There was an error in this gadget

Wednesday, November 28, 2012

Aisy Azziqry : Two Months


Aisy turn two months now.


His current weight is 6.25 kg. 
Huyoh!


No wonder, he had the best precious milk for babies.
Tengok la hasilnya. Tough kan? Hehee..


Birthday hugs and kisses from kakak.
'Mmuahh..mmuahh..Aisyyyy...'

The only word kakak can pronounce correctly is her lil brother name : Aisy.
Oh my babies, you bring me so much joy!

Dosa & Musibah



Apparently so true.
Mama cakap, kalau kita rasa sedih atas musibah yang menimpa berpunca dari orang lain, 
tu mungkin datang dari kesilapan kita juga sama ada sekarang atau yang telah lalu.

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (At-Tagabun:11)


The Sweetest Revenge Is..


TO LIVE A GOOD LIFE

Because nothing drives people more crazy than seeing someone 
he/she hate/hurt live a good life with happiness.


You really envy me? And decide to do bad/stupid things? It is up to you.
Just remember, Allah swt The Almighty.


# Alhamdulillah. I am so blessed. 

Doa Solat Sunat Dhuha

Assalammualaikum darlings!
Mengantuk ke? Tak ada benda nak buat? Boring? 
Jom solat sunat Dhuha..

(dah post pasal ni. tapi nak post lagi. boleh? # macam la baik sangat minah ni..
ala, yang baik ajak la. tak nak pengaruh buat benda tak baik..hehee)

Solat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seorang hamba kepada Allah SWT 
atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya. Ia juga amalan berbentuk sedekah.



Dah solat, baca doa ni:

Allahumma Innadh Dhuha-A Dhuha-Uka

Wal  Bahaa-A Bahaa-Uka
Wal Jamaala Jamaaluka
Wal Quwwata Quwatuka
Wal Qudrata Qudratuka
Wal Ishmata Ishmatuka

Allahuma Inkaana Rizqi Fis Samma-I Fa Anzilhu

Wan Inkaana Fil Ardhi Fa-Akhrijhu
Wa Inkaana Mu’asiran Fayassirhu
Wa Inkaana Haraaman Fathahhirhu
Wa Inkaana Ba’idan Fa Qaribhu

Bihaqqiduhaa-Ika Wa Bahaaika

Wa Jamaalika Wa Quwwatika Wa Qudratika
Aatini Maa Ataita Min’Ibadikash Shalihin

Ya Allah

Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMU
Kecantikannya KecantikanMU
Keindahannya KeindahanMU
Kekuatannya KekuatanMU
Kekuasaannya KekuasaanMU
Perlindungannya PerlindunganMU

Ya Allah

Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah

Berkat waktu Dhuha

KecantikanMU, keindahanMU
KekuatanMU, kekuasaanMU

Limpahkan kepadaku segala

Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hambaMU yang soleh.

Amin.

Monday, November 26, 2012

Cara Mengira Waktu Subur


Menghitung masa subur kitaran haid normal :

Jika kitaran haid terjadi setiap 28 hari
- Hari pertama adalah hari pertama haid

- Hari ke 12-16 adalah masa subur

Contoh
Jika wanita mula datang haid pada 5 Mac
Hari pertama adalah pada 5 Mac

Hari ke 12 adalah pada 16 Mac
Hari ke 16 adalah pada 20 Mac

Jadi masa subur adalah pada 16-20 Mac. Untuk pasangan yang ingin memiliki anak, 
lakukan hubungan suami isteri pada hari tersebut. Cuba setiap hari ; )

Tapi untuk pasangan yang sedang merancang, jangan sesekali lakukan aktiviti berkaitan dalam waktu itu. Bahaya! Dont you ever! Heheee..




Menghitung masa subur kitaran haid tidak normal :

Untuk kitaran haid yang tidak normal atau tidak teratur, 6 bulan diperlukan untuk mengira masa subur.
- Rekod kitaran haid sebanyak 6 kali atau 6 bulan berturut-turut
- Satu kitaran haid dihitung sejak hari pertama haid bulan ini sampai hari pertama haid bulan berikutnya
- Menentukan hari pertama masa subur = jumlah hari terpendek selama 6 kali kitaran haid dan ditolak 18
- Menentukan hari terakhir masa subur = jumlah hari terpanjang selama 6 kali kitaran haid dan ditolak 11

Rumusan
- Hari pertama masa subur = jumlah hari terpendek - 18
- Hari terakhir masa subur = jumlah hari terpanjang - 11

Contoh
Seorang isteri selama 6 kali kitaran haid didapati kitaran terpendek 25 hari dan terpanjang 31 hari.
Masa subur wanita itu adalah
Masa subur untuk hari pertama : 25 - 18 = 7
Masa subur untuk hari terakhir : 31 - 11 = 20

Jadi masa subur wanita itu adalah dari hari ke 7-20 dihitung sejak hari pertama haid.



# Ala sekarang sume orang dah ada smartphone.
Download saja apps begini.




Sunday, November 25, 2012

Resepi Durian Crepe


Wah! Most viewed entry dari blog ni sekarang ialah: resepi durian pancake.
Durian pancake = Bantal durian = Durian crepe.

Very phenomenal. Yelah, tengah musim durian ni kan.
Kalau dulu ada durian lebih mesti campur dalam bubur kacang, 
buat kuah durian makan ngan roti atau buat lempok atau tempoyak.

Sekarang dah lain u ols. Ada durian lebih, beramai-ramai nak buat durian crepe.
Nak beli, cam mahal. Sekali sekala boleh la. So makin ramai dah cuba buat sendiri.
Told ya, so easy to prepare. Kan? Semudah 1,2,3!

Tak percaya?
1. Blend telur + susu + vanilla essence + butter + tepung gandum.
2. Heat non sticky pan, pastu prepare crepes.
3. Buat filling dengan whipped cream dan isi durian.
(full recipe kat link atas tu)

Taraaaa!!


Biar rupa huduh, asalkan rasanya tetap sama cam durian crepe yang dibeli tu. 
Heheee..Selamat mencubaaa!

Saturday, November 24, 2012

December Appreciation


Too many things to buy. 
Too little money to spend.
Kan best kalau banyak duit *Dasar perempuan*

Ada orang pesan, kalau tak cukup duit jangan segan-segan nak mintak pape kat husband.
Hahah agak aneh pesanan dia tuh. Aku tak segan. Cuma kesian.
Tapi..buat apa nak kesian? A'ah kan, kenapa nak kesian?
Dia kat husband aku. Aku ni tanggungjawab dia.
Kalau tak mintak kat husband, nak mintak kat sape lagi kan?

Lagipun sebab kita tak mintak duit belanja harian, why not kita tukar mintak present.
Maksudnya, tiap-tiap bulan kita pow husband kita present as a small appreciation 
sebab jadi wife yang lahirkan/besarkan anak-anak dia etc. (alasan tapi betul)
Ala bukan la yang mahal. Agak-agak ikut kemampuan la kan.
Jangan tunggu birthday / anniversary je. Rugi!
Best tak idea ni? Beeesssttttt..

So 'small appreciation' for the month of December from my husband is :



Ray Ban Aviator Shades y'all.


Dipilih oleh MIL. Good taste, Mama.


Lebih kurang camnilah kalau pakai tudung. Love it!

Cerita Aneh Zaman Remaja


Siapa pernah minat senior kat sekolah dulu? Angkat tangan. SAYA!! Hahaha.. 
Ala..kamu yang tengah baca ni pun mesti ada terminat kat sesape dulu kan? Kan? Kan? Especially abang senior..Ada tak? Mesti ada niiii..Eleh tak ngakuuuu 
(terflashback tak? terbayang seseorang tak? heheee)

I would like to share mine. I had a crush. For 4 years. From form 1 – form 4. Hahahaaa..
It was love at first sight. Amboi gatai btol baru form 1 dah suka kat orang. Heee..Suka je. Bukan buat pape pun. Tak menjejaskan result pun okeh. Masa tu si A ni form 2 
(A jugaaakkk), lalu tepi, tetibe ada 1 renjatan elektrik menusuk jantung aku. 
Seriously terasa cam ada karen masa first time nampak muka dia tu wey. 

Since then, makan tak lalu tidur tak lena pergi sekolah dengan niat nak terserempak ngan dia. Hah gile! Bila nampak belakang beg A je pun, dah terasa donia ini aku yang ponyaaa.. Bila nampak muka dia depan-depan, nak fengsan! Jalan cam tak jejak tanah, senyum meleret sampai kawan tertanya-tanya. Well benda-benda bodoh camni tak boleh bagitau kat gang. Nanti kena gelak. Lagi-lagi Murni, Suffi, Elya yang mesti akan ejek sebab we all kengkonon tak layan boys masa sekolah dlu. Cewwaahhh! 
So boleh bagitau kawan lain yang lebih boleh dipercayai saja.

Minat kat A boleh menjadikan aku Detective Conan version pompan. Sampai ke tahap menyelinap kat bilik guru untuk dapatkan personal record A. I managed to get the info u know! Teror tak? Teror kannn..Hahah..Kalau terkantoi, memang habisss la..
Call rumah A, bila dia jawab, cepat cepat letak telefon. Nervous yang tak berkesudahan. Tak cukup tu, curik-curik amik gambar dia pulak. Walaupun gambar blur dan hanya nampak rambut saja sebab terlindung oleh budak lain, sudah cukup untuk menggembirakan hati aku. Memang sengal. Ada satu hari Haryanie (kawan yang tak tau malu volunteer untuk 
gi snap gambar A) dengan gentleman nya cakap kat A nak amik gambar. 
So dapat la aku gambar si A full yang tengah pegang guitar. Beli frame paling cantik dan letak gambar itu. Dijadikan sumber inspirasi untuk study malam-malam. 
Tak tau lah apa dalam fikiran aku masa tuh. Hahahah..

Dari form 1, hanya A di hati. Setia kan? Orang lain ngorat pun tak layan okeh. Haks.
Walaupun dah masuk MRSM, tetap nak update pasal A dari kawan-kawan yang tak pindah sekolah. A didn’t went to boarding school. Senang nak tahu pasal dia. Yang penting, nak pastikan yang A takde girlfriend (Jealous tak tentu pasal) Tapi tetap takde keberanian nak kawan dengan dia. Bila dah form 5, mula lupa pasal A. Tak tau kenapa. Hee..

Lupa lupa lupa sampai la aku create account facebook. It was in 2008. Tengok ramai jugak ex schoolmate ada fb. Tetiba teringat kat A. Terfikir A pun mesti ada fb. Tapi bila search tak jumpa. Guna nickname lain agaknye.  2009 try search lagi. WHOAA! Ada la. Terus add friends. Bila dia dah approve, memberanikan diri chat ngan dia. After 11 years okeh! ELEVEN YEARS. Kenalkan diri sebagai junior saja. Pastu jadi kawan. Yay sekejap.

After few months chatting, we decided to meet up. Jumpa dan bersembang macam biasa. Dating port, NZ KLCC. Hahha. A sangat baik dan gentleman. Still good looking as before.
We have the same interest. Too many things to talk about. Very nice to know him.
Tapi pelik. Kenapa masa jumpa dah tak rasa renjatan electric? Kenapa dah takde karen? Kenapa tak nervous sikit pun? Aik?? He was the man in my dreams. The one and only (masa sekolah dulu je la) But it seem no chemistry between us! All the feeling was gone. 
NO feeling at all. Apakah? Bagaimanakah? Tetibe rasa kelakar sangat. 

A pernah tanya kenapa aku tersenyum sorang-sorang. Aku pun selamba bagitau yang aku pernah minat gila kat dia dulu. Cam minat kat retisss. Tapi tu dula la. A terkejut dan senyum je. Sekarang bila dah kenal, dah tak minat dah. Sikit pun tak. Hahaks. 
Punyalah tak berapa minat, cukuplah jumpa sekali saja.
Salahkan hormone remaja!

CONGRATULATIONS ON YOUR WEDDING.
May both of you live happily ever after till jannah.

Monday, November 19, 2012

Bila syaitan berbisik dan Allah menduga


Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR Baihaqi) 

F, Aku maafkan kamu. 
Dan tidak akan mendoakan kamu rasa apa yang sedang/telah aku rasa.
Pedih perit hanya Tuhan yang tahu. Semoga kamu bertaubat dan tidak mengulanginya.
Janganlah sakiti lagi hati mereka yang tiada dosa dengan kamu.
Ingatlah, kegembiraan di atas penderitaan orang lain tak mungkin kekal lama.
Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Tepuk dada, tanya iman.
Sehebat mana pun kamu rasa, seangkuh mana pun keegoan kamu, 
kamu tetap makhluk Allah yang Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu. 
Jangan diikutkan kehendak nafsu. Lakukanlah setiap perkara demi Allah.
Terima kasih untuk semuanya. Tak perlulah kamu berjanji lagi itu dan ini.
Aku tak perlu perkataan dari mulut kamu. Aku hanya harapkan redha Ilahi.
Semoga kamu pun begitu.

Ya Allah, sekuat mana dugaanMu, hanya satu yang aku mahu.
Tolonglah hambaMu ini untuk menjaga hati dan iman.
Cukuplah Allah bagiku. Hasbunallah wa ni'mal wakil.

Amin ya Rabb.
Alhamdulillah.



Jom Infaq





Tak dapat banyak, sikit pun takpe kan.


Sama-sama saling mengingatkan k.

Thursday, November 08, 2012

Siamese Twin

Who??
Who else? My baby boy and me.
Yes, we've been just like siamese twin.
Due to Aisy whom often breastfeed lately.

Anak mommy nak cepat besar ye? Asyik nak nenen je.
Kan sepatutnya 2-3 jam sekali. Aisy ni 20-30 minit sekali. Aiyo..
Tapi memang dah besar pun. Baru 30 hari sudah seberat 5 kg. Champion!


But the little problem is..

Baru mommy nak gi makan, dah ekkkkk..
Baru nak melangkah masuk bathroom, dah ekkkk..
Baru nak main ngan kakak, dah ekkkk..
Tau aje bila mommy bangun tinggalkan dia wpun time tu tengah tido eh?


 

Dapat bayangkan budak ini nanti akan sangat manja dengan emaknya. Hehee.
Tapi tak dapat bayangkan bila dah start keje nanti. Uwaaa!

Well..
He is the air I breathe.
His holy presence living in me.
Alhamdulillah.

Aku meminta kepada Allah untuk menyingkirkan penderitaanku.

Allah menjawab, Tidak. Itu bukan untuk Kusingkirkan, tetapi agar kau mengalahkannya.

Aku meminta kepada Allah untuk menyempurnakan kecacatanku.
Allah menjawab, Tidak. Jiwa adalah sempurna, badan hanyalah sementara.

Aku meminta kepada Allah untuk menghadiahkanku kesabaran.
Allah menjawab, Tidak. Kesabaran adalah hasil dari kesulitan; itu tidak dihadiahkan, itu harus dipelajari.

Aku meminta kepada Allah untuk memberiku kebahagiaan.
Allah menjawab, Tidak. Aku memberimu berkat. Kebahagiaan adalah tergantung padamu.

Aku meminta kepada Allah untuk menjauhkan penderitaan.
Allah menjawab, Tidak. Penderitaan menjauhkanmu dari perhatian duniawi dan membawamu mendekat padaKu.

Aku meminta kepada Allah untuk menumbuhkan rohku.
Allah menjawab, Tidak. Kau harus menumbuhkannya sendiri, tetapi Aku akan memangkas untuk membuatmu berbuah.

Aku meminta kepada Allah segala hal sehingga aku dapat menikmati hidup.
Allah menjawab, Tidak. Aku akan memberimu hidup, sehingga kau dapat menikmati segala hal.

Aku meminta kepada Allah membantuku mengasihi orang lain, seperti Ia mengasihiku.
Allah menjawab.., akhirnya kau mengerti.
HARI INI ADALAH MILIKMU JANGAN SIA-SIAKAN. Bagi dunia kamu mungkin hanyalah seseorang, Tetapi bagi seseorang kamu adalah dunianya.

Bila..




Bila kau memandang segala-gala dari Tuhanmu yang Maha mencipta,

yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu
kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya,
untuk sesuatu yang sia-sia...

Bukan Allah tidak tahu derita hidupmu,
retaknya hatimu,
tapi mungkin itulah yang Dia mahukan,
kerana Dia tahu hati yang sebeginilah,
selalunya lebih lunak dan mudah,
untuk akrab dan dekat denganNya...


Bila kau letih dan hilang semangat, Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya. 
Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, Allah telah mengira titisan airmatamu. Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, Allah setia di sisimu. 
Bila kau telah mencuba segala tapi tidak tahu tujuan, Allah ada jalan penyelesaian. 
Bila tiada yang bererti buatmu, keliru dan kecewa, Allah adalah jawapannya..

Sunday, November 04, 2012

Aktiviti Terindah Cuti Bersalin


tidur siang


6 Days vs 6 Month To Go


6 
Days To Go
Yay!

But

1O
More KG To Be Lose
Shoot!

Tetibe berdebar. Adakah lemak ini akan berkekalan dalam perut dan peha ku? 
Mungkinkah? Oh nooo!! Jadi bagaimanakah? Apa nak buat ni?
Arrghhh! Tidaaaakkk! Apasal susah sangat nak turun kg nih? *Tarik rambut*
Lebih tarik rambut bila baru try pakai seluar jeans kesayangan..
TAPI TAK MUAT!! *termenung 20 minit*

Eh baru teringatttt...  *flashback*

Last year, masa honeymoon kat Bandung (3 bulan lepas bersalin), 
takde pun gambar pakai jeans.




Ye tiada!
Tiada jeans. Cuma cuodroy.
Maknanya masa tu dah 3 bulan tapi tetap belum muat pakai jeans-sebelum-kawen tu. 
.......................................................

Pastu tengok gambar kat Vietnam (4 bulan selepas bersalin) pula.


Juga tidak memakai jeans.
Maknanya masih belum muat walaupun dah 4 bulan bersalin.
.......................................................

Pastu tengok gambar kat Vietnam (5 bulan selepas bersalin) pula.


Juga tidak memakai jeans.
Maknanya masih belum muat walaupun dah 6 bulan bersalin!
Malah, macam bertambah gemok lak. Hahah.
........................................................


So bila yang betul2 aku get in shape macam sebelum pregnant nih?



browse nyer browse..terjumpa gambar ini..



 Kat Genting (6 bulan selepas bersalin yakni hujung tahun 2011)




Hm..ok..not bad. Walaupun tak kurus dan tetap gemok dari orang lain, 

at least dah boleh muat jeans masa i muda2 dulu. Eceh!
.....................................


Ini pula (7 bulan selepas bersalin).



Baru start nak lose weight dan bercita-cita mahu kembali ke body sebelum kahwin..
sudah mengandung lagi satu (*_*)
.......................................


So conclusion yang boleh dibuat kat sini ialah, hipotesis aku tak dapat diterima sebab walaupun aku berpantang agak strict kali ni, tapi sebab bersalin anak kedua (orang kata lemak tepu dulu bertambah ngan lemak tepu sekarang menjadikan lemak tepu kuasa dua),

maka proses penurunan berat badan agak lambat/sama dari sebelumnya.

Maka, mungkin aku perlu bersabar sehingga 6 bulan juga lagi untuk memakai jeans kesayangan dan merasa yakin dengan diri sendiri semula. *hopefulllyyyyy*


Selain dari itu, silalah discuss betul2 tentang family planning dengan suami anda untuk mengelakkan mengandung lagi sebelum cukup tempoh 2 tahun.

