Wednesday, August 29, 2012

Semak Saman Trafik (SMS)


Asyik post entry pasal bersalin je, ada pulak yang termuntah karang.
Ni nak share pasal semak saman trafik pulak lah.

Takut jadi cam sorang member ni, time nak renew road tax sebelum raya aritu, 
baru la dia check saman. Takajut beruk tetiba ada record saman total RM1,500.
Maaaakkk aiiihhhh.. Dah la seminggu lagi nak raya. Nak renew road tax, insurance, ni nak kena bayar saman dulu seribu lebih. Perghh.. Menangis dibuatnya..

So kalau anda ada masa silalah rajin check mana la tau ada saman kan.
Sempat la kumpul duit ke, appeal ke, mintak tolong member polis ke 
(masa ni memang ngaku member polis tu kawan baik kau. ahaks).

SMS je camni hah :

POLIS SAMAN [NO KAD PENGENALAN] hantar kepada 32728
contoh :  POLIS SAMAN 850711123456 hantar kepada 32728

      atau

POLIS SAMAN [NO PENDAFTARAN KENDERAAN] hantar kepada 32728
contoh :  POLIS SAMAN WRW1107 hantar kepada 32728

      Untuk maklumat detail mengenai saman-saman yang ada, taip sms :

POLIS SAMAN [no pendaftaran kenderaan] [email] hantar kepada 32728
contoh : POLIS SAMAN WRW1107 adila@yahoo.com dan hantar ke 32728


Selamat terkejuuuutttt! (dengan jumlah saman ekor yang ada)

No comments: