Wednesday, June 27, 2012

Mud Cookies


Can you imagine be so poor and so hungry that you have no choice but to eat MUD? 
MUD? Yes, MUD. MUD = Lumpur. Pernah terfikir tak ada manusia makan lumpur 
sebab dah takde makanan lain boleh dimakan. 
Tak tercapai dek akal.. (style mak aku)


Made of dirt, salt, and vegetable oil, these mud cookies are eaten by Haitians to allay their hunger.


No choice, mud cookies are one of very few options the poorest people have to stave off hunger.


Tongue after eating mud cookies. It muddy taste last for few hours.




Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami umatMu yang setiasa bersyukur dan berasa cukup.

Doa Kasih Sayang


Boleh dipraktikkan antara suami isteri, ibu bapa, anak-anak, keluarga, kawan-kawan sdbg untuk meningkatkan perasaan kasih dan sayang sesama insan.


"Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim,
Engkaulah tuhan yg Maha Pengasih dan Maha Penyanyang,
berilah kasih sayang-Mu utk kami sekeluarga,
supaya dengan kasih sayang-Mu,kami saling hormat menghormati,
nasihat menashati,bantu membantu,tolong menolong,harga menghargai 
dan sentiasa bertolak ansur sesama kami.
Kasih sayang adalah milik-Mu 
dan Engkau berhak memberikan kepada sesiapa yg engkau kehendaki".

Amin..

Doa Agar Selamat Dari Kecurian


Doa ini hendaklah dibaca 7x sebelum tidur.
Insyaallah.


"Allah yang Maha Pengasih kepada hambanya, 

Allah yang Maha Pemelihara,

Allah yg kekal abadi,hidup dengan sendiri,tidak mengantuk dan tidak tidur."



Amin.

Tips Menghilangkan Penat - Tasbih Fatimah


Lately aku selalu mengeluh kat diri sendiri penat la sakit pinggang la sakit itu la sakit ini la. Penat memanjang walhal bukan buat apa sangat pun. Saje je bagi alasan sebab pregnant. Tapi aku seboleh-boleh taknak layan sakit-sakit ni. Nak kurangkan mengada2 dan mengeluh. Sebab aku sendiri menyampah gila dengar orang mengeluh itu ini. Orang lain pun penat jugak. Kesian jugak kat husband bila dia yang buat kerja rumah, dia yang layan anak, tidurkan anak, bangun malam, sume. kalau sebab ni, memang sangat bersyukur bersuamikan dia.

Teringat petua Ustazah Norbahiyah untuk menghilangkan rasa penat lelah kita, amalkan baca tasbih/zikir Fatimah macam kat bawah  ni.

Kenapa panggil Tasbih Fatimah? Cerita asal panjang lebar tapi menarik. 
Dipendekkan cerita, satu hari tu Fatimah ra berjumpa bapanya untuk meminta bantuan pembantu kerana penat membuat kerja harian sendiri.


Kemudian Rasulullah s.a.w pun bersabda; 
“Takutilah Allah wahai Fatimah. Perolehilah taqwa dan teruslah melakukan tugasmu terhadap Allah dan kerja-kerja mengenai urusan rumahtanggamu. Sewaktu dikau hendak tidur ucaplah Subhanallah 33 kali,Alhamdulillah 33 kali, dan Allahuakbar 33 kali. Dengan ini dikau akan dapati, ianya lebih berguna daripada seorang pembantu”.

Fatimah ra berkata: “Daku berpuas hati dengan Allah dan RasulNya”. 


Amalkan dengan istiqamah dan yakin setiap kali selepas solat dan sebelum tidur.
InsyaAllah akan terasa perbezaannya. Hati lebih lapang dan tenang. 
Kita akan lebih ikhlas untuk menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah dan juga tugas-tugas yang lain. Yang penting hati kena sentiasa yakin, sabar dan syukur. 

Aku ni pandai je cakap. Tapi mengeluh jugak. Well, i am a normal human being. 
Tapi jom kita sama-sama berusaha untuk jadi yang lebih baik!


Insyaallah.

Tuesday, June 26, 2012

What to Expect?


Went to clinic for a scan yesterday to check my little baby progress..
..Alhamdulillah everything is ok..


..and wish we could see the gender as well..


..but adik still doesn't show her/his tut clearly..

Surpriseeeee! 

Wish we have time to scan for details.
Orang kata details scan better pergi time 26-30 weeks kan.
Tapi every weekend cam kena keje ni bila masanyaaaaa..

Mom's Care Mega Baby Fair is Back!


Kalau bagitau Ish pasal ni jap lagi, mesti dia tak sabar nak pergi.


Kenapa dari dulu beria sangat promote Mom's Care ni?
Cam duta pulak. Walhal satu sen pun tak dapat pape.
Well, we all ikhlas sebab memang suka singgah boutique dia kat Ampang Point tu.
Barang cecomel. Staff pun friendly. Maybe sebab every week terpacak kat situ kot.
Ada je benda yang papa Allsyha nak beli.

Plus, at every Mom's Care Baby Fair, we succeed to get many items at half price!
We also managed to grab new Maclaren Techno XT at RM650 kan..Haa..
Belum barang-barang lain lagi tuh. 
Cam bebaju baby, toys, car seat, avent, bm storage bottles, toiletries, etc
sume we ols beli kat Mom's Care Baby Fair u ols!

This time nak cari baby cot untuk adik Allysha and few newborn items.
Hopefully value for money juga.

Sangat macam iklan berbayar. tapi tak ye..sharing is caring..

Monday, June 25, 2012

Papa vs Allysha


Below photo was taken 27 years ago.


Al Fadzlean Ishkandar & Al Farrish Hakim (1985)


Al Fadzlean Ishkandar (1985) vs Allysha Azzahra (2012)

Veerrryyy the copycat!
Amazing

Sunday, June 24, 2012

Allysha Have a Good Time in the Water

Helloo! Allysha in the pool yaw!
Allysha loves to play in the water so much.Tapi papa sangat fussy. 
Allysha boleh masuk dalam pool yang dia confident bersih sahaja. Papa patut keje jadi QC. 


Ni pun at first papa reject. 
Mommy pujuk, then only Allysha got the permission to get into the pool.
Dengan alasan 'Papa kata nak biasakan Allysha swimmmingggg. It's the time..Bila lagiii '..


We really hope Allysha can learn to swim as soon as possible.
Just like Bella. Hehe..Tapi dia ada personal swimming coach. Boleh leeee..


Swimming produces a wide array of health and social benefits for kids of all ages. 
It provides children with a fun aquatic activity that also promotes good health and social development skills. 


Swimming also provides a good source of exercise with minimal chances of bodily injuries common in other kids' sports. Swimming offers a good source of aerobic exercise without placing added stress or impact on growing bones and joints.


Three major benefits of teaching kids to learn swimming at very early age are :
1. Those children who have swimming lessons at an early age, 
if parents continue these lessons, will have better developed motor movement. 
In other words they can coordinate their motor movement 
much better than those who don't swim.
2. Improve their cognitive skills because these young children or babies are in lessons and they have to follow instructions. 
3. A child who is involved in swimming lessons will develop their social and emotional skills further because they are involved with other children.


Other benefits of swimming :
 1. Swimming helps kids learn to set goals and work to achieve them.
2. Swimmers tend to be academic achievers.
3. Swimming builds confidence and self-reliance.
4. Swimming is the only sport that can save your life.
5. Swimming is one of the few sports you can do throughout your lifetime.
6. Swimming is the best possible exercise. 
It works all the body’s muscles and burns the most calories. 
7. Swimming makes children better athletes. 
8. Swimming well provides a lifetime of health and fitness.
9. Drowning is the second leading cause of unintentional injury-related death for children between the age of 1 and 14. 
10. Being able to swim 400 yards continuously means you can: scuba dive, snorkel, become a lifeguard, compete in triathlons, play water polo, teach swimming and much more.
11. Learning to swim is an ability, like walking, that is part of growing up.


So much benefits kan? Tapi nak ajar baby bukannya senang. Kena ada skills + experience.
But Mommy got no budget to hire a swimming coach right now.


All we can do is to expose Allysha with the pool as much as we can 
and papa teach her the basic only.


Nantilah kalau ada rezeki Mommy hantar Allysha pergi swimming class 
sama-sama ngan adik ok.



Yay! Yesterday Allysha got companion. It's Adam in the pool!
Tapi dah panas pulak. Allysha mula la moody sebab dia tak suka panas-panas ni..


So Adam je main sorang-sorang..


Muka tak rela. Tak puas main air.


Sambung pulak dalam bath tub!
Ni memang susah nak keluar la sebab segala toys papa dah tuang dalam tu.


After two hours in the swimming pool and one hour in the bath tub..
Allysha fell asleep tightly under the cozy duvet..
Kalau mommy ada budget, kita beli duvet untuk bilik kita jugak k darling..
Ahh..mommy sangat mengidam nak bilik tidur konsep hotel..

Friday, June 22, 2012

Mid year Holiday


It is a holiday for Ish and Allysha.
As Mommy is working on weekend at Palm Garden Hotel, IOI Resort, Putrajaya.


We are so welcome.




Gonna be my workstation.
Mesti kejap-kejap tengok cermin. Sambil hadap lappy boleh makeup!


Gonna be Allysha's favourite bathroom.
Huge bath tub with warm water. Boleh masukkan toys banyak-banyak!


Gonna be Ish's favourite balcony.
Boleh sapkok sambil tengok orang swimming!

Kalau camni punya cozy, every month working on weekend pun bollleeeehhh ; )

Thursday, June 21, 2012

16 Fakta Tentang Bayi Baru Lahir


...yang anda tidak tahu atau mungkin tahun sikit-sikit je.. ; )








  • Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan
  • Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu. 
  • Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
  • Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
  • Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
  • Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
  • Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
  • Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan
  • Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
  • Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
  • Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
  • Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
  • Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.
  • Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
  • Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
  • Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.
  • Tuesday, June 19, 2012

    Hb / Kepekatan Darah Rendah


    Pernah terbaca artikel ibu hamil yang kurang darah, boleh membawa maut. Nauzubillah. During checkup this morning, the doctor informed that my hb test result wasn't so good. Should do something to avoid bad things happened to mommy and the little one inside.
    GULP!

    'Kurang darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus hemoglobin'


    Tanda - tanda yang biasa dirasa/dialami ialah:
    • Kelihatan pucat
    • Sentiasa rasa letih lesu
    • Rasa mahu pitam bila bangun
    • Sentiasa rasa pening
    • Bengkak kaki dan muka
    • Kebas kaki dan tangan
    • Rasa mengah dan hati berdebardebar

    Never experienced any above signs for this second pregnancy. Tapii..risaunya bila dengar yang hb rendah ni banyak side effects kat baby jugak.

    • Anda mungkin mengalami keguguran
    • Melahirkan anak tidak cukup bulan
    • Anak mati dalam perut
    • Melahirkan anak yang tidak cukup berat badan
    • Melahirkan anak lembam kerana otak tak dapat berfungsi dengan baik
    • Anda dan bayi mudah mendapat jangkitan penyakit
    • Keluaran susu badan akan berkurangan
    • Mudah mendapat penyakit lemah jantung
    • Mudah mengalami tumpah darah selepas bersalin
    • Kesemua akibat-akibat tersebut mengancam kesihatan dan kesejahteraan ibu serta kandungan dan boleh membawa MAUT.
    Preggy ladies should have hb above 11. mine is 9.6. Only 0.02 increased from previous month after i ate a lot of veges and fruits. Sikitnye naik..Tadah teliga dengar doctor membebel. But i already put so much efforts and eat a lot of nourishing foods la doctor : ( What should i do now? Dia suruh hari-hari minum horlicks pulak. Oh baiklah. I'll do anything for my dear baby. Other than that,
    • Makan makanan yang kaya dengan ferum seperti hati, sayur bayam dan juga buah-buahan kering
    • Makan makanan yang mengandungi asid folik seperti wheat germ, kekacang, mentega kacang, cendawan dan juga hati
    • Amalkan kurma dan kismis sebagai tit bits.
    • Banyak memakan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah-buahan, ulam, sayur-sayuran dan juga jus oren. Ia akan meningkatkan kadar penyerapan ferum
    • Mengambil vitamin dan juga zat mineral tambahan terutamanya asid folik dan iron
    • Elakkan meminum kopi atau teh pada waktu makan dan ketika mengambil vitamin tambahan
    • Rehat dengan cukup
    Insyaallah. Yang penting, terus berusaha dan terdoa banyak-banyak.

    Monday, June 18, 2012

    Resepi Durian Pancake / Bantal Durian


    Assalammualaikum..Hi everybody!
    Tak habis-habis entry pasal durian kan? Punya lah tengah gila doyan sangat ni haaahhh..
    Alaa..this time nak share resepi durian pancake ngan u ols.
    Ramai yang tanya apakah resepinya setelah i ols mengepost 
    gambar homemade durian pancake kat fb.

    Durian pancake ni sangat sedap (kepada pencinta durian sahaja) tau..
    Bayangkan kita makan durian gebuz muluz lemak maniz lembut terus masuk dalam mulut.
    Tak payah sebok nak buang biji dia kan..Heaven sangat..Errrmmm...
    Delicious pleasant fine durian melt in your mouth not in your hand gitew..

    Usually beli kat Mid Valley tapi selalu je sold out.
    Mak buyong sangat sensitif kalau tak dapat makan makanan idaman.
    Untuk tak mengecewakan diri sendiri, terfikir cam nak buat sendiri je.
    Sebab sangat confident tak susah nak buat pancake ni.

    Memula sesaje google dan terjumpa tutorial camni.

    Oh hoooo..camtu..

    Cekidout kat dapur, bahan-bahan basic ada, so boleh la try buat.
    Resepi i ols as usual, resepi koboi sebab ada je yang nak di adjust ikut kesesuaian.
    But stilll..jadi okeh..

    Bahan-bahan filling pancake :

    Isi durian
    Whipped cream (guna yang dalam tin je senang. Tinggal picit je)

    Bahan-bahan kulit pancake :

    3 biji telur
    2 sb susu pekat manis
    1 sb butter
    1 sk esen vanilla.
    3 sb tepung gandum.

    Ni boleh la dapat dalam 8-10 helai kulit pancake.
    Kalau nak tambah, 1 biji telur = 1 sudu tepung.
    Susu ngan butter tu agak-agak la. 
    Oh ye, kalau butter unsalted kena letak secubit garam ye.

    Kekdahnya :

    1. Blend semua bahan kecuali tepung selama 2-3 minit.
    Kemudian masukkan tepung yang dah diayak dan blender lagi sehingga sebati.
    2. Panaskan non sticky pan selama 5 minit. Tak payah letak minyak ke ape sebab bancuhan kita dan ada butter yang sedia berminyak tu kan. Api kecil-sederhana ye.
    3. Curahkan 2-3 sudu bancuhan tadi ke atas pan dan goyang-goyangkan pan 
    supaya bancuhan rata secara neutral. As thin as you can. About 1-2 minutes. 
    Tak perlu terbalikkan kulit tu tau.
    Jangan pakai sudu/sudip untuk dapatkan kulit yang cantik. Biar dia masak rata neutrally.
    4. Bila kulit dan agak masak dan tepi dia cam dah kering sikit, 
    korek sikit bahagian tepi dengan sudu/sudip.
    Angkat kulit yang dah jadi tu laju-laju dengan tangan untuk mengelakkan terkoyak.
    FYI, bahagian atas kulit yang kita masak dalam pan tu adalah bahagian luar kulit pancake.
    Sebab tu cantik je cam gambar kat bawah ni hah.
    5. Bila kulit dah sejuk, picit whipped cream dan letakkan isi durian. Letak banyak-banyak.
    6. Kemudian lipat cam gambar kat bawah ni jugak.


