Bila kau memandang segala-gala dari Tuhanmu yang Maha mencipta,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu
kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya,
untuk sesuatu yang sia-sia...
Bukan Allah tidak tahu derita hidupmu,
retaknya hatimu,
tapi mungkin itulah yang Dia mahukan,
kerana Dia tahu hati yang sebeginilah,
selalunya lebih lunak dan mudah,
untuk akrab dan dekat denganNya...
Bila kau letih dan hilang semangat, Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya.
Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, Allah telah mengira titisan airmatamu. Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, Allah setia di sisimu.
Bila kau telah mencuba segala tapi tidak tahu tujuan, Allah ada jalan penyelesaian.
Bila tiada yang bererti buatmu, keliru dan kecewa, Allah adalah jawapannya..

No comments:
Post a Comment