Lately aku selalu mengeluh kat diri sendiri penat la sakit pinggang la sakit itu la sakit ini la. Penat memanjang walhal bukan buat apa sangat pun. Saje je bagi alasan sebab pregnant. Tapi aku seboleh-boleh taknak layan sakit-sakit ni. Nak kurangkan mengada2 dan mengeluh. Sebab aku sendiri menyampah gila dengar orang mengeluh itu ini. Orang lain pun penat jugak. Kesian jugak kat husband bila dia yang buat kerja rumah, dia yang layan anak, tidurkan anak, bangun malam, sume. kalau sebab ni, memang sangat bersyukur bersuamikan dia.
Teringat petua Ustazah Norbahiyah untuk menghilangkan rasa penat lelah kita, amalkan baca tasbih/zikir Fatimah macam kat bawah ni.
Kenapa panggil Tasbih Fatimah? Cerita asal panjang lebar tapi menarik.
Dipendekkan cerita, satu hari tu Fatimah ra berjumpa bapanya untuk meminta bantuan pembantu kerana penat membuat kerja harian sendiri.
Kemudian Rasulullah s.a.w pun bersabda;
“Takutilah Allah wahai Fatimah. Perolehilah taqwa dan teruslah melakukan tugasmu terhadap Allah dan kerja-kerja mengenai urusan rumahtanggamu. Sewaktu dikau hendak tidur ucaplah Subhanallah 33 kali,Alhamdulillah 33 kali, dan Allahuakbar 33 kali. Dengan ini dikau akan dapati, ianya lebih berguna daripada seorang pembantu”.
Fatimah ra berkata: “Daku berpuas hati dengan Allah dan RasulNya”.
Amalkan dengan istiqamah dan yakin setiap kali selepas solat dan sebelum tidur.
InsyaAllah akan terasa perbezaannya. Hati lebih lapang dan tenang.
Kita akan lebih ikhlas untuk menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah dan juga tugas-tugas yang lain. Yang penting hati kena sentiasa yakin, sabar dan syukur.
Aku ni pandai je cakap. Tapi mengeluh jugak. Well, i am a normal human being.
Tapi jom kita sama-sama berusaha untuk jadi yang lebih baik!
Insyaallah.
No comments:
Post a Comment