This week macam rajin pulak buat kecah kat dapur.
Rasa nak bawak breakfast untuk darling-darling kat office.
Pagi ni pukul 6 dah bangun kelentung kelentang menyudip.
Cheesy macaroni in the office yaw!
Sangat suka masak makanan yang bertemakan cepat dan mudah.
Jom la try. Senang je. Lagi senang kalau ikut recipe koboi ini.
Bahan-bahan :
Sebiji bawang besar / bawang holland dipotong cube.
3 ulas bawang putih.
Minced chicken atau sausage.
Filament crab. Ala ketam tiruan tu. Hehe.
4 slices cheddar cheese. yang orang buat makan dengan roti/burger tu ha.
2 biji tomato.
Blackpaper.
Garam.
500g elbow.
Nama elbow tapi ramai panggil macaroni. Adakah elbow sejenis macaroni?
Kekdahnya :
Rebus elbow.
Nak cepat dan tak melekat, sila tambah garam dan sedikit minyak dalam air rebusan.
Tumis bawang besar dan bawang putih.
Tambah ayam, sausage, crab.
Masukkan elbow yang dah di tos.
Tambah cheese yang dah dikoyak-koyakkan.
Tambah garam, blacpaper, dan tomato.
Done!
Senang sangatttt..
No comments:
Post a Comment