Jangan dapat alasan macam suamiku, PLAN B katanya. 


Ok lah. Dah lega. Dah tak nervous sangat lepas buat penyiasatan ke atas diri sendiri menggunakan gambar-gambar yang ada sebagai bukti.

Kepada anda yang nak tengok aku slim down, silalah berharap forever
sekurang-kurangnya 6 bulan lagi. Insyaallah. Bagi support ye.
Heee..Macamlah orang kesah..Eh Ish mesti kesahhhh..Entry ini ditujukan kat Ish lah ye..
(Walhal dia tak baca pun. Takpe, sediakan jawapan sebelum dipersoalkan)

6
Month To Go!

Thursday, November 01, 2012

Kebaikan Khatan Semasa Bayi


Aisy dah sunat. Yay! Dah besar anak mommy (takde kaitan)
Memula tak plan sangat nak sunatkan Aisy seawal ni.

Tapi masa lahir ada kesan cam merah kat hujung bibird Aisy.
Tanya paed kat hospital, dia kata normal. 
Kalau buang air sume ok, nanti lama-lama hilang la kesan merah tu, katanya.

Lepas sebulan, tetibe kelmarin ada kesan darah kat diaper Aisy. 
Hujung tu kuar darah! Alamak! cuak. 
Terus bawak Aisy gi checkup 1 month sekali tanya pasal ni. 
Dr Ilya kata infection. Dia advise khatan Aisy as soon as possible.
Daripada bagi ubat la sapu ubat la untuk settlekan infection tu kan, baik potong je bahagian tu.
Lagipun sekarang memang dah ramai khatankan baby boy masa baru lahir lagi.
BIL and SIL pun selalu pesan suh sunat cecepat, just like Rayyan. 

Ok la fine. So papa set appointment with Dr Hj Md Zain. 
Sebab dalam ramai-ramai kat Klinik Kita tu, dia je yang boleh sunat baby.
Tapi..masa procedure tu dia tak bagi parents masuk. Alaaa..nak tengok..
Mesti banyak kes makpak kesian kat baby sampai tak jadi potong agaknye. hehe..
Dengar Aisy nangis sekejap je. pastu dah diam..In 15minutes, everything done. 
Wow!! The cost is RM150 only keyh.

Yela sebab ni normal method. Potong dan jahit. Bukan smart clamp, bukan laser.
Sorry Aisy. Khatan cam biasa barulah terserlah kejantanan! Ewah!


Balik rumah dalam masa 2 jam Aisy tdo lena.
Tapi pastuuu..Aisy nangis menjerit sampai agak panic lah mommy.
Mungkin kesan bius tu dah habis pastu Aisy boleh rasa pedih setiap kali buang air.
Kesiannya..Tapi BIL kata Rayyan dulu pun nangis jugak. Tapi 1-2 hari je camtu.
Ala bukan setiap masa pun dia nangis actually. Time buang air je kot.
Lagi banyak tidur lepas makan ubat tahan sakit.
Yang penting, kena selalu tukar diaper. 2jam sekali ke.
Pas luka dah kering, dia ok la. At least lagi cepat baik daripada sunat time dah besar.

So kesimpulannya, ni kebaikan khatankan baby boy seawal mungkin :

1. The healing process is faster. Baby belum reti nak gerak-gerak sana sini, just baring je kat tempat kita letak dia, so mempercepatkan proses baik luka dia tu.
2. Lepas sunat boleh terus pakai pampers dan mandi cam biasa. 
Takyah riuh pasal luka tu sangat.
3. Senang parents nak jaga dibandingkan sunat semasa dah besar sebab baby tak tau complaint atau merengek. Bila nangis, kita bf dia, dodoi-dodoi, tidur la dia.

Daripada Jabir r.a berkata “Rasulullah mengadakan akikah bagi kedua cucunya Hasan dan Hussien serta mengkhatankan kedua-duanya pada hari ketujuh kelahiran mereka.