There was an error in this gadget

Friday, July 20, 2012

Tips Persediaan Berpuasa Ibu Mengandung


Ramai juga yang tanya, boleh ke puasa nanti? Aku jawab je ‘Insyaallah, boleh..’ ..Ada jugak yang risau kata tak payah sebab takut perut masuk angin la, takut baby lapar la, etc. Tapi baby dalam ni baru 31 weeks. Rasanya mommy boleh tahan kot tak minum ke tak makan ke siang tu. Lagipun, dah try puasa lately, so far ok la. Tak la lapar sangat atau penat sangat. Asalkan bangun sahur dan minum air banyak-banyak sebelum imsak. Cuma yang aku confident nanti, mesti akan sangat mengantuuuukkkkk.. Kalau tak pregnant pun tetap akan mengantuk most of the time. Hmmm..

Semua orang tahu kan, Allah S.W.T. telah memberi kelonggaran (rukhsah) dalam puasa bagi ibu yang mengandung dan menyusukan. Jika tidak mampu berpuasa, ibu boleh meninggalkan puasa tetapi perlu menqadha' puasa tersebut di bulan-bulan lain. Tapii..pahala dan nikmat puasa tersebut memang tidak sama dengan puasa di bulan Ramadhan..

Ok takpe, nak share tips persediaan untuk ibu mengandung yang nak berpuasa.

1.    Jangan tinggal sahur. Dan bersahurlah selambat yang mungkin. Silalah rajin bangun sahur ye ibu-ibu semua. Jangan pulak berangan jadi orang bujang, nak sahur sebelum tidur sebab malas bangun, pastu siang baru kul 8 pagi dah lapar.

2.    Bersahur dan berbuka dengan menu sihat dan seimbang. Yang paling penting, makan ala-ala saja bila berbuka tu ye. Trend family husband ialah bersahur dengan nasi dan lauk pauk. Berbuka pula dengan kuih dan mee/bihun/spaghetti saje. Terbalik dari kebiasaan kan? But that’s the best practice actually. Bila berbuka makan mee je, tak lah kenyang sangat. So kurang malas untuk solat sunat. Tapi bila sahur pulak sangat meriah macam tengah lunch. Hehee..Ok la tu. Lambat la sikit rasa lapar kalau sahur dah makan nasi kan. Perut orang mengandung memang tak sah tak dapat nasi dalam sehari. Tapi jangan pula makan lauk yang terlalu pedas atau berminyak atau berlemak sebab ni akan menyebabkan perut kita tak selesa di waktu siang.

3.    Minum air sebanyak mungkin. Tapi sikit-sikit lah ye sebab perut ibu-ibu ada baby ni cepat keras kan. So minum sikit-sikit sehinggalah nak dekat masuk waktu imsak tu. Ni untuk mengelakkan ibu cepat dehidrated. Maklumlah, ibu ada baby ni asyik nak pergi toilet buang air je kan. So bekalan air dalam badan juga perlu lah banyak. Hehe. Jangan lupa minum susu juge tauu (pandai cakap je tapi dia sendiri tak minum susu pun! Alaa..tak boleh telan air susu laaa)

4.    Lebihkan serat. Sebagai tambahan, makan juga makanan lambat hadam dan membekalkan tenaga. Contohnya oat, nestum, dan kurma. Biasanya aku akan makan nasi sikit masa sahur tu. Pastu bancuh milo campur nestum. Pastu makan kurma 2/3 biji. Berserta air suam.

5.    Positive mindset. Yang paling penting  bila dah niat nak puasa, kena lah yakin yang kita akan larat untuk berpuasa. Kalau kita risau takut lapar la takut haus la, automatically tak lapar pun boleh jadi lapar. So mindset tu kena positive yang kita boleh berpuasa dan tak menjejaskan kesihatan kita dan baby ok. As long as kita dah makan makanan yang sepatutnya masa bersahur.

Insyaallah. Selamat berpuasa ibu-ibu semuaaaaaaaaa! ; )

No comments: