Monday, April 30, 2012

Sunday, April 29, 2012

Petua Bayi Selsema



Ni short entry punya. Straight to the point. 
Sempena sekarang Allysha selalu jilat hingus dia yang meleleh tapi tak demam. 
Papa dia asyik nak bagi ubat selsema je. Mommy disagree.
 Ada banyak cara lain selain dari ubat. Cubalah dulu. 
Kalau dah end of the wits, barulah bagi makan ubat. Kan?


Kalau bayi selsema, ramai mak-mak tak bagi mandikan baby sebab takut bila kena sejuk, then selsema lagi teruk. Tapi kalau jumpa doctor, mesti diorang advice supaya mandikan jugak baby tu. Tapi ikut timing yang betul lah. Selepas 8 pagi dan sebelum 7 malam. Kenapa? Sebab ini memudahkan lendir hingus tu keluar dan tak tersumbat dalam rongga pernafasan. Ini juga mengelakkan lendir terkumpul yang boleh mengakibatkan sesak nafas kalau tak berjaya dikeluarkan. Yelah..baby kan tak pandai hembus hingus. Tapiii.. MIL memang tak bagi mandikan Allysha time selsema. But still aku mandikan jugak sesenyap je. Tapi tak lama la dan air pun tak sejuk sangat. Kalau rajin, air suam..

Sentiasa sapukan minyak yuyee / vicks/ minyak telon kat badan baby setiap kali selepas mandi, tengah malam, dan waktu sejuk-sejuk lah. Sapu kat pusat, dada, belakang badan, tapak kaki, etc. Kalau boleh, calit sket je kat hidung dia. Ni untuk keselesaan baby. Kalau kita selsema pun, mesti kita cam nak sapu balm ke vicks ke kan. So does with baby..



Menggunakan kunyit hidup. Caranya ialah ketuk kunyit hidup tu sampai agak hancur dan boleh dicolek dengan jari. Kalau orang dulu-dulu genyeh kat pasu bunga. Then sapukan kan batang hidung baby. Time dia tidur tau. Kalau tak, sia-sia je. Pastu biarkan kering. 
Ulang hari-hari sampailah hilang selsema..


Kalau sampai ke tahap hidung tersumbat dan baby susah nak menyusu, sedutlah hingus dia. Mengguanakan mulut kita sendiri. Ini penting. Sebab kalau Allysha selsema sampai hidung tersumbat, dia mesti taknak minum susu sebab susah nak bernafas. So Papa dia akan sedut hingus dalam hidung dia tu sampai Allysha boleh menyusu balik. Sila abaikan perasaan geli. Keselasaan baby lebih penting. .

Anda ada petua lain tak? Shareeeeee ; )

Recipe Strawberry Mango Smoothies


My husband loveeesss fruit smoothies so much.
You have no idea how deeply in love my husband with fruits.

Kalau nak belanja dia makan kat luar, mesti jadi benda lain.
He always insisted to use the money to buy fruits!
Bersemangat sungguh masuk tesco beli grapes, mangoes, strawberries, dragonfruits, kiwis, pamogrenates, oranges, and so on, 
yang kalau boleh sume buah yang ada dia nak hangkut masuk trolley..

Pastu mesti dia akan masukkan buah-buah tu dalam freezer then makan sejuk-sejuk.
The fruits are his ice cream and dessert.
Allysha pun dah ngikut nampaknya, suka sangat makan buah.
Baguslah. But still we control the intake.

So nak share lah recipe homemade smoothies yang Ish suka sangat nih.
Senang bebenor. Yang penting, husband suka.
Kalau suami anda suka makanan lain, belajar lah buat sendiri.
Mesti terharu gitew..

Pheww nasib baik Ish suka benda senang-senang nak buat.
(Yes kecuali sambal bilis cam mama yang memang aku fail sampai skrg lah)


Ini ingredients nak buat smoothies ala AdilaIsh. Eceh.


Masukkan je suma pastu blend.
Agak-agak la portion yang macam mana anda suka.
Tak payah tambah sugar tau.
The fruits already rich with fructose.


Tadaaa.. Dah jadi! 
Eh senangnya, recipe cam Ela & Eli dalam rancangan ALONG pulak.


