There was an error in this gadget

Sunday, January 29, 2012

Doa Murah Rezeki


Bismillahirrahmanirrahim



Ya Tuhanku, jadikan lah aku hamba Mu yang bersyukur.

Thursday, January 26, 2012

"Tidak ada satu musibah pun yang menimpa diri seorang muslim, sama ada berupa kesusahan dan penderitaan, kesedihan dan duka cita mahupun penyakit, bahkan sebatang duri yang menusuk anggota tubuhnya sekalipun melainkan akan dihapuskan Allah sebahagian daripada kesalahan-kesalahannya dengan yang demikian itu." 
(Hadis Muttafaqun Alaih).
"Sungguh mengagumkan perkara seorang mukmin, sesungguhnya semua perkaranya menjadi kebaikan, dan hal itu tidak pernah terjadi kecuali bagi seorang mukmin: jika ia mendapat kesenangan, ia bersyukur, maka hal itu menjadi kebaikan baginya, dan jika ia mendapatkan musibah, ia bersabar, maka itu menjadi kebaikan baginya" 
(Hadith Riwayat Muslim)..

Solat Sunat Dhuha




Kelebihan Solat Sunat Dhuha:
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)
Cara Ringkas Solat Sunat Dhuha :

Waktu : 10 pagi, atau antara 7am - 1pm petang sebelum waktu zohor
 “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” 
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa 
berlalunya seperempat tempoh siang hari
 iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang 
(Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).


1. Rakaat Pertama "Allahuakbar" & Niat dalam hati :

 "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

 Baca Alfatihah hingga akhir
Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua 

Baca Alfatihah
Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)

 Tahiyyat akhir & Beri Salam.

3. Doa 

 Mohon Allah murahkan rezeki kita.berkati kerja kita.
murahkan rezeki ahli keluarga dan orang-orang di sekeliling kita.
jangan lupa kepada yang pernah membantu kita, tak kira sikit ke banyak.
Doa apa sahaja.mengadulah pada Allah.

tapi doa spesifik macam ni

“Ya Allah, 
sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, 
kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, 
kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu,
dan perlindungan itu perlindunganMu. 
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, 
dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, 
jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. 
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
 limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan
 kepada hamba-hambaMu yang soleh."

Tak payah nak mengadu kat facebook/twitter sangat. 
bukan semua orang ikhlas ngan kita.
takut di salah erti atau orang salah faham dan fikir bukan-bukan.



Restoran Terapung, Henry Gurney Melaka


First of all, a million thanks to Kak Olyn and Abang Yunus for this family treat.

We were at Malacca Town, was shopping and food hunting before hubby's cussy call
and inform us about the family dinner. I heard seafood and ikan bakar.
 'HAH?NAK BLANJE IKAN BAKAR?JOMMM!!!'
mata bersinar-sinar. hati berdebar-debar (perlu ke berdebar)

Macam tau-tau je tengah teringin nak makan ikan bakar.
Terus letak barang dan melupakan baju yang nak dibeli.
Laju-laju balik Ayer Molek, ikut convoy pegi ke tempat itu.


Nama kedai ni Restoran Terapung. 
Location ialah dekat belakang sekolah penjara Henry Gurney, kau.
Nak sampai kedai ni memang kena masuk kawasan Henry Gurney 
pastu lalu lorong kecik tepi penjara tu.
Haaaa..baru tau Henry Gurney tu tepi laut rupanya.


Sangat ramai rombongan cik kiah ni. Ada la dekat 30 lebih orang.
Nenek cucu cicit sepupu sepapat sume ada.
Eh tak sume ada ni. Family MIL memang besar dan meriah.
Kalau ajak sume memang bankrupt.


Kena gilir-gilir mommy makan papa dukung, papa makan mommy dukung.


Allysha sangat lasak sekarang ni.


Mommy nak makan second round, papa dukung balik.


Allysha with Amelia. Tak menunjukkan minat pun nak main dengan Amelia.
Tapi sangat sebok nak pegang-pegang abang Amelia, Mukhriz. Amboiiiii..



After one and half hour waiting (hampir meroyan tunggu lama-lama dah la lapar gila!)
finally the foods arrived, one by one. Macam model catwalk keluar lepas sorang, sorang.
Lihatlah betapa gemuknya isi ketam ini.
Presentation nampak biasa je tapi isi sangat manis and juicyyyyyyy!


