Saturday, February 04, 2012

Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram


Semalam breakfast awal. Pukul 10pagi dah makan nasik lauk kari mantap mama.
Akibatnya tengahari dah taknak makan lunch. 
Tapi tetibe petang rasa sangat lapar yang melampau.
Terbayang sedapnya chicken chop HR Steak atau tomyam Shukumvit kat Kg Baru.
Call rini nak ajak join. Tetibe tersebut nak makan kat Kuala Selangor pulak.
Hah apa lagi, Aroma Ikan Bakar la!!
(Cadangan orang Kuala Selangor ini.)
Bertolak kul 7.30malam.Sampai Jeram pukul 9.00 malam.
Ikut LATAR tak la jauh sangat.

Agak mengecewakan sebab sangat ramai orang. 
15 minit tunggu, nasib baik dapat seat.

Tengok la harga yang berpatutan nih.

Hasil tangkapan kami.
Ikan kerapu, ikan pari, ketam besar 2 ekor, sotong besar 3 ekor,
 udang besar 10 ekor, kerang.
Amboii..besar2 belaka. Rini la ni, nak makan besar2 sangat!
Side order, tomyam campur, kangkung belacan, paprik campur, orange juice 1 jug.
Hah, makan macam 8 orang. Tapi sebenarnya 4 orang je.

Tunggu dengan penuh kesabaran, air luir kecur tengok lauk orang lain.
Setiap kali waiter lalu berharap je tu untuk meja kitorang. Tapi taaakkkk..

Nasib baik order kerang bakar.
Tak la lemau sangat nak tunggu lama. Appertizer kononnya.


Tak dapat meja tepi laut. Kalau tak. mesti lebih feel makan sambil tengok ombak.

After 40 minutes, ikan pari bakar sampai dulu!

Sotong goreng tepung dan tom yam.
Tom yam tu tak yah order pun tak pe. Tak luak langsung. Membazir je.

Paprik campur. 

Ketam bercili.

Kerapu 3 rasa.

Butter prawn.

Hah penuh lauk dari hujung meja ke hujung meja.
Makan sampai dah tak larat nak kunyah.
Sedap. Tak pernah mengecewakan.
Cuma semalam ketam bercili nye ada rasa pelik sket je.

Took us almost an hour to finish it all.
Tu la disadvantage kalau order time tengah lapar.
Mesti termembazir.


Total price RM160.00
Ok la kan. Banyak sangat lauk tu.

It worth the long journey.
Puas ati sangat.

Pukul 1 pagi baru sampai rumah.
Tidur terbongkang macam buaya kekenyangan natijahnya terbangun lambat hari ni.

Teringin, terliur?
Sila call nombor itu untuk buat reservation bagi mengelakkan kena terpacak lama 
berharap orang cepat habis makan dan dapat duduk kat tempat dia.

No comments: