Sunday, April 29, 2012

Petua Bayi Selsema



Ni short entry punya. Straight to the point. 
Sempena sekarang Allysha selalu jilat hingus dia yang meleleh tapi tak demam. 
Papa dia asyik nak bagi ubat selsema je. Mommy disagree.
 Ada banyak cara lain selain dari ubat. Cubalah dulu. 
Kalau dah end of the wits, barulah bagi makan ubat. Kan?


Kalau bayi selsema, ramai mak-mak tak bagi mandikan baby sebab takut bila kena sejuk, then selsema lagi teruk. Tapi kalau jumpa doctor, mesti diorang advice supaya mandikan jugak baby tu. Tapi ikut timing yang betul lah. Selepas 8 pagi dan sebelum 7 malam. Kenapa? Sebab ini memudahkan lendir hingus tu keluar dan tak tersumbat dalam rongga pernafasan. Ini juga mengelakkan lendir terkumpul yang boleh mengakibatkan sesak nafas kalau tak berjaya dikeluarkan. Yelah..baby kan tak pandai hembus hingus. Tapiii.. MIL memang tak bagi mandikan Allysha time selsema. But still aku mandikan jugak sesenyap je. Tapi tak lama la dan air pun tak sejuk sangat. Kalau rajin, air suam..

Sentiasa sapukan minyak yuyee / vicks/ minyak telon kat badan baby setiap kali selepas mandi, tengah malam, dan waktu sejuk-sejuk lah. Sapu kat pusat, dada, belakang badan, tapak kaki, etc. Kalau boleh, calit sket je kat hidung dia. Ni untuk keselesaan baby. Kalau kita selsema pun, mesti kita cam nak sapu balm ke vicks ke kan. So does with baby..



Menggunakan kunyit hidup. Caranya ialah ketuk kunyit hidup tu sampai agak hancur dan boleh dicolek dengan jari. Kalau orang dulu-dulu genyeh kat pasu bunga. Then sapukan kan batang hidung baby. Time dia tidur tau. Kalau tak, sia-sia je. Pastu biarkan kering. 
Ulang hari-hari sampailah hilang selsema..


Kalau sampai ke tahap hidung tersumbat dan baby susah nak menyusu, sedutlah hingus dia. Mengguanakan mulut kita sendiri. Ini penting. Sebab kalau Allysha selsema sampai hidung tersumbat, dia mesti taknak minum susu sebab susah nak bernafas. So Papa dia akan sedut hingus dalam hidung dia tu sampai Allysha boleh menyusu balik. Sila abaikan perasaan geli. Keselasaan baby lebih penting. .

Anda ada petua lain tak? Shareeeeee ; )

6 comments:

Sh@MytO said...

part sedut hingus tu aku setuju sesgt..watpe nk geli..anak sendiri kot...

Adila said...

hehe..paling cepat dan effective kan sham..terus ok..

Ilyia Nur said...

idokla saya...saya bagi neb..hilang kahak kat paru2..lama juga dorang tak hingus..cure from the roots..

Kenari Putih said...

yela geli sebenarnya. tapi if terok sangat kena jugaklah yer. buangkan rasa geli tu.

basta15 said...

Bab sedut ni kenapa bapak yg selalu kena ...hahahaa alhamdulillah anak2 saya memang sedut pakai mulut kalau pakai alat sedut tu x brp berkesan...

basta15 said...

Bab sedut ni kenapa bapak yg selalu kena ...hahahaa alhamdulillah anak2 saya memang sedut pakai mulut kalau pakai alat sedut tu x brp berkesan...