 Kan dah siap! 
Kalau nak beli kat Boost atau Juiceworks cenggini dah bape puluh hinggit agaknya.

Oh, after this I wont add up milk.
Kan dalam diet Rasuluullah SAW tak elok makan buah berserta susu.
Memang natijahnya, I sakit perut hokay!
So ganti dengan air. 

Selamat mencuba!

Tuesday, April 24, 2012

Bake With Yen


Kalau sebut Lorong Haji Taib anda akan terbayang apa?




Kannnnn??? 

Kalau cakap pasal beli barang baking pulak anda akan terfikir apa?
Terfikir kedai menjual barang bakeri lah kan? Heee..

Pasni kalau cakap pasal baking dan nak beli barang baking, silalah terbayang ini.


Haaa..Kedai Bake With Yen.. Ala ala nama program memasak gitew.. 
Kedai menjual barang-barang membuat kek dan roti yang terletak kat Lorong Haji Taib, Chow Kit. Dari zaman tok kaduk dulu kedai ni dah wujud. Aku je baru tau.
Sekarang ada 4 outlet katanya. Kat Puchong, TTDI, PJ pun ada.

Nasib baik Kak Camy bawak gi kedai ni tadi. 
Kalau aku sendiri yang carik, paceroh tak jupe (ganu tetibe). 
End up bertekak ngan Ish je kang sebab terpusing-pusing tapi tak jumpe jugak.

Selama ni beli barang baking kat Hero tu hah. Elok-elok 1 kedai khas untuk bakery, diorang gi combine ngan Hero supermarket. Jadi kecik, tak banyak choice, barang-barang pun dah mahal. So, malas nak teruskan hobi baking. (Walhal memang pemalas)

Ada apa dengan Bake With Yen? (cam ada apa dengan cinta?) 
Most of the things they sell at lower price compare than others. 
Dah kekdahnye kedai borong kan..Haruslah lebih murah..


Cakaplah nak apa, suuummee ada.


Complete all in one shop. Ala one stop center gitew.
Sangat sesuai untuk mereka yang buat bisness kek dsbg.

Masa pergi tadi pun memang ramai akak-akak makcik-makcik membeli dengan sangat kusyu’ dan tahu je diorang nak beli apa. Nampak sangat tokey kek dari gayanya. 
Ada sorang tu amik Philadelphia cheese berkotak-kotak besar terus masuk bakul. 
Tak cam aku yang ternganga-nganga sebab terpegun tengok barang baking yang sangat banyak choice. Harga lebih murah dari biase. 20-40% cheaper la. 

Tapi better pergi time bukan peak hours la. Time lunch tadi agak ramai orang. 
Susah nak tenung barang tu satu-satu. Aku ni kalau kat kedai barang kek memang banyak termenung sebab tengah terbayang nak buat kek apa, decor camne, etc.
Kalau time ramai orang naktanya staff pun memang tak akan dilayan ye.
Silelah kau carik sendiri sampai jumpe.

Sebelum pergi, better dah buat list barang apa yang perlu dibeli.
Kalau tak, sume barang nak dihangkut masuk bakul. 
Elok-elok nak save, kang termembazir pulak. Unless anda memang rajin baking.

Kak camy beli barang nak buat cuppies for 1000 cups ngan fondant cake pengantin total modal tak sampai RM300. Hoi! Kalau beli kat tempat lain cecah gak RM500 katanya.

Dalam hati sangat tak sabar nak beli barang-barang untuk majlis Allysha nanti.

Kedai dibuka dari Isnin-Jumaat jam 9pg hingga 6ptg
dan Sabtu jam 9pg hingga 5ptg
Ahad cuti.

Monday, April 23, 2012

Mommy's Wish List


Mommy's wish list for Allysha's first birthday party and aqiqah..

Indoor : for aqiqah.
Outdoor : for birthday party.

So for indoor, i dont think to have a mini pelamin or katil/buai.
Just a simple wall decoration for photoshoot purpose only..


Macam ni.
Tapi, tepi-tepi tu letak la bunga-bunga decor,
bunga telur, standing lamp, bedside lamp, cusion, etc.

For outdoor pulak, bawah khemah tu untuk buffet la.
Tapi candy bar buat kat porch. Ok tak?


Kalau boleh nak buat candy bar begini.


Pastu buat label cecomel begini.


Kalau dapat yang sangat sweet camni, syukran jazilan.


Camni pun ok. Ngeeee..


Decor untuk backgorund candy bar camni ok ke? 
Background adalah kat tingkap hehe..
Ke camni?


I wish to place the cuppies like this.. ; )


And have this on the table.


Of course the helium balloons!


Semalam ada pergi kedai yang jual helium balloons cecantik camni kat Wangsa Walk Mall.
Harga pun not bad. Ok la.


The centerpiece of every table.
Berangan sangat ke aku ni?


And the cuppies toppers something like this or like yours, semek Ilyia!

Heheeee...

Sunday, April 22, 2012

Petua Mengurangkan Mabuk Kenderaan


Seumur hidup tak pernah pergi Fraser’s Hill. Selama ni tak teringin pun. 
Tapi, atas desakan rakan-rakan sebaya (ye ke?), akhirnya terpengaruh. 
Lagipun excited nak picnic kat tempat sejuk. (Masa ni tak tau FH tak sejuk sangat)
Husband agak macam tak bagi pergi sebab dia tak dapat join. 
Tapi bini yang degil insist nak pergi jugak. 
Selagi husband tak cakap ok, selagi tu la tanya boleh ke tak boleh ke tak. At last berjaya! 

Tapiiiii.. Lupa pulak this time kena duduk belakang sebab tumpang Ilyia/Pey. Malah tak tau pun rupanya FH tu quite far dan bengkang bengkok. Cis nyer wady. 
Beria cakap setengah jam je dah sampai. Rupanya about 2 hours gak kalau dari Rawang. Natijahnya, baru half an hour dah start rasa mual, tak sedap tekak, loya. 
Biasanya makan asam agak berkesan. Not for this time.

Hamekkaww!  Masa otw naik tu, “Pey benti jap..cam nak mutah je..” 
Abis sume bekfes kua balik. Selamat tinggal kapok lekor Dungun yang sedap. 
Terpaksa meninggalkan anda di tepi hutan. 
Masa turun pun “Pey, benti jap..nak muntah laaa..” 
Sume sandwich dan chicken wing kua balik. Maafkan saya, hanya setengah jam jodoh kita. Haa tak pernah-pernah aku muntah time naik dan turun. Normally muntah sekali je. Haish..

So bear in mind Adila, if you gonna sit at the back for a long distance journey, don’t forget to have a preparation mentally and physically. 
Kalau ngan kawan-kawan dah biasa takpela. 
Kalau ngan orang lain, mesti maluuuu nak pergi muntah kat tepi jalan. Haks.

So here I would like to share some tips to reduce the uncomfortable stomach and sickness.

Petua tradisional :
1.  Ambil 2-3 sudu madu lebah dan tambahkan sedikit garam. Minum sebelum memulakan perjalanan. (Tapi baisanya mesti lupa nak buat)

2.  Hiris halia nipis-nipis dan kunyah atau minum bersama air suam sepanjang perjalanan. (Tak sanggup. Tak suka halia mentah)

Petua senang :
1.  Sapu/hidu minyak angin. Minyak cap kapak ke, tiger balm ke, minyak yu yee pun boleh. (Lupa aritu dalam beg Allysha ada minyak yu yee)
2. Minum eno. Paling berkesan ialah eno halia. Actually semua makanan flavour halia membantu. Cam gegule halia. 
(Ni aku selalu praktik. Cuma aritu terlupa sebab tak tau akan mual seteruk itu)
3.  Makan asam atau kunyah kulit limau. 
(Tak berkesan walaupun dan makan berbijik-bijik asam Ilyia)

Ye, ini jeruk. Saje je upload. Sangat teringin. Madi, bile ko nak bagi asam penang yang aku kirim tu?
Dah terliur sgt ni oii..

4. Tutup air cond. (Tak berkesan sebab masa naik memang Pey tak on AC. Tetap mual!)

Petua kelakar:
1.  Ambil selotape dan tampal kat pusat. Better guna koyok cam salonpas tu tampal kat pusat. Tak pernah try lagi. Tapi ramai jugak suggest petua ni sebab berkesan.
(Akan try next time. Mesti Ish gelakkan tetibe beli koyok tampal kat belly button. Ah biarlah..)


