There was an error in this gadget

Tuesday, February 21, 2012

Uniquely Singapore - Part 3


I forgot to update my Singapore Trip Part 3!
Sampai dah terlupa apa yang nak di share. Haih..
Ok basically it was our second day in Singapore. 
No plan. No itinerary. No direction. But not lost = )
Our flight to KL at 9.20 pm. We had the whole day to spend. 
So we decided toooooo... 


Cekidout Mustapha Centre yang menjadi sebutan perempuans itu.
Bangun pukul 8pagi, breakfast, terus menapak ke situ sebab betul-betul depan hotel je.
Mustapha Centre operate 24 hours. So nak datang pukul berapa pun boleh ye.
Ingatkan mall camne la. Rupanya ala-ala Mydin je.
Kalau nak beli souvernirs kat sini la murah.
Ada jual baju, electric devices, chocolates, pinggan mangkuks, suuuume ada.

The second day was Thaipusam. 
Sangat tak tau rupanya Singapore pun ada celebration macam ni.
Maka pemandangan seperti ini di depan hotel sepanjang Little India.


Kat Malaysia pun tak tengok sedekat ni tau.
Jalan tunduk bawah taknak tengok cucukan-cucukan berdarah yang tak masuk akal tu.


After check out from hotel, around 12pm we decided to
just hop on hop off the MRT to finish our credit in EZ Link card.
Load SGD17 for two days. Terpaksa la habiskan.
Plus, tak tau tahun bile baru turun Singapore lagi kan.


Our first destinantion, of course lah Orchard Road!
Ah suka sangat la..Suka la sebab shopping perfume murah hoi!
Dari Little India nak pergi Orchard Road tu camne?
Tengok paper yang telah menjadi rakan karib selama dua hari.


As i mentioned before, just study their MRT route map, and follow the signs.


Dah sampai Orchard Road. Exit subway ada location map la.
So senang la tengok mall apa yang ada, nak pergi arah  mana.
Tak la ternganga sangat kan.


Main purpose was these thing.
Ferrai Red for hubbydarling.
Laju sangat pilih dan beli sebab kat KL lagi dah fikir nak beli yang mana pastu 
macam tamak semua nak amik then terus bayar.
Natijahnya, pukul 3pm dah tak tau nak pergi mana pulak.
Kak Ija suggested to visit Siloso Beach and Merlion. Kat Sentosa Island jugak. 


The interchange.
Semalam pergi USS tu naik monorail dan turun first station.
Merlion pulak turun second station, Siloso Beach turun last station.


Ada Palawan Beach jugak.
Tapi tak singgah pun. So tak tau ada apa.


Sampai je Siloso Beach station kat bawah tu ada beach tram yang pusing Siloso ni.
Excited sebab rasa macam ada driver yang tunggu mem.


Bersih dan cantik.
Bukan nak puji sangat la ye.
Tapi memang playground yang bersih.


Turun kat last stop.
Campak beg kat tepi dan terus paksa Kak Ija jadi photographer posing.


Terpegun dengan pasir putih yang bersih macam kat pulau-pulau Sabah.
Oh I miss KK so much!


Macam kena tanam separuh tak?


Ramai amik gambar bertenggek kat block ni.


We spent almost two hours here.
Siap tido bawah pokok kelapa tinggal tak pakai bikini cam mat saleh tu je.
Kalau bawak baju lebih mau dah turun pergi mandi laut plak kot.


After that, we proceed to Merlion.


Beautiful park loaded with colorful flowers.


Setiap inci tempat ni nak di amik gambar.


Klik kluk klik kluk (bunyi camera mensnap gambar),



Bersalaman dengan bunga purple yang indah.


Terdampar jap.


Nak balik tapi tetibe ternampak dragon ni pulak. So posing dulu.


Believe me. Kalau tengok dekat bunga-bunga ni sangat cantik.


Tak sedar jam dah pukul 6pm.
Homaigod! It's time to back hommeee! Yaayyy!
(masa ni belum tau nasib malang akan berdiri dalam MRT yang sangat padat lagi dasyat dari sardin selama sejam akibat gerak after office hour)


Sejam berdiri dalam MRT adalah sangat menyeksakan. Dah la baru terasa sakit kaki.
Hamboikauuu..masa berjalan-jalan tak rasa sakit pape pun. 
Bila nak balik baru la sakit hitu hini eh.


Kalau anda shopping duty free item kat mana-mana kedai above SGD100 in one receipt,
 jangan lupa redeem kat airport.
 Contohnya, we all beli perfume total SGD400++. So dapat la balik SGD40.
Ok la kan. Boleh la buat beli pape kat airport tu,


Eh, eh.. Terjumpa Victoria's Secret pulak.
Kan ada duit lebih sikit kan. Pastu dah redeem kan.
 So ape lagi, kena la habiskan duit tu beli body mist dengan body butter kan kan kan.

Heheeee..

No comments: