Something good to share
CARILAH UNTUKMU SEORANG IMAM
"Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? "
" Maybe kot. Try search kat google.."
" Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni.."
" Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid.."
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan. Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing. Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing. Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat? Kita makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah? Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup. Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya. Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya. Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.
PERKAHWINAN
Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua. Ia perjanjian sampai mati. Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut. Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua. Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai 'bab orang perempuan' yang tidak perlu diketahui oleh lelaki. Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.
" Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! "
Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab. Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami? Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya? Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?
MENCARI SEORANG IMAM
Tak kacak tak mengapa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan. Tak kaya tak mengapa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan. Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah. Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik? Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam. Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam. Ada juga yang merasakan lelaki 'berpengajian agama' itu paling baik sebagai imam. Saya geleng kepala. Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
ASALKAN DIA BAIK ?
Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya. Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik. Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak. Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah? Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat. Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama. Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu. Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Termenung sekejap baca article ni. Masa mula-mula kahwin dulu, selalu terdetik dalam hati ni rasa tak puas hati dengan suami. Itu la ini la (tak payah la nak cerita benda-benda aib camni kan?)
Terlalu banyak complaint dalam hati. Pantang suami tegur, mesti nak jawab
"eleh macam la dia tu bagus sangat! kalau bagus kenapa tak hafal surah-surah baru?"
Astragfirullahaladzim, berdosanya aku.
Macam mana suami nak jadi imam yang baik kalau aku sendiri taknak tolerate dan lembutkan hati untuk dengar nasihat dia.
Banyak kali dia bagitau sabar tu ada batasnya. Tapi degil jugak.
Aku lupa bahawa lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.
Kalau aku pun berperangai macam perempuan yang kurang didikan agama,
macam mana nak rasa syukur dengan pasangan yang dah ditakdirkan untuk aku ni dan sama-sama cuba untuk hidup dalam rahmat Allah swt?
Sebelum kahwin dulu suami ada bawak aku ke beberapa kelas agama.
Sama-sama belajar menghayati Al Quran sebagai bekalan untuk hidup berumahtangga nanti.
Tapi lepas kahwin je, aku terus taknak pergi kelas tu lagi dah walaupun suami pujuk banyak kali.
Macam-macam alasan. Aku tinggalkan ilmu penghayatan Al Quran tu.
Mungkin sebab tu la hati aku tak tenang, kosong dan terumbang ambing.
Sebab aku berpaling setelah Allah swt beri hidayah.
Natijahnya aku yang tak bahagia. Bukan salah sesiapa.
Salah diri sendiri. So, bermuhasabahlah.
Alhamdulillah beberapa bulan ni dah jarang selisih faham dengan suami.
Mungkin sebab aku lebih bersyukur. Syukur more, expect less.
Tapi kadang-kadang aku takut bila dah lama tak tempuh ujian macam ni,
nanti bila tiba-tiba di uji lagi aku akan terlalu sedih dan jatuh tersungkur.
Astragfirullah. Kenapa kena fikir macam ni?
Bukan ke Allah hanya akan menurunkan ujian yang mampu dipikul oleh hambaNya.
Dan selagi segala nawaitu itu adalah Lillahi Taala, selagi itu kita takkan rasa rugi apa-apa.
Selain bersyukur, masing-masing kena sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dengan belajar ilmu-ilmu agama yang baru, lebih menghayati Al Quran dan Sunnah, berdoa kepada Allah swt tanpa jemu.
Ya Allah, jadikanlah aku hanya mencintai Mu dan Rasulullah lebih dari segalanya.
Amin Ya Rabb.

2 comments:
I love this entry so much ^_^
me too darling
Post a Comment