There was an error in this gadget

Saturday, November 24, 2012

Cerita Aneh Zaman Remaja


Siapa pernah minat senior kat sekolah dulu? Angkat tangan. SAYA!! Hahaha.. 
Ala..kamu yang tengah baca ni pun mesti ada terminat kat sesape dulu kan? Kan? Kan? Especially abang senior..Ada tak? Mesti ada niiii..Eleh tak ngakuuuu 
(terflashback tak? terbayang seseorang tak? heheee)

I would like to share mine. I had a crush. For 4 years. From form 1 – form 4. Hahahaaa..
It was love at first sight. Amboi gatai btol baru form 1 dah suka kat orang. Heee..Suka je. Bukan buat pape pun. Tak menjejaskan result pun okeh. Masa tu si A ni form 2 
(A jugaaakkk), lalu tepi, tetibe ada 1 renjatan elektrik menusuk jantung aku. 
Seriously terasa cam ada karen masa first time nampak muka dia tu wey. 

Since then, makan tak lalu tidur tak lena pergi sekolah dengan niat nak terserempak ngan dia. Hah gile! Bila nampak belakang beg A je pun, dah terasa donia ini aku yang ponyaaa.. Bila nampak muka dia depan-depan, nak fengsan! Jalan cam tak jejak tanah, senyum meleret sampai kawan tertanya-tanya. Well benda-benda bodoh camni tak boleh bagitau kat gang. Nanti kena gelak. Lagi-lagi Murni, Suffi, Elya yang mesti akan ejek sebab we all kengkonon tak layan boys masa sekolah dlu. Cewwaahhh! 
So boleh bagitau kawan lain yang lebih boleh dipercayai saja.

Minat kat A boleh menjadikan aku Detective Conan version pompan. Sampai ke tahap menyelinap kat bilik guru untuk dapatkan personal record A. I managed to get the info u know! Teror tak? Teror kannn..Hahah..Kalau terkantoi, memang habisss la..
Call rumah A, bila dia jawab, cepat cepat letak telefon. Nervous yang tak berkesudahan. Tak cukup tu, curik-curik amik gambar dia pulak. Walaupun gambar blur dan hanya nampak rambut saja sebab terlindung oleh budak lain, sudah cukup untuk menggembirakan hati aku. Memang sengal. Ada satu hari Haryanie (kawan yang tak tau malu volunteer untuk 
gi snap gambar A) dengan gentleman nya cakap kat A nak amik gambar. 
So dapat la aku gambar si A full yang tengah pegang guitar. Beli frame paling cantik dan letak gambar itu. Dijadikan sumber inspirasi untuk study malam-malam. 
Tak tau lah apa dalam fikiran aku masa tuh. Hahahah..

Dari form 1, hanya A di hati. Setia kan? Orang lain ngorat pun tak layan okeh. Haks.
Walaupun dah masuk MRSM, tetap nak update pasal A dari kawan-kawan yang tak pindah sekolah. A didn’t went to boarding school. Senang nak tahu pasal dia. Yang penting, nak pastikan yang A takde girlfriend (Jealous tak tentu pasal) Tapi tetap takde keberanian nak kawan dengan dia. Bila dah form 5, mula lupa pasal A. Tak tau kenapa. Hee..

Lupa lupa lupa sampai la aku create account facebook. It was in 2008. Tengok ramai jugak ex schoolmate ada fb. Tetiba teringat kat A. Terfikir A pun mesti ada fb. Tapi bila search tak jumpa. Guna nickname lain agaknye.  2009 try search lagi. WHOAA! Ada la. Terus add friends. Bila dia dah approve, memberanikan diri chat ngan dia. After 11 years okeh! ELEVEN YEARS. Kenalkan diri sebagai junior saja. Pastu jadi kawan. Yay sekejap.

After few months chatting, we decided to meet up. Jumpa dan bersembang macam biasa. Dating port, NZ KLCC. Hahha. A sangat baik dan gentleman. Still good looking as before.
We have the same interest. Too many things to talk about. Very nice to know him.
Tapi pelik. Kenapa masa jumpa dah tak rasa renjatan electric? Kenapa dah takde karen? Kenapa tak nervous sikit pun? Aik?? He was the man in my dreams. The one and only (masa sekolah dulu je la) But it seem no chemistry between us! All the feeling was gone. 
NO feeling at all. Apakah? Bagaimanakah? Tetibe rasa kelakar sangat. 

A pernah tanya kenapa aku tersenyum sorang-sorang. Aku pun selamba bagitau yang aku pernah minat gila kat dia dulu. Cam minat kat retisss. Tapi tu dula la. A terkejut dan senyum je. Sekarang bila dah kenal, dah tak minat dah. Sikit pun tak. Hahaks. 
Punyalah tak berapa minat, cukuplah jumpa sekali saja.
Salahkan hormone remaja!

CONGRATULATIONS ON YOUR WEDDING.
May both of you live happily ever after till jannah.

No comments: