There was an error in this gadget

Tuesday, April 17, 2012

Resepi Sambal Sardin


Apa kejadahnya asyik cita pasal sambal je ni? Minggu ni mood nak makan sambal okeh. Biarlah. Haks. Semalam MIL masak asam pedas, first time tak usik sebab leka menatap sambal tumis udang tercinta balance masak kelmarin tu.

Ni tetibe nak share resepi sambal sardin sebab this weekend nak gi picnic dah cop nak bawak sambal sardin. Ahah. Cam takde benda lain je. Eii..makan sardin ngan nasi panas di tempat yang jauh dari rumah malah sejuk pula, mesti sedap tauuu..

Bear in mind, tak elok amalkan makan sardine ye. Sebulan sekali ok la kot (agaknya la). Sebab ada pengawet peng itu peng ini yang tak elok dimakan. Tapi yang tak elok tak boleh tu la yang kita sukeeee sangat kan..

Masak sardine memang senang. Tapi nak masak sampai jadi sedap buat husband tambah 3 kali camne? Meh nak share. Aku pun bukan reti masak. Ni intai MIL buat. Intai je? Iye, so far aku memang tak pernah join MIL main masak2 sebab aku ngaku aku tak pandai masak dan sangat segan kalau terkecahkan dapur depan dia. Kalau nak masak something, aku tunggu MIL settle menu dia, then only I take charge of the kitchen. Jangan jadi menantu camni. Bukan semua MIL sporting.



Ingredients :


Segenggam cili kering yang dah dipotong dan di rendam (dikisar)
2 biji bawang merah (dikisar)
2 biji bawang putih (dikisar)
1 cm belacan (dikisar)

1 cm halia (dikisar)
sedikit je ikan bilis (dikisar)

1 tin kecil sardin Cap Ayam Brand

½ biji tomato (dihiris)
1 biji kentang (belah 6)
1 biji bawang besar (dihiris)

sedikit je air asam jawa
1 1/2 sudu kecil garam
1 sudu makan gula




Methods:

1. Panaskan minyak dan goreng ikan sardine (tanpa sos) sehingga sedikit garing. 
2. Masa goreng ni meletup-letup so boleh cover ngan penutup periuk ke ape ke, ketepikan.

3. Kemudian, tumis bahan-bahan yang dikisar tadi dengan api kecil-sederhana kira-kira 10-15 minit sehingga pecah minyak.
4. Masukkan sos sardine dan juga tomato bersama air asam jawa. 
Kalau kering sangat, tambah air sikit lagi.
5. Masukkan kentang dan kacau sehingga empuk. Kalau nak goreng dulu pun boleh jugak.
6. Masukkan sediikt garam dan gula. Nak tambah sikit kicap pun boleh.
7. Kemudian baru masukkan sardine yang kita dah goreng sekejap tadi 
dan bawang yang dihiris.
8. Kalau sambal dan berubah jadi merah tua dan pekat, bolehlah hidangkan.




Kalau nak buat sardine flavour curry, tumiskan serbuk kari sekali masa tumis bahan kisar tu.

Kalau nak buat tak pakai sambal kisar, boleh tumiskan bawang putih + bawang merah + cili besar + cili padi + bawang besar banyak-banyak + sehelai daun limau. Ni untuk style yang lain lah.

Senang sangat kan…

No comments: