Sunday, July 22, 2012

Resepi Puding Caramel


I sentap ngan husband I semalam tauuu.
Kita dan plan nak iftar kat rumah bonda I (yang seminggu sekali je we ols balik tu),
tapi tetibe kul 4 petang husband ajak balik Ampang sebab ada hal.
Mula la sayu hati I yang sedang memukul telur nak buat pavlova ni.
'babai pavlovaa..untuk keberapa kalinya, aku tak jadi buat kau..sobs..'
*simpan balik whipped cream ngan mixed fruits dalam fridge*

Tapi I dan plan ngan bonda I nak main masak-masak petang semalam sebenarnya.
Bonda I buat kari ayam, I buat puding caramel. Tapi ni dah nak kena balik. So how?
Dengan muka cebik ' ya kena balik laaa..sempat tak ya nak tapau kari ayam mak?'
*lagu pulanglah di hari raya berkumandang dalam hati*
'eh sempat ni sempat. tunggu jap. bagi mak setengah jam'
*lagu suasana hari raya pula berkumandang dalam hati.yay!!*

Sebagai hadiah macam jiran yang bertukar juadah, I pun laju-laju buatkan jugak Bonda tercinta puding caramel as she requested. Dalam hati rasa sangat membara dengan hubby I.
Tapi malas nak cakap banyak ngan dia, kang terbatal pulak puasa.

Sempat kukuskan je. Tak sempat nak bawak balik sikit.
Takpe, yang penting kari ayam Bonda yang sangat meletups! Berselera makan sahur tadi..


Gambar google je nih. Kan tak sempat tunggu masak kannn..

Bahan-bahan untuk buat-

Caramel : 
1 senduk gula + setengah senduk air

Puding :
3 biji telur + 2 biji kuning telur sahaja + 3 sudu gula + 
1 tin susu sejat + 1/2 cawan air + 1 sudu esen vanilla


Cara-cara untuk buat-

Caramel :
1. Tuangkan 1 senduk gula ke dalam kuali yang sudah dipanaskan.
2. Dengan api sederhana, sentiasa kacau sehingga gula bertukar jadi keperangan.
3. Kemudian tambahkan air sedikit demi sedikit dan kacau lagi sehingga jadi gula sederhana hangus yang cair. Kacaulah dengan tabah ya. Jangan sampai hangus sangat pulak.
4. Kemudian, tuangkan gula cair (caramel) tadi ke dalam bekas yang nak digunakan untuk mengukus puding caramel kita. Kalau nak kukus dalam loyang, better panaskan gula tadi atas loyang je terus. Tak payah nak tuang-tuang ke bekas lain lagi dah.



Puding :
1. Dengan api kecil, panaskan susu sejat, tapi jangan sampai mendidih.
2. Sementara tu, pukul sekejap telur + gula + air + esen vanilla menggunakan blender.
Ye guna blender je. Make sure dah basuh bersih-bersih sebelum digunakan. 
Kita taknak hidang kat family puding caramel yang spicy ok.
3. Setelah tutup api susu sejat tadi, campurkan dengan bahan yang sudah diblend.
Kacau seketika sehingga sebati.
4. Tuang kedalam bekas yang kita nak gunakan untuk mengukus tadi.
5. Kukus selama 30-40 minit. Agak-agaklah, kalau nampak puding tu lembik lagi, maka kena la tambah masa mengukus. Bila dah agak pejal, boleh stop kukus dan sejukkan kat luar dulu.
6. Kemudian masukkan dalam fridge. Terbalikkan puding caramel sebelum dihidang.

Senang sangat kan?
Kalau beli kat bazar ramadhan, sepotong RM2.
Ni modal dalam RM5, boleh dapat berpotong-potong!
Siap boleh adjust sendiri, nak manis ke tak manis ke extra caramel ke ape ke..
Puas makan 1 family, boleh repeat lagi..

Selamat mencubaaaaaa! ; )


No comments: