Tuesday, August 28, 2012

Dagu di Dada, Mata di Perut, Tangan di Keting



Then.. PUUUUUUUSSSSSSHHHH!
Bukan tangan di dada, mata ke atas ye.

Orang kena buat ikut style doctor. Jangan kau buat ikut style Afdlin Shauki pulak.

Sempena dah nak masuk bulan September yang mendebarkan ni, 
maka post aku memang lah akan banyak pasal bersalin je. 
Sorry kepada yang tak berkaitan. But it is good to share.

Step yang perlu dibuat bila dah betul-betul tiba masa nak melahirkan dan doctor pun dah bagi arahan suruh get ready sebab bukaan rahim dan 10cm ialah :
(ni aku tau masa attend antenatal class dulu)

1. Angkat kepala sehingga dagu mencecah dada
2. Mata pandang ke perut
3. Kedua-dua tangan pegang buku lali
4. Tarik  nafas panjang dan hembus dengan mulut tertutup supaya 
kita salurkan tenaga tu ke bawah cam tengah membuang time sembelit. 
Ni dah dikira teran dan jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan kita kurang tenaga dan jadi tak kuat 
5. Masa proses meneran tu juga jangan sesekali angkat punggung kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar
6. Teruskan proses meneran sehingga baby keluar. Sambil tu baca la doa Nabi Yunus, bismilah atau apa saja yang terlintas dan teran sekuat-kuat hati. 
Kalau betul caranya, normally push 3,4 kali baby dah berjaya keluar. 
Insyaalllah. Masa ni leganya hanya Allah swt saja yang tau ; )

Bagaimanapun ramai juga yang melakukan kesilapan ketika meneran. Ada yang meneran sebelum proses pembukaan sempurna. Ini akan menyebabkan berlakunya Edema (pembengkakan di mulut rahim) yang seterusnya akan menyukarkan proses bersalin selanjutnya. So, make sure bila doctor dah suruh push baru push ok.

Di samping itu ada juga yang silap dengan push ‘di leher’ dan bukannya di perut. 

Ni macam jerit atau suara je yang lebih tapi tak push cam nak buang air besar.
Akibatnya, mata akan nampak merah setelah bersalin dan kadang-kadang terjadi kebutaan sementara kerana pembuluh darah kecil di mata pecah akibat teranan di bahagian leher.
Pheww..scary..
Selain kita yang kena ready mental, fizikal dan knowledge, 
selalu jugalah ingatkan husband untuk get involve in the process.
Masa contraction time Allysha dulu tu, aku nampak Ish macam punching bag je. 
Bila dia suruh sabar,sabar,sabar, aku marah dia balik sebab geram. Orang tengah sakit ni nak sabar hapenye?! (haha tak pasal-pasal je kena marah walhal dia berniat baik)
Nasib la wahai kaum husband, anda memang tempat melepaskan geram sebab wife sakit cam nak ke hujung nyawa tau.

Eh, husband boleh tolong wife masa kita nak push tu yakni selain 
daripada selalu ingatkan kita untuk beristighfar, sabar dan tenang,
sebelah tangan husband boleh pegang bahu wife atau usap ubun-ubun
dan sebelah tangan husband lagi tekan lutut isteri untuk mengelakkan isteri mengangkat punggung semasa meneran tu
(ni biasanya wife lupa sebab dah sakit sangat, so husband kena selalu ingatkan).

2 comments:

rafizaabdrahman said...

oh.. tq2 ilmu banyak ni baca ni.. terus nervous nk bersalin, tadi rasa xsabar nk bersalin cepat, ni rasa xpala bagi ngandung lama2 skit.... heeeee....

Adila said...

hahahha..kann..memula sgt x sabar.tetibe, xpela..bebile pun boleh la..haha..