    Haaaa..dah jadik! Cantik kan color dia. No artificial color added.
    Tu kuning telur original u ols.


    Buat banyak-banyak lagi. Practice make perfect.
    Memula maybe susah nak dapat kulit yang nipis dan tak koyak.
    Tapi bila try bancuhan ke 2 ke 3, insyaallah dapat yang almost perfect.


    Macam yang they ols jual ni kan..

    Selamat mencubaaa!


    Sunday, June 17, 2012

    Resepi Kuah Durian Express


    Durian durian durian.
    Sangat nak makan durian.
    Ajak husband gi borong durian kat memana.
    Target nak pergi Kg Pandan je. Tapi husband sebok nak cari area Gombak.
    Dua jam pusing tapi takde satu kedai pun yang memuaskan hati dia.
    Boleh bayangkan betapa cerewet dan fussy nya papa Allysha?

    Last-last balik dengan perasaan agak frust. Kengkonon esok gi carik tempat lain.
    Tapi wife die ni mana boleh tahan-tahan bila dah teringin. Nak jugak nak jugak!
    So ajak gak dia singgah Kg Pandan.
    Cari jejauh, last-last situ jugak peginya. Just 5 minutes from home. Aiyooo..

    Masa sampai kat gerai tu, durian dia nak habis dah. Yelah dah dekat 11 pm kot..
    Nak jugak! Suruh Ish beli 2 biji. Tapi dia borong habis sampai 9 biji.


    Love shape. Cuteee..
    Tak tau la durian ni datang dari mana. Sangat sangat sangat sedap.
    Very perfect taste! Manis, lemak, berkrim, seddappp gile!
    Jarang dapat makan durian perfect camni tau..

    Tapi tak berani nak makan durian lebih dari dua ulas.
    Tapi dua ulas mana cukup nak memenuhi nafsu yang sangat cintakan durian ni.
    So, terpaksa la makan durian version yang dah campur-campur dengan bahan lain.
    Takpelah, as long as ada rasa durian. Heeee..

    It is kuah durian babe!


    Makan ngan roti jala. Atau malas cam aku, makan ngan roti gardenia je.


    Perfect evening.

    Oh kenapa tajuknya kuah durian express?
    Sebab ni style koboi. Akibat malas nak kua rumah beli benda yang takde dalam fridge.
    Bahan-bahannya cuma 2-3 ulas durian, 2 sudu susu pekat, secawan air, dan secubit garam.
    Koboi sangat kan? But still sedap..
    Kalau letak daun pandan, santan segala tu, lebih-lebih la sedapnyeee...

    DIY Durian Pancake


    D.I.Y Durian Pancake okeh. Haaaa..
    Dah berbulan mengidam nak makan durian pancake kat Mid Valley tu.
    Always frustated. Asyik sold ouuuttt je!
    Penat berharap. Kadang-kadang sedih sampai nak nangis bila tak dapat.
    *Emo pompan peknen. Tak peknen pun akan sedih jugak.
    Who can resist this durianlicious scrumptious yummeh dessert??

    Last2, buat sendiri je. Jadi la Durian Pancake Bella Vista.
    Sebab buat kat umah kaaannn..
    Boleh la dikatakan menjadi..Eceh..


    Dapat banyak!


    Puas makan weyh! Rasa lebih kurang je ngan yang beli mahal-mahal tu..Seriously..


    Tapi pancake ni slim sebab masa try buat ni durian tinggal beberapa ulas je. 
    That's why pancake i tak gemuk macam yang beli tu.
    Sebab they all letak banyak isi durian and banyak whipped cream.
    Ni dah restock durian dalam fridge. 
    Maka haruslah buat durian pancake gemuk version after this.


    Makan ngan vanilla ice cream jugak.
    Alhamdulillah ; )