Kelebihan Solat Sunat Dhuha:
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)
Cara Ringkas Solat Sunat Dhuha :
Waktu : 10 pagi, atau antara 7am - 1pm petang sebelum waktu zohor
“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.”
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa
berlalunya seperempat tempoh siang hari
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa
berlalunya seperempat tempoh siang hari
iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang
(Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
1. Rakaat Pertama "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca Alfatihah hingga akhir
Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )
Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )
2. Rakaat Kedua
Baca Alfatihah
Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
Tahiyyat akhir & Beri Salam.
3. Doa
Mohon Allah murahkan rezeki kita.berkati kerja kita.
murahkan rezeki ahli keluarga dan orang-orang di sekeliling kita.
jangan lupa kepada yang pernah membantu kita, tak kira sikit ke banyak.
Doa apa sahaja.mengadulah pada Allah.
tapi doa spesifik macam ni
“Ya Allah,
sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,
kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu,
kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu,
dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah,
dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah,
jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan
kepada hamba-hambaMu yang soleh."
Tak payah nak mengadu kat facebook/twitter sangat.
bukan semua orang ikhlas ngan kita.
takut di salah erti atau orang salah faham dan fikir bukan-bukan.
No comments:
Post a Comment