Selamat mencuba! (cakap kat diri sendiri)

Friday, April 20, 2012

About Breast Milk Storage


Soalan-soalan lazim pasal breastmilk srorage.


How long can I:

  • Leave my freshly-expressed milk at room temperature?
    • Up to two hours at 27 degrees C
    • Up to 6 hours at 21 degrees C
    • Up to 12 hours at 16 degrees C e.g. in a cooler with ice packs
  • Store milk in the refrigerator?
    • Two days in a chiller
  • Store milk in the freezer?
    • Two weeks in a freezer compartment inside a refrigerator
    • Three months in a 2 doors  refrigerator
    • Six months in a deep freeze that maintains a constant -19 degrees 

Ramai tanya boleh ke campur susu perah waktu lain ngan waktu lain? Setahu aku boleh. We can combine milk from different pump sessions, but cool each batch first lah. It is best to freeze your milk in small quantities (2 to 4 ounces depending on the age of your baby) supaya senang panaskan amount yang perlu diminum sahaja. Leave room in the container for expansion when freezing, and date each container. As your milk cools, the cream may form a thin layer on the surface.  Macam lemak yang terapung. Tapi takpe, kacau/goncang masa dan reheat susu tu.

Ada yang tanya boleh panaskan dalam microwave ke? Microwaving destroys some of the anti-infective properties of the breast milk. Tak pernah pulak panaskan guna microwave. Tak berani lah. Boleh rendam dalam air panas atau lagi senang pakai warmer. Just place the container of milk in a bowl of hot/warm water and heat to room temperature. Or else, just place the bottle in the warmer and wait for few minutes. 


Ada jugak yang tanya, boleh guna lagi tak sus utu kalau ada lebih? While there is no research on this topic, many mothers refrigerate milk the baby did not finish and use it at the very next feed. If you have any doubt, discard the milk. Sebab ada jugak terbaca kita tak boleh refreeze kan balik susu yang dah reheat. Not sure.

What are the best storage containers for breast milk?

  • Standard baby bottles

Ada yang rasa mahal kalau beli bottle.
But for me it is worth for long term usage.
Memang bayar lebih tapi boleh guna ulang-ulang.


  • Breast milk storage bags

Kalau tak nak beli botttle, boleh beli storage bags ni.
I prefer Autumnz brand because the bag can stand steadily even if it is full with milk.
Kalau brand lain banyak yang lembik-lembik, nak freezekan mesti kena baringkan dalam freezer tu, pastu jadi bengkang bengkok pastu makan space jgk la..
The price also reasonable, RM12.90 for 25 pcs..

Wah asyik promote barang kesukaan je kann..
haruslahh..sharing is caring ; )

