Thursday, November 01, 2012

Kebaikan Khatan Semasa Bayi


Aisy dah sunat. Yay! Dah besar anak mommy (takde kaitan)
Memula tak plan sangat nak sunatkan Aisy seawal ni.

Tapi masa lahir ada kesan cam merah kat hujung bibird Aisy.
Tanya paed kat hospital, dia kata normal. 
Kalau buang air sume ok, nanti lama-lama hilang la kesan merah tu, katanya.

Lepas sebulan, tetibe kelmarin ada kesan darah kat diaper Aisy. 
Hujung tu kuar darah! Alamak! cuak. 
Terus bawak Aisy gi checkup 1 month sekali tanya pasal ni. 
Dr Ilya kata infection. Dia advise khatan Aisy as soon as possible.
Daripada bagi ubat la sapu ubat la untuk settlekan infection tu kan, baik potong je bahagian tu.
Lagipun sekarang memang dah ramai khatankan baby boy masa baru lahir lagi.
BIL and SIL pun selalu pesan suh sunat cecepat, just like Rayyan. 

Ok la fine. So papa set appointment with Dr Hj Md Zain. 
Sebab dalam ramai-ramai kat Klinik Kita tu, dia je yang boleh sunat baby.
Tapi..masa procedure tu dia tak bagi parents masuk. Alaaa..nak tengok..
Mesti banyak kes makpak kesian kat baby sampai tak jadi potong agaknye. hehe..
Dengar Aisy nangis sekejap je. pastu dah diam..In 15minutes, everything done. 
Wow!! The cost is RM150 only keyh.

Yela sebab ni normal method. Potong dan jahit. Bukan smart clamp, bukan laser.
Sorry Aisy. Khatan cam biasa barulah terserlah kejantanan! Ewah!


Balik rumah dalam masa 2 jam Aisy tdo lena.
Tapi pastuuu..Aisy nangis menjerit sampai agak panic lah mommy.
Mungkin kesan bius tu dah habis pastu Aisy boleh rasa pedih setiap kali buang air.
Kesiannya..Tapi BIL kata Rayyan dulu pun nangis jugak. Tapi 1-2 hari je camtu.
Ala bukan setiap masa pun dia nangis actually. Time buang air je kot.
Lagi banyak tidur lepas makan ubat tahan sakit.
Yang penting, kena selalu tukar diaper. 2jam sekali ke.
Pas luka dah kering, dia ok la. At least lagi cepat baik daripada sunat time dah besar.

So kesimpulannya, ni kebaikan khatankan baby boy seawal mungkin :

1. The healing process is faster. Baby belum reti nak gerak-gerak sana sini, just baring je kat tempat kita letak dia, so mempercepatkan proses baik luka dia tu.
2. Lepas sunat boleh terus pakai pampers dan mandi cam biasa. 
Takyah riuh pasal luka tu sangat.
3. Senang parents nak jaga dibandingkan sunat semasa dah besar sebab baby tak tau complaint atau merengek. Bila nangis, kita bf dia, dodoi-dodoi, tidur la dia.

Daripada Jabir r.a berkata “Rasulullah mengadakan akikah bagi kedua cucunya Hasan dan Hussien serta mengkhatankan kedua-duanya pada hari ketujuh kelahiran mereka.


6 comments:

Puan Ira said...

dah sunat...congrat

Puan Ira said...

dah sunat...congrat

Adila said...

dah,,heheee..tq!

Sue said...

dilla, aku ade suarakan hal ni kt family members, ade kemusykilan, ada org kate kulit kt bhagian yg di potong tu akn tumbuh blik ikot tumbesaran budak tu mcm bese n end up kne potong blik bile da besar, aku pon tak pasti bab ni. Doc ade ckap ape2 tak pasal kemungkinan ni?

HANISAH HMT211 said...

Sis boleh bg alamat or no.tel tmpt sis sunatkan?

Nash said...

hadis tu dhaif.. ada tulis dlm kitab ibnu hajar