Wednesday, May 09, 2012

Wanita Dera Bayi Sendiri?



KUALA LUMPUR: Wanita yang mendera bayi perempuannya sendiri dalam klip video yang kini tersebar di media sosial, sedang menjalani hukuman penjara kerana perbuatannya itu. 

Menurut laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini, kes itu dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan terhadap wanita itu dibuat pada hari sama.

Wanita itu kini menjalani hukuman penjara 18 bulan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Berikutan penyebaran video penderaan bayi itu, PDRM menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi itu. - BERNAMA


Serious sadis dan aku tak boleh terima. Sangat-sangat tak boleh terima. Unacceptable wild behavior towards a helpless baby. Saat ke beberapa ntah tengok video tu hati aku dah mula sebak, mata pun dah bergenang..Pastu apa lagi, berjujuran la air mata membasahi pipi dan tudung. Sampai orang tertanya apehal aku tetibe nangis kat office nih. Aku ingatkan boleh handle. Rupanya tak..

Memula aku ingatkan video tu kat nursery. Sebab memang ada babysitter yang perangai cam har gitu. Before this aku ada gak tengok nanny hidden camera. Pasal orang gaji dera anak la, abaikan baby la hape la..Tapi yang ni aku rasa sangat menyentuh perasaan sebab boleh dengar suara baby tu..Aku sangat kesian dan sedih tengok dia tersembam. Pastu cuba bangun. Pastu tersembam lagi. Pastu kena sepak terajang, cubit, tampar, tolak, cepuk, henyak..Haiiihh..Sampai dah tak dengar suara dia nangis. Rupa-rupanya..tu mak kandung dia?????????????????????????? Melopong dengar. I cant believe that people like this do exist! 

Kan best kalau ada alat merentas masa cap doraemon sebab aku nak pergi selamatkan baby tu..Aku nak pergi kat die sangat. Pas aku lempang pompuan tu sampai pengsan, aku nak amik baby tu. Nak peluk nak pujuk dia, nak cium-cium dia, nak usap-usap belakang dia..Sebab di saat tu takde lain yang baby sekecil tu nak melainkan perlindungan dan pujukan..Dapat bayangkan pas baby tu penat nangis, kita bagi die susu, then mesti die tertido lena..Kesiannya..

As expected, malam tadi sebelum tido memang aku terbayang-bayang video tu. Sangat mental tortured..Sangat mentally traumatized. Sangat teringat-ingat terbayang-bayang. Memang ye la, tak boleh erase..Kalau la banyak lagi video jenis-jenis camni yang aku terrrrrtengok, lama-lama aku yg sewel kot..

Dah la..aku doakan semoga baby ni dapat perlindungan, kasih sayang, perhatian yang cukup selama dia membesar. Walaupun bukan dari makpak kandung yang lebih baik pergi mampos tu, aku harap ada la yang boleh jaga dia seikhlas hati sampai bila-bila..

Nak..kalau makcik mampu kan nak..makcik nak jaga awak tau..Awak boleh kawan dengan Allysha dan adik-adik die..Kita spend time together, makan sama-sama, main peluk-peluk, main kiss-kiss, main tickle-tickle, main peek a boo, etc..We can create a good childhood memories..Because you deserve a better life better environment better future, unknown baby..Really pray the best for you..



No comments: