There was an error in this gadget

Tuesday, May 22, 2012

Sate Minang / Padang



Am really craving for sate minang.
One of an authentic Indonesian Cuisine.
Ni tahap teringin nak makan yang sesangatnye sampai selagi tak dapat,
akan terbayang-bayang, makan tak lalu tidur tak lena (eleh macam ye). 
No seriously memang sangat mahu makan sate minang.

Kenapa nak teringin sangat? Sedap sangat ke? Best sangat ke? 
Sebab tekak aku rasa sangat best lah. Tapi untuk orang yang tahan pedas sahaja.
Sate yang dimakan dengan nasi impit dan kuah pedas yang unik dan sedap. 
Heaven for me k. Perghh type ni pun dah meleleh elio!



Kalau dulu boleh beli kat Pekan Batu 9 Cheras. Tapi pergi hari tu dia tutup. 
Tak tau lah tutup sebba cuti ke atau dah takkan berