I can't help myself. Aaaaaa.. Tak tau la kenapa.. Kengkonon tak nak fikir sangat pasal nak bersalin ni. Tapiii.. sangat nervous. Bagaimanakah labour kali ni? Lebih mencabar kah? Atau lebih mudah kah? Atau sama kah? Atau apa kah?
Teringat-ingat pengalaman bersalin Allysha last year.
Nak share boleh tak? Boleh la.. Kalau tak boleh sila pangkah tab. ;p
Certanya begini...
(flashback, zooosshhhh..gambar samar-samar cam dalam drama)
(flashback, zooosshhhh..gambar samar-samar cam dalam drama)
Edd 15 June 2011. Tapi doctor kat Hospital Ampang
suruh stand by dari 3 June lagi. Sebab dia kata baby besar dan ada possibility untuk
keluar lebih awal. Aku ingat lagi 3 June tu hari Jumaat. Pagi Sabtu tu dah ada
bloody show. Lendir campur darah kecoklatan sikit macam masa mula-mula period
tu. Oh, dah nak bersalin ke ni? Tapi tak rasa sakit pape pun.
Sebab dah plan ngan kengkawan tercinta, maka
meneruskan juga hajat untuk ke Kepong nak attend wedding Yana Mazta keesokan
harinya, Sabtu. (Patutnya attend wedding diorang kat Gemas a week before, tapi
malangnya teraccident kat Seremban dan terpaksa berpatah balik. Mungkin ada
hikmah besar disitu yang aku tak tahu. Aku pun tak patut berani sangat tengah tunggu hari tapi nak masuk Gemas. Tak takut ke terberanak kat sana, tak pasal anak IC nogori smilan). Maka terkinja lah mak buyung cam orang
tak mengandung bersama konco-konconya. Kemain aktif dengan perut yang memboyot
sehingga melanggar meja, kerusi dan orang-orang lain secara tak sengaja.
Hari Ahad ada second bloody show lagi. Masih
diabaikan sebab belum rasa sakit. Hari Isnin pergi kerja macam biasa. Petang
Isnin 6 June tu dah terasa sakit pinggang dah tak selesa macam senggugut. Masa
ni dah ada instinct cam dah nak dekat bersalin. Kebetulan Mama takde kat rumah.
Dengan rajin dan berbesar hatinya nak memasak dan buat kerja rumah.
Sebelum
sampai rumah, round Ampang Point dan singgah hero untuk beli barang dapur.
Sampai rumah pukul 8 malam. Start memasak tomyam,
goreng kobis, sambal dan apa ntah lagi. Lepas dinner, basuh + sidai + lipat +
iron baju yang ada. Pastu kemas rumah. Pastu mop lantai. Ada rasa nak sental
toilet, nasib baik cam dah tak larat. Ikutkan hati, macam-macam lagi nak buat
masa tu. Bukan la sebab semulajadi rajin. Tapi sebab agak cuak dan nak
hilangkan rasa tak selesa cam senggugut yang aku dah mula rasa masa tu.
Pukul 11 malam terus tidur. Menjelang tengah malam
terjaga dan tak boleh sambung tidur balik sebab rasa sakit tu makin konsisten
kurang dari sejam. Abaikan lagi sehinggalah pukul 1 pagi. Ini kronologinya:
1 am : Contraction yang konsisten setiap 30 minit. Tak berapa sakit, tapi tak boleh tidur, baring je diam-diam dengan perasaan jeles husband kroh kreh kroh kat sebelah.
2 am : Contraction yang konsisten setiap 15 minit. Masih lagi mild dan tak berapa sakit. Bersedia untuk kejutkan husband. Tapi husband cam taknak bangun je sebab dia kata ntah-ntah false alarm. (dia pun attend antenatal class, so dia tau) Ok tunggu lagi sikit.
3 am : Contraction yang konsisten setiap 10 minit. Masih lagi mild dan boleh tahan. Kejutkan husband ajak pergi hospital. Aku pun get ready siap pakai bedak bagai. Heee.. Tapi Ish lagi tak boleh blah, siap mandi 20 minit pastu boleh pulak dia suruh pilih baju mana patut dia pakai, merah ke biru. Masa tu rasa nak tumbuk perut dia sebab aku nak pegi hospital tapi dia boleh pulak bersiap macam orang nak pegi shopping.
4 am : Naik kat ward bersalin. Doctor seluk kata dah buka 2 cm. Masa ni relax lagi walaupun sakit tapi boleh tahan sebab memang macam senggugut je. Terkebil-kebil aku atas katil sengsorang. Masa tu belum ada smartphone ;p
5 am : Doctor seluk lagi dan kata dah buka 4 cm. Terus dia suruh get ready untuk masuk labour room. Masa ni agak terkejut sebab cam awal lagi je. Stil boleh tahan sakit.
6 am : Contraction yang konsisten setiap 2 minit kat dalam labour room. Mula rasa sakit. Midwives panggil husband untuk temankan. Diorang kata, maybe dalam pukul 12 tengah hari bersalin lah. WHATTTT?? Aku dah sakit tahap nampak muka Ish macam punching bag, dia expect lagi 6 jam baru bukak 10 cm? Sebab normally 1 jam 1 cm katanya.
Unbelieveable. Masa tu dah nampak 6 jam paling hazab dalam hidup aku.
6.30 am : Diorang bagi happy gas. Sedut sampai lalok aku dibuatnya but stilllll rasa sakit teramat sangat weyh. Doctor datang tengok CTG maybe sebab muka aku dah cam hantu kak limah menahan sakit. Dengar dia cakap 'kuat la contraction dia ni. she need painkiller'. YES I AM!! Tak terfikir langsung nak amik epidural. Tapi doctor offer, aku pun hape lagi lah. Dia pun kesian tengok result CTG aku tu kot.
7 am : Ramai pulak doctor dan midwives kua masuk kua masuk labour room aku tu. Tapi epidural nya mana???? Diorang kata tengah prepare la hape la. Rasa nak je meraung tapi aku tahan dan menangis slow2 je. Sakitnya time ni masyallah..Kemek tangan Ish aku genggam sekuat hati.
8.30 am : Baru la doctor bius sampai. Tak tau la apa yang lama sangat diorang buat sampai aku kena tunggu 2 jam dari time diorang offer epidural tu. Maybe doctor bius tu baru masuk kot sebab setahu aku diorang ni kerja office hour kalau takde appointment. So diorang suruh aku duduk dan peluk bantal untuk cucuk kat backbone. Penyek bantal tu.
8.45 am : Baru suku epidural tu masuk kat badan aku, tetibe rasa cam nak meneran sangat. Kelam kabut diroang suruh aku baring semula dan check bukaan rupanya dah 9 cm. Masa tu memang tak guna la epidural ke hape ke. Rasa bersyukur sebab tak payah tunggu sampai kul 12pm. Hoyeah!
9 am : Doctor yang tak berkaitan semua keluar dan midwives saja yang handle aku untuk bersalin. Dapat je instruction suruh ready untuk push, aku pun gunakanlah segala ilmu push dan breathing technic yang dah belajar masa attend antenatal class dulu.
9.20 am : Alhamdulillah nampak muka baby girl tenit yang bambam. Terus diorang letak kat dada. Allysha dongak tengok mommy dia pastu hisap jari. Haha baru lahir seminit dah pandai tengok macam tu ye sayang!
9.30 am : Keluarkan uri dan darah yang berketul-ketul dalam perut ni. Masa ni dah tersadai sebab lega sangat.
10 am : Diorang start menjahit tut ni. Sungguh tak ku sangka, betapa sakitnya proses jahitan tu lebih sakit dari bersalin! Ya Allah..unsangkarable tol. Tak bagi bius ke memang takde bius ke hape sebelum jahit?? Dah la jahit 3 lapisan. Gile btol la. Sangat sakit sampai aku menggagau cari balik happy gas tu. Memang meraung la.
11 am : Siap la proses jahit sulam kat bawah ni dan segala benda yang perlu. Leganya dah boleh kua labour room. Diorang bagi dukung Allysha. Hilang rasa sakit jahit tu.
12 pm : Aku terpengsan dalam toilet sebab dah kurang darah kan. Nurse tu sound 'awak ni tak boleh jalan lagi. Jangan la turun wheelchair. Nampak cam sihat sebab awak happy dapat baby, tapi badan awak lemah..nak pergi toilet bagitau nurse dulu..'' Heee.
Kesimpulannya, faktor ketakutan aku untuk second labour ni ialah :
1. Contraction yang sampai tak boleh tahan tu
2. Kesakitan masa proses jahit.
GULP! Takutnyeee..sebab ingat lagi rasa sakit tu camne..alaa..apsal tak boleh erase dari memory ni? alaa..kan best klu tak tau sakit tu camne, so tak la takut sgt.. : (
GULP! Takutnyeee..sebab ingat lagi rasa sakit tu camne..alaa..apsal tak boleh erase dari memory ni? alaa..kan best klu tak tau sakit tu camne, so tak la takut sgt.. : (
2 comments:
eh eh?? nurse x bius time jahit???
i dont think so..ramai yg bersalin kat GH pun ckp akan merasa kesakitan terlampau masa jahit..hahahha..seriau nye aku sham..
Post a Comment