Lihatlah pula scallops di bawah ini.
Seriously before this I've tried at most hotel I've ever been 
includes Hilton and Le Meridien but this one is dah bestttttt!!
Lemak-lemak manis giteewww..


Belek-belek camera, rasa macam pelik kenapa ada dua gambar je?
Ooo.. ni sebab dah lapar sangat sampai nampak makanan terus terkam, 
camera letak bawah meja.
Baiklah. redha tiada gambar makanan lain yang boleh diceritakan 
seperti ikan pari bakar sambal sedap sangat, sotong tepung, butter prawn, 
ikan itu ikan hini (fail nama-nama ikan), kerang bakar, lala, dll.

Overall, all the seafoods was delicious and fresh. 
Makan dengan nasi lemak cinonet yang sangat sedap. 
Average orang pompuan makan dua-tiga bungkus. 
Orang lelaki pulak antara empat-enam bungkus.
Boleh bayangkan betapa cinonetnya bungkusan nasi lemak itu?
Walaupun makan ramai-ramai, tapi semuanya  cukup malah terlebih pulak.
Tak kempunan langsung. Sume dapat makan puas-puas.
 Sangat tak takut nak bayar Abang Yunus ni.
Semoga dimurahkan rezeki ye.

It was worth waiting. Alhamdulillah.

Sunday, January 22, 2012

CNY Holiday


Hubby decided to spend our Chinese new year 2012 holiday in his hometown, 
Ayer Molek, Melaka.
I admit, it was the perfect choice.

We're having a family gathering, good time together.
Family husband sume sangat baik sungguh bersyukur rasa macam family sendiri.
Hang out in Malacca town.
Saya suka jalan-jalan kat Melaka, nasib baik hubby layan je nak pegi mana.
Free more-than-comfortable-accommodation.
Suka hati nak tido kat bilik mana-mana sume pun sangat selesa.
Free flow foods all the time.
Dah la ada kenduri, pastu cousin blanje makan seafood pulak, pastu gi kenduri lain pulak, pastu gi makan seafood tempat lain pulak, pastu asik makan sedap jela kejenya.
Free wifi internet.
Jimat data broadband sendiri bole tengok video youtube banyak-banyak hehe.
Free HBO / Fox Movie Premiere.
Best bole pegang remote sukati nak tengok movie apa tak yah berebut sebab orang lain sume busy. dah la this weekend banyak movie best.
Free OSIM massage chair service.
Tak yah masuk singgit dapat urut 4minit je. duduk la atas OSIM tu sampai kebas.

Ooooo..I'm in heaven.

Thank you so much to Pak Bik, Mak Bik and family.

Thursday, January 19, 2012

Emmm..??


My menstrual period was delayed for couple of days.
Can consider it as abnormal because since yearsss ago the circle was 26-28 days.
Two days ago i got fever. and flu. and cough. and back pain. and etc. until today.
My head is dizzy most of the time. Lack of energy.
Im waiting for my PMS. But got no idea where it has been.
Then i remembered about something. Thought to have a urine test!

It was a single line. Ok. Lega. Im not pregnant.
Keluar bathroom nampak husband. Nak kenakan dia lah.
Papa..tengok ni..double line..
(sambil tunjuk test kit yang first time dulu. simpan lagi hokayyy)

Hah yeke? Heeeee..
*Hubby peluk dan sengih-sengih.
Tetibe rasa bersalah sebab tipu.

Mommy tipu lah! Ni yang Allysha punya dulu! Haha! Gotcha!
Hehehe..ni yang betul. Single line la. Nasib baik tak pregnant kan.
Sian Allysha dia nak manja2 dengan mommy papa lagi.

Tetibe ish cakap
Apa salahnya kalau betul pun. Kan rezeki.

Ok.
But im not ready yet. Wait after two years laaaa..
Rasa macam-macam nak buat dalam masa dua tahun ni.
(tapi cakap dalam hati je)

Three hours later.
I was about to clean up the dustbin and that thing catch my eyes.
Tetibe jantung berdegup kencang macam tengah naik roller coster.
Tangan kaki satu badan sejuk tertibe rasa nak pakai winter coat, boot dan glove.


Amik yang Allysha punya dulu.
Compare kan.


Eh! Apsal macam sama je nih?
Ermmm?? Eh?? Erkkk..
Ok just wait and see.

Sesungguhnya Allah swt lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.
Kita hanya mampu merancang dan Allah swt sahaja yang boleh menentukan.

Apa pun result lepas ni, saya redha dan tetap akan bersyukur.

Tuesday, January 17, 2012

Butter Cream Cheese Frosting




Ingredients
2 cups cream cheese, softened
  1 cup butter, softened 
(cream cheese dan butter ni keluarkan dari fridge awal2 ye, bukan pukul yang beku tu)
1 cup castor sugar, sifted  (ayak)

2 teaspoon vanilla essence

Directions
 Beat together the cream cheese and butter with medium speed.
Until creamy, smooth and well blended.
Mix in the vanilla, then gradually stir in the castor sugar. 

After done, store in the refrigerator for awhile.

Biasanya, lepas pukul dalam 15-20 minit, dah jadi la cream tu. 
Kalau nak buat colorful, bahagi-bahagikan dan letak beberapa titik pewarna.
Saya letak dalam fridge sekejap (2-3 minutes)
supaya cream tu lebih solid dan tak cepat cair masa decor.
Pastu boleh la sapu kat atas kek atau cupcakes kita.
Decor cantik-cantik. Senang sangat kan?
Kalau tau la senang macam ni, dari dulu lagi dah try buat.






Selamat mencuba! =p

Sunday, January 15, 2012

My First Cream Decor


Rupanya mood baking tak abis lagi.
Got another project last week.

It was butter cream cheese frosting babeh!
Ok excited. Sebab dah lama teringin sangat nak buat cream sendiri.
Tapi tak buat-buat since first attempt yang tak menjadi. 
Masa tu end of 2010.Hah amik kau. 
Bila first time try  tak berjaya, amik masa setahun lebih baru try lagi. Ish ish ish..



Ni sebab tak sabar sangat nak decor,
cuppies tu panas lagi dah sebok picit-picit.
Cepat la cairnya hah. 



Tukar color pulak.
I want pinkkkk!
Abaikan cream yang buruk di bahagian tengah dan belakang itu.
Well actually depan pun buruk jugak.
Hey i'm the beginner ok. =p




For my dearest neighbor.
Ada empat orang saja di rumah mereka.
So one cuppy for each person.
Terpaksa catu sebab buat tak banyak sangat. Haha.



Butter choc cake for my lovely aunt.
Konon-konon nak buat roses bouquet on choc cake.
Tapi..ye..memang buruk..



Chocolate chip cupcakes with butter cream cheese frosting,
Seramnya. Entah berapa banyak la lemak terkumpul lepas makan ni.



The reason why I love baking so much.
Mesti ada orang habiskan. 
Doesn't matter sedap ke tak sedap ke, cantik ke, tak cantik ke.
Especially my mom. Kalau hubby tu ada jugak jujurnya.
Mak tetap akan puji walau apa pun rupa paras sesuatu yang dibuat sendiri.

Thank you family.

Thursday, January 12, 2012

Trauma!

Shared from Wardina Official Page.


Mereka merompak "perasaan selamat" saya


Selimut saya terbuka! Dibuka! YA Allah seorang lelaki bertopeng menyuruh saya diam “SHHHHHH”katanya. “Barang kemas mana?” “Barang kemas mana?” katanya. Tersedar saya, ini bukan mimpi lagi, rumah saya dimasuki pencuri! Saya cuba tenangkan hati, dan menyorok muka juga tubuh saya. Jawab saya dengan yakin “Saya tak pakai barang kemas, saya tak ada barang kemas” Yang ada pada saya cuma cincin arwah tinggalan nenek saya. Dengan berat hati saya membukanya, “Ini saja yang saya ada, cincin nenek saya, nah ambil” balas saya “Saya memang tak suka barang kemas, tak pakai barang kemas” kata saya lagi, cuba meyakinkan manusia ini bahawa rumah ini memang tiada apa yang dicari. Seribu satu perasaan dan sejuta lagi penyataan memecut laju didalam minda. Kenapa? Bagaimana? Apa akan terjadi? Mana anak-anak saya? Siapa mereka? Mahu apa? Adakah saya akan diapa-apakan?

Cincin belah rotan dengan tiga butir berlian kecil, mungkin tiada nilai yang tinggi. Namun  itulah peringatan asal usul dan ‘memori’ jati diri ini. Separuh dari diri saya. Tidak tinggi dengan nilai harga,tetapi tinggi dengan nilai jiwaCincin arwah Dorris Irene Wilmot yang dipakai ketika perkahwinannya dulu. Dari Scotland ke England kemudian bersama cincin itu juga dia berlayar bersama Leslie James Morgan Wlmot, grandpa saya, ke Australia tatkala perang dunia ke-2. Saya sebenarnya mahu memberinya kepada Amna satu hari nanti ,tapi apakan daya. Memori dan nilai sentimental cincin itu amat tinggi sekali. Tidak apa, kerana memori di dalam diri tidak mungkin dapat mereka curi.

Namun sebagaimana memori indah itu akan kekal dengan izinNya, memori ngeri ini juga akan terus tersematl dalam diri. Seperti pita video buruk  yang rosak, gambaran kejadian berputar dan berputar kembali dalam ingatan saya. Adakalanya bulu roma saya naik kembali, tangan dan tubuh bergetar dengan sendiri. Wajah mereka kini sering menggangu dan menghantui saya. Saya pasti, ianya mengambil masa untuk di’lupa’kan. Bukan lupa sepenuhnya, namun lupakan ketakutan dan mencari kekuatan kembali. Takut, resah, gelisah dan beribu perasaan lain, bercampur seperti dicampurnya rencah di dalam kuali. Akhirnya, namun akhirnya gulai itu sungguh enak sekali. Akhirnya, saya mengucap syukur Alhamdulillah. Allah mahu membersihkan kami. Musibah demi musibah , membuatkan diri lebih dekat dengan Ilahi, “Syukur Ya Allah” “Alhamdulillah” dan “Innalillah” bermain di bibir sejak pagi tadi.

Saya terfikir, siapakah dia insan ini, sehingga sanggup buat begini? Mencuri demi wang ringgit semata. Ketika dipukul Ikhwan di kaki dan kepala, mereka berkata, “Saya tak kacau orang, saya tak kacau orang” dalam loghat Indonesianya. Ikhwan memberi amaran keapda mereka “Jangan sentuh isteri saya”, “Jangan kacau anak saya”. Ikhwan dikejutkan ketika sedang menemani Imran yang demam, di kamar birunya. Diikat tangan suami tercinta. Setelah Ikhwan menjerit, mengharapkan ada yang mendengar, saya kemudian tergamam ketika perompak itu berkata “Sini, sini” cuba membuka selimut saya.

Saya berjanji pada diri ,sekiranya orang ini cuba mengapakan saya, saya akan bermatian sehingga nafas terakhir, memepertahankan maruah saya. Saya juga wanita Aceh, darah pejuang mengalir di dalam badan saya. Rupanya Eka saudara saya dari Aceh yang kini membantu saya ditarik dari kamarnya dibawah keatas dan disuruh bersama saya didalam selimut. Saya memeluknya.

Anak-anak saya? Di mana mereka? Saya tertanya-tanya. Saya berikan dan letakkan keselamatan diri mereka kepada Allah sepenuhnya. Saya yakin mereka selamat. Doa saya setiap lepas solat adalah supaya Allah memelihara mereka, kerana mereka bukan kepunyaan saya, mereka milik Allah. Saya yakin pasti ada diantara doa saya didengari. Saya pasti! Saya yakin! Tidak lama kemudian terdengar tangisan Imran.

Imran!!! ” jerit saya, tanpa membuka cadar. Ikhwan masuk bersama Imran ke kamar saya. Saya pegang badan panas Imran, dia masih demam, dan Imran terus teresak-esak dalam pelukkan saya. “Naughty man, Ummi” kata Imran pada saya. “Dia hit ayah Imran” katanya. “Imran tak de sword, Imran” katanya. Allah, sucinya anak ini. Belum mengerti apa pun. Ini bukan filem atau kartun anakku.Sword Imran tak akan mungkin membantu. Satu ketika dahulu, perompak-perompak ini juga pernah suci dan comel sepertinya. “Ya Allah pelihara anakku” bisik saya dalam hati. Tidak lama selepas itu, Amna dan Azra dengan senyap memasuki cadar saya. Kami bertiga memeluk erat sesama sendiri. Sekali-sekali saya mengusap Eka disebelah saya. Saya harus berani untuk mereka. Saya tiba-tiba merasakan Ikhwan duduk dikaki saya. Alhamdulillah kami semua ada bersama.

 Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya “Barang kemas mana?” Ikhwan berkata “Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung” MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya. Saya amat berbesar hati ketika itu. Maka kerana itulah luluh jantungnya melihat gambar saya dahulu di’post’ sesuka hati di alam maya. Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Pelihara aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji Allah itu benar, ini bukan janji manusia.