Diet Rasulullah SAW

http://www.jomdiet.com/tips-diet-berkesan-model-rasulullah-saw/


Daripada Aisyah, “Bala yang pertama sekali berlaku kepada umat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut, sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan bermaharajalela syahwatnya.” (Hadis riwayat Bukhari ).
Selain menjaga kebersihan, Rasulullah SAW makan makanan seimbang, makan perlahan-lahan, sederhana dan berkongsi makanan. Rasulullah SAW suka makan susu, buah-buahan, tamar, daging, madu, sayur dan bubur kerana makanan itu mempunyai khasiat yang tinggi.
Susu adalah makanan lengkap, kaya dengan protien, kalsium, vitamin A dan B, zat protien berkualiti tinggi penting untuk membina dan membaiki tisu badan serta membentuk antibodi melawan jangkitan penyakit.
Zat kalsium dalam susu mudah diserap oleh badan, penting untuk elak ‘osteoporosis’. Susu juga mengandungi zat fosforus, magnesium, potassium, Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin D. Susu lembu mempunyai 87 peratus air dan 13 peratus pepejal.
Firman Allah bermaksud: “Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang yang meminumnya.” (Surah An-Nahl, ayat 66)
Buah kurma (serasi dengan tubuh badan manusia), anggur, zaitun, delima mengandungi serat semula jadi yang tinggi (penting untuk mengelak sembelit), Vitamin A (penting untuk mata/penglihatan), gula, berbagai vitamin dan mineral serta air penting bagi kesihatan badan.
Siti Maryam menggoncangkan pohon kurma selepas melahirkan anaknya Nabi Isa untuk dijadikan ubat berkhasiat dan memulihkan tenaga.
Firman Allah bermaksud: “Dan goyangkanlah pangkal pokok kurma itu ke arah mu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenanglah kamu.” (Surah Maryam, ayat 25)
Daging juga menjadi sumber zat protien yang utama untuk tumbesaran manusia, membekal lemak, vitamin dan mineral (zat besi dan zink). Lantaran itu Rasulullah SAW menggemari makanan rendah lemak dan kolesterol.
Sementara, madu kaya dengan gula, sedikit air, vitamin dan mineral penting untuk kesihatan. Selepas subuh, Rasulullah SAW memulakan sarapannya dengan segelas air dicampur sesenduk madu asli. Di tinjau dari ilmu kesihatan, madu berfungsi membersihkan lambung, mengaktifkan usus, menyembuhkan sembelit dan peradangan.
Masuk waktu dhuha, Rasulullah SAW selalu makan tujuh biji kurma ajwa’ untuk menghindari keracunan. Ketika seorang wanita Yahudi meletakkan racun dalam makanan Rasulullah ketika perang Khaibar, bisa racun itu kembali tawar oleh zat-zat terkandung dalam kurma. Sebab itu Rasulullah SAW mengibaratkan orang yang rumahnya tiada kurma sebagai orang miskin.
Rasulullah SAW tidak makan dua jenis makanan panas atau dua jenis makanan dingin secara bersamaan. Beliau juga tidak makan ikan dan daging dalam satu waktu dan tidak tidur selepas makan kerana tidak baik untuk jantung.
Jika terlalu banyak makan daging akan memberi kesan kepada sendi dan ginjal. Saidina Umar memperingatkan: “Jangan kau jadikan perutmu sebagai kuburan bagi haiwan ternak.”
Rasulullah SAW melarang (makruh) meniup atau menghembus nafas ke dalam bekas air kerana akan berlaku tindak balas yang merubah kadar kealkalian (pH) air itu.
Sayur-sayuran menjadi pilihan Rasulullah SAW kerana secara umumnya sayur-sayuran memiliki kandungan zat dan fungsi memperkuat daya tahan tubuh dan melindungi daripada serangan penyakit serta mencegah penyakit berpunca daripada gula.
Rasulullah SAW makan cuka dan minyak zaitun yang dicampurkan dengan makanan asasi seperti roti. Ia bermanfaat mencegah lemah tulang, melancarkan sembelit, menghancurkan kolestrol, melancarkan pencernaan dan menjaga suhu tubuh pada musim sejuk.
Baginda melebihkan makanan berasaskan bijirin dan ubi kerana ia membekalkan karbohidrat kompleks, vitamin, mineral dan serat. Mengikut piramid makanan, kita disarankan mengambil 8 hingga 12 hidangan makanan berasaskan bijirin dan ubi dalam sehari.
Ini bermakna Rasulullah SAW meninggalkan tatacara makanan yang lengkap untuk diteladani. Namun, umat Islam masih dibelenggu pelbagai penyakit yang menyebabkan perbelanjaan orang Islam dihabiskan untuk perubatan serta makanan tambahan.
Oleh itu, untuk membentuk kesinambungan generasi Islam, maka tabiat dan cara makan harus mencontohi Rasulullah SAW.
Sabda Nabi SAW: “Barang siapa yang sedikit makan, maka perutnya akan sihat dan hatinya akan bersih. Sebaliknya barang siapa yang banyak makan, maka perutnya akan ditimpa sakit dan hatinya keras.” (Hadis riwayat Huzaifah).
Humaka’ ada berkata: “Kesihatan itu adalah mahkota di atas kepala orang yang sihat dan ia tidak dapat dilihat melainkan orang yang sakit dan perut adalah kepala segala penyakit dan pencegahan itu adalah kepala segala ubatan.”
Penulis ialah Penolong Pengarah Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
tapiii..saya suka makan..hari ni je dah makan capati, mee goreng, buah, kopok lekor..tapi akan cuba jugak kurangkan makan..tapi..balik umah mama/mak mesti masak sedap..tapi akan cuba jugak kurangkan makan..yang penting cuba..ye dok?

About Sterilizing Baby's Bottles


Rupanya bukan semua orang aware pasal kepentingan untuk sterilise bottle.
Ada yang kata tak perlu, ada yang kata tak payah selalu, ada yang kata untuk certain periods sahaja.


At first, we both also no nothing about sterilizer.
Ada dalam checklist tapi sampai Allysha lahir pun tak beli-beli lagi.


Thanks to Suffi and Hilmee.
Suffi tanya "ada sterilizer tak?" Aku tanya dia balik, "perlu ke?"
"Wei perlu la..penting la..sebab..bla bla bla..takpe aku bagi for Allysha's present"


Now, we fully utilize the thing. We use it almost everyday.
But honestly i leave it to my husband. Mommy Allysha memang tak pernah sterilise botol anak sebab papa dia akan make sure Allysha guna botol yang dia dah sterilize sahaja.


Kalau up to 6 month dulu, sterilize everyday.
Sekarang, every 2 days.
After 1 year, tak payah sterilize pun takpe.


Why do we need to sterilise?

Sterilising helps protect your baby against germs and infection. Harmful bacteria grow quickly in milk. This is an illness similar to food poisoning, which can cause vomiting, diarrhea and subsequent dehydration.

During their first year of life, babies are at their most vulnerable to viruses, bacteria and parasitic infections. Before sterilization was the norm, thousands of infant deaths were caused by this condition.

Ada jugak yang kata, dulu-dulu tak payah pun sterilise bagai.
Yela dulu-dulu baby tak terdedah sangat kat germs / bacteria cam sekarang.
Tengok la berita berapa banyak penyakit yang meibatkan baby / kanak-kanak,
pastu cepat merebak kan..

How long will we need to use a sterilizer?

Continue to sterilise your baby’s bottle feeding equipment for at least his first year. You may think sterilising is rather pointless when your baby is putting all sorts of things in their mouth. However, your baby's immune system is still developing and it's easy for him to pick up infections during his first years. The bugs that stick to milk curds in partly cleaned bottles can be particularly nasty.


By the time your baby is one year old he'll have started to produce his own antibodies and be more resistant to harmful germs. However, it's a good idea to carry on sterilising bottles, dummies and teats until your baby stops using them.

How to sterilise?


Traditional/ modern way.
Kalau traditional tu, cam dulu-dulu lah kena rebus barang-barang tu selama beberapa minit.


Tapi sekarang, kita pakai sterilizer.
There's many choices of sterilizer in the market nowadays.
Tapi function sama je. So beli yang biasa-biasa pun takpe, asalkan ada.


Kami guna cap Little Bean.


We are so lucky, warmer pun orang bagi as a present.
Thanks to Kak Shima our ex officemate.


Tapi kalau beli set Sterilizer + warmer ni, price range dalam RM159- RM169 je..
So worth to have it both.


CT Koboi (gelaran untuk officemate yang agak koboi dalam segala hal)
mintak tolong belikan sterilizer, so i will search for Little Bean as well.

Wednesday, April 18, 2012

Behind the Scene of Baby Photography - Part 5


Theme : Butterfly in the garden
Props : Shawls and toys

Tengah golek-golek dengan allysha, then dia tertido ngan papa..
Nampak agak cute dengan baju corak butterfly cecomel tu..
Eh ye ke? Perasan je kan? Bia la. ; p


Toys ni dia tak main pun.
Just kutil-kutil, pukul-pukul, pastu campak tepi.
She might be dreaming of something.


Then mommy pun gatal la nak amik gambar die.
Try susun-susun, dapat macam kat atas ni.


Ok the idea is to transform Allysha into a cute butterfly.
Seeking honey from winnie the pooh!
Bee pulak carik "where's my honey?"
Heee..Mommy memandai..


Tukar shawl buat kepak tu.
This one more suitable.


Tapiii..baru 1 shot, Allysha dah terpusing-pusing.
Pastu terus terjaga.
Alaaaaaaaaaaaaahhh..
Frust gile i tau...


After 3 hours, dia tdo balik pusing camni pulak.
Gigih mommy tukar position susunan tu.

Then, taraaa!


Here we go! 


The shawls for the props..

Allysha, betul ke time ni Allysha mimpi jadi butterfly?

If only i can her dreams.