip around 4pm.
So amik kesempatan beli minyak gamat minyak urat minyak senyonyong fridge magnet 
kain batik kain pelekat tshirt wajib I love Langkawi itu ini begitu begini kat area sini saje. 
Ada banyak gerai along the way to Rumah Beras Terbakar ni.
Kat sni je menyebabkan duit terbakar almost RM100 over. Haish.


It was really hot and spicy at that time. 2.30 pm kot.
So we just look at the house from far haha.


Tak sanggup nak tambahkan tahap kebasahan baju Allysha dan papa dia akibat peluh terlampau.



After we had lunch at Pekan Kuah, we headed straight to Idaman Suri!!
Ni memang tak sabar sangat la nak pegi.
Bulat mata bila kete dah parking kat depan Idaman Suri tu.
Rasa berdebar-debar je masa melangkah masuk tu. (perlu ke?)


(gambar ihsan google sebab dah tak tau camera kat mana sebok nak tengok barang je)


Yela! Tengok la set pinggan mangkuk yang bersinar-sinar tu.
Mula-mula dah list wajib nak beli set melamine, comfortor ngan tea set je.
Tapi tetibe terrrrrbeli 24 pieces Opal dinner set, 
6 pieces Opal glassware for dish, 1 english tea set, 
3 pieces casserole, 2 pieces non sticky pan, melamine plates, 
folks and spoon set, senduks, chopping block chocolates. 
Total money burnt in Idaman Suri : RM200.
Can you believe that? I don't. Rasa nak tambah lagi. Hanya memikirkan balik naik flight maka niat menambah terpaksa dibatalkan. Ketap bibir jela tengok benda lain.


Ilyia Pey ni membeli lagi dahsyattt..Lagi banyak dari kitorang..
Tapi mak-mak ni tak sedar diri jugak kot yang kita naik viva. 
Ami dah kena balik dulu. So terpaksa la pindah ke viva yang Ilyia Pey sewa.
4 adults, 3 kids, 2 stroller, bags, boxes etc.
Natijahnya tingkap belah sana dah tak nampak apa selepas ditimbunkan barang-barang yang sangat banyak. Cayalah Pey terer susun barang banyak-banyak masuk viva!
Cik Kiah gile kete ni dari luar. Nampak plastik je dari tepi ngan belakang.
Orang sengih2 tengok, nak gelak tak sampai ati kot hahahahah..
Bila Ish masuk, dia pun kena pangku satu lagi kotak besar.
Memang nampak kepala kitorang jela. Badan dah fully covered.


20 minit nak sampai hotel rasa sangat lama!
Bila Pey belok-belok barang pun tetibe cam nak jatuh.
Terpaksa tahan pakai kepala je. Azab..
(masa membeli tak hengat pape,padan muke)


After badan berlengas bermandi peluh pulau Langkawi, 
we had a great time at hotel's swimming pool!


Allysha memang suka main air. 
Ni Ilyia paksa dia pose macam cover majalah mangga.
Cet. Nanti mommy belikan Allysha swimsuit lain lah.
Ni cekci sangat la darling.


Kalau pool ni ala-ala je, memang la papa Allysha takkan bagi dia mandi dalam ni.
Tapiii..pool ini sangat bersih clear water cantik gile!
Almaklumlah hotel baru.


Father-daughter had fun.


Ada tak pool bersih camni kat KL?
Pool lat umah ni air die rasa chlorine je.
Pastu warna biru yang kelabu asap. Memang tak lah.


Diorang je yang berendam. Malas nak tambah tahap keberatan beg akibat baju basah.







Dah tak larat nak type.
Alhamdulillah our third honeymoon vacation went so well. =)