 Sekali lagi saya menjawab membalas pertanyaan peromapak ini, “Saya tak pakai barang kemas, saya tak suka barang kemas” Ikhwan mengalih perhatiannya kepada laci dihadapan. “Sini banyak barang mahal” tunjuk Ikhwan. Manusia ini menggeledah laci tadi yang sebetulnya cuma termuat aksesori lama. Rantai, gelang kayu, brooch yang dihiasi permata palsu.  Ya, saya tidak punya apa! Saya bukan penggemar emas dan intan permata.

Seorang lagi rakannya berhenti dihadapan rak buku kami. Itulah harta saya, buku yang tersusn rapi. Rak demi rak buku didalam kamar. Itulah saja ‘harta’ saya. Ilmu itu emas bagiku. Tak mungkin perompak ini mengerti! Berdirinya dihadapan rak buku itu, dia seolah keliru. Tidak tahu lagi apa harus dibuat dan kemana harus dituju. Dihampiri rak diatas meja tulis, disitu penuh dengan buku lagi, dengan buku nota yang amat berharga bagi saya, segala nota kuliah, seminar dan persidangan ada disana. Saya yakin tidak akan mereka sentuh sama sekali! Juga tersusun di rak itu Quran-Quran saya. Sampainya dia memegang Quran berwarna hijau muda, Ikhwan berkata “Quran tak nak?” memerli sinis dirinya. Dia cuma diam.

Ikhwan mula membaca Ayatul-Kursi dengan nada tinggi. Dia menyuruh Ikhwan diam. Mungkin tergetar juga hatinya. Saya mengikut. Al-Falaq menyusul.

 "Katakanlah wahai Muhammad “Aku berlindung kepada Allah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk”
"Dari bencana makhluk-makhluk yang ia diciptakan” “
"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk”    
“Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan”
“Dan kejahatan orang  yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”

(Quran, Al-Falaq:1-5)

Saya, Amna dan Azra memabcanya berulang ulang dengan penuh yakin. Akhirnya semua ini milik Allah jua  “Ya Allah yang memiliki hati manusia, timbulkanah perasaan gentar dan tidak selesa didalam jiwa mereka” doa saya dalam hati. Saya cuma mampu berserah, dan ketika ini terasa makna ketawhidan Illah yang begitu tinggi memuncak di dalam sanubari. Secara tiba-tiba, terdengar motor pak jaga di luar rumah saya. Perompak menyuruh kami diam. Tidak lama selepas itu, mereka beredar. Rupanya Farah anak gadis Pak Fauzi Marzuki, jiran belakang saya ternampak kelibat penyamun ini dari jendelanya. Dan siapakah yang menggerakkannya untuk nampak rasanya? Ya Benar! Allah SWT.

Air mata saya menitis. Thank you Allah. Kuasa keyakinan itu amat tinggi sekali. Keyakinan bahawa Allah akan bersama orang-orang yang mahu bersamanya. “Ingatlah Aku dan Aku akan mengingatimu” Saya cukup yakin. Janji Allah benar. Ini bukan janji manusia.

Amna masih trauma, sejurus setelah mereka keluar, setelah polis dan jiran bersama kami. Amna terus muntah. Satu reaksi fisiologi yang biasa bagi kanak-kanak yang trauma. Muntahnya hijau, namun lebih hijau lagi emosinya. Saya akan cuba membina keberaniannya kembali. Satu pertanyaan Amna yang membuatkan saya terhenti. “Why did they do that Ummi?”

Saya terdiam. Bagaimana harus saya jawab pada anak kecil ini? Ya benar kita semua dilahirkan fitrahnya suci dari dosa. Jawapan saya pada Amna di artikel seterusnya! Ianya  untuk anda fikirkan juga.

Yang masih trauma,
Wardina


Ok, touching. 
Saya selalu berharap dapat bina keluarga yang 'kuat' bersama suami saya. 
Kuat iman. Kuat untuk menghadapi setiap ujian. 
Kuat untuk sama-sama layak ke syurga Allah. 
Tapi sebelum tu saya mesti jadi wanita yang mencintai Islam sepenuhnya dahulu. 
Jadi hamba Allah yang bertaqwa.
Jadi isteri yang solehah kepada suami yang soleh. 
Ibu yang bertanggungjawab mendidik zuriat mengikut Al Quran dan Sunnah. 
Bukan hanya pada nama. Bukan sekadar cukup syarat.
Betapa jahilnya saya minta macam-macam dari Allah swt tapi ibadah ala kadar je. 
Ya Allah, janganlah Kau palingkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk.