Friday, June 15, 2012

Teknik Urutan Cakaran Harimau


From my favorite motivator, Ustazah Norbahiyah.
Actually dah lama teknik ni popular kan. Masa mula-mula dapat dulu by email around 2009 kot. Belum kahwin lagi. So abaikan je info tu. Lepas kahwin baru sebok cari balik pasal teknik mengurut2 ni. Husband sape tak suka diurut?

Previous entry ada post pasal stress relief massage kan? But no detail bout this technic.
So today m gonna share with you guys furthermore lah.


Langkah Pertama
Dalam urutan cakaran harimau ialah seseorang isteri perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan. Jangan tekan kuat sangat sebab biasanya urat leher sensitif.

Langkah Kedua
Mengurut pada bahagian bahu hingga ke lengan. Ulang beberapa kali.
Langkah Ketiga
Membuat `jemput-jemput' pada bahagian tulang belikat. Lagi lama lagi bagus sebab bahagian belikat memang sangat stress lepas penat berkerja.
Langkah Keempat 
Merupakan sentuhan yang cukup penting dan perlu kreatif dan ia dimulai dengan `cakaran harimau' - menggunakan kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang.



Langkah Kelima
Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang. Tapi kalau husband memang sakit belakang, maka urut lah kuat sikit tapi guna hujung jari dan jangan lah guna kuku pulak yeeee..Bercalau badan kang.
Langkah Keenam
Dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang.

Langkah Ketujuh
Sebenarnya merupakan satu `bonus' tambahan di mana setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok. Ulang langkah-langkah di atas.

Langkah Kelapan
Selepas itu, bisikan kalimah sayang ke telinga suami seperti `Saya cinta padamu' atau dalam bahasa Hindi `me tum fe Piar kar pi hu,'' katanya. Amboi ustazah ni..


Selamat mengurutttt!

3 comments:

molliesa said...

awww...!

Yantieazan said...

wah..kalau suami badan besar baru langkah ke 3 dah lenguh tangan..;)

tapi boleh la diamalkan..

Adila said...

hahahah..ala urut manja2 je..kalau nak beria suh die jumpe pakcik tukang urut.hehe..