There was an error in this gadget

Sunday, April 22, 2012

Petua Mengurangkan Mabuk Kenderaan


Seumur hidup tak pernah pergi Fraser’s Hill. Selama ni tak teringin pun. 
Tapi, atas desakan rakan-rakan sebaya (ye ke?), akhirnya terpengaruh. 
Lagipun excited nak picnic kat tempat sejuk. (Masa ni tak tau FH tak sejuk sangat)
Husband agak macam tak bagi pergi sebab dia tak dapat join. 
Tapi bini yang degil insist nak pergi jugak. 
Selagi husband tak cakap ok, selagi tu la tanya boleh ke tak boleh ke tak. At last berjaya! 

Tapiiiii.. Lupa pulak this time kena duduk belakang sebab tumpang Ilyia/Pey. Malah tak tau pun rupanya FH tu quite far dan bengkang bengkok. Cis nyer wady. 
Beria cakap setengah jam je dah sampai. Rupanya about 2 hours gak kalau dari Rawang. Natijahnya, baru half an hour dah start rasa mual, tak sedap tekak, loya. 
Biasanya makan asam agak berkesan. Not for this time.

Hamekkaww!  Masa otw naik tu, “Pey benti jap..cam nak mutah je..” 
Abis sume bekfes kua balik. Selamat tinggal kapok lekor Dungun yang sedap. 
Terpaksa meninggalkan anda di tepi hutan. 
Masa turun pun “Pey, benti jap..nak muntah laaa..” 
Sume sandwich dan chicken wing kua balik. Maafkan saya, hanya setengah jam jodoh kita. Haa tak pernah-pernah aku muntah time naik dan turun. Normally muntah sekali je. Haish..

So bear in mind Adila, if you gonna sit at the back for a long distance journey, don’t forget to have a preparation mentally and physically. 
Kalau ngan kawan-kawan dah biasa takpela. 
Kalau ngan orang lain, mesti maluuuu nak pergi muntah kat tepi jalan. Haks.

So here I would like to share some tips to reduce the uncomfortable stomach and sickness.

Petua tradisional :
1.  Ambil 2-3 sudu madu lebah dan tambahkan sedikit garam. Minum sebelum memulakan perjalanan. (Tapi baisanya mesti lupa nak buat)

2.  Hiris halia nipis-nipis dan kunyah atau minum bersama air suam sepanjang perjalanan. (Tak sanggup. Tak suka halia mentah)

Petua senang :
1.  Sapu/hidu minyak angin. Minyak cap kapak ke, tiger balm ke, minyak yu yee pun boleh. (Lupa aritu dalam beg Allysha ada minyak yu yee)
2. Minum eno. Paling berkesan ialah eno halia. Actually semua makanan flavour halia membantu. Cam gegule halia. 
(Ni aku selalu praktik. Cuma aritu terlupa sebab tak tau akan mual seteruk itu)
3.  Makan asam atau kunyah kulit limau. 
(Tak berkesan walaupun dan makan berbijik-bijik asam Ilyia)

Ye, ini jeruk. Saje je upload. Sangat teringin. Madi, bile ko nak bagi asam penang yang aku kirim tu?
Dah terliur sgt ni oii..

4. Tutup air cond. (Tak berkesan sebab masa naik memang Pey tak on AC. Tetap mual!)

Petua kelakar:
1.  Ambil selotape dan tampal kat pusat. Better guna koyok cam salonpas tu tampal kat pusat. Tak pernah try lagi. Tapi ramai jugak suggest petua ni sebab berkesan.
(Akan try next time. Mesti Ish gelakkan tetibe beli koyok tampal kat belly button. Ah biarlah..)


Selamat mencuba! (cakap kat diri sendiri)

1 comment:

ilyia nur ab rahman said...

petua last sekali tak bole blah