There was an error in this gadget

Sunday, June 17, 2012

Resepi Kuah Durian Express


Durian durian durian.
Sangat nak makan durian.
Ajak husband gi borong durian kat memana.
Target nak pergi Kg Pandan je. Tapi husband sebok nak cari area Gombak.
Dua jam pusing tapi takde satu kedai pun yang memuaskan hati dia.
Boleh bayangkan betapa cerewet dan fussy nya papa Allysha?

Last-last balik dengan perasaan agak frust. Kengkonon esok gi carik tempat lain.
Tapi wife die ni mana boleh tahan-tahan bila dah teringin. Nak jugak nak jugak!
So ajak gak dia singgah Kg Pandan.
Cari jejauh, last-last situ jugak peginya. Just 5 minutes from home. Aiyooo..

Masa sampai kat gerai tu, durian dia nak habis dah. Yelah dah dekat 11 pm kot..
Nak jugak! Suruh Ish beli 2 biji. Tapi dia borong habis sampai 9 biji.


Love shape. Cuteee..
Tak tau la durian ni datang dari mana. Sangat sangat sangat sedap.
Very perfect taste! Manis, lemak, berkrim, seddappp gile!
Jarang dapat makan durian perfect camni tau..

Tapi tak berani nak makan durian lebih dari dua ulas.
Tapi dua ulas mana cukup nak memenuhi nafsu yang sangat cintakan durian ni.
So, terpaksa la makan durian version yang dah campur-campur dengan bahan lain.
Takpelah, as long as ada rasa durian. Heeee..

It is kuah durian babe!


Makan ngan roti jala. Atau malas cam aku, makan ngan roti gardenia je.


Perfect evening.

Oh kenapa tajuknya kuah durian express?
Sebab ni style koboi. Akibat malas nak kua rumah beli benda yang takde dalam fridge.
Bahan-bahannya cuma 2-3 ulas durian, 2 sudu susu pekat, secawan air, dan secubit garam.
Koboi sangat kan? But still sedap..
Kalau letak daun pandan, santan segala tu, lebih-lebih la sedapnyeee...

No comments: