Monday, November 19, 2012

Bila syaitan berbisik dan Allah menduga


Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR Baihaqi) 

F, Aku maafkan kamu. 
Dan tidak akan mendoakan kamu rasa apa yang sedang/telah aku rasa.
Pedih perit hanya Tuhan yang tahu. Semoga kamu bertaubat dan tidak mengulanginya.
Janganlah sakiti lagi hati mereka yang tiada dosa dengan kamu.
Ingatlah, kegembiraan di atas penderitaan orang lain tak mungkin kekal lama.
Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Tepuk dada, tanya iman.
Sehebat mana pun kamu rasa, seangkuh mana pun keegoan kamu, 
kamu tetap makhluk Allah yang Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu. 
Jangan diikutkan kehendak nafsu. Lakukanlah setiap perkara demi Allah.
Terima kasih untuk semuanya. Tak perlulah kamu berjanji lagi itu dan ini.
Aku tak perlu perkataan dari mulut kamu. Aku hanya harapkan redha Ilahi.
Semoga kamu pun begitu.

Ya Allah, sekuat mana dugaanMu, hanya satu yang aku mahu.
Tolonglah hambaMu ini untuk menjaga hati dan iman.
Cukuplah Allah bagiku. Hasbunallah wa ni'mal wakil.

Amin ya Rabb.
Alhamdulillah.



3 comments:

miss said...

F, Fadzlean?

hohoho...

Adila said...

nooo

Cool Lean said...

Oh F! Oh F!
Ikut hati mahu dilempang laju2 aje.. Mmg itu aje yg kumampu.. Al maklum la.. X sekuat mana... Tapi ikut kata-kata Allah yg tertulis, kuampunkan kau juga... Carilah kebahagiaanmu sendiri tanpa merobek dan mencalar serta merentap kebahagiaan orang lain!
:'( ... I just wish I can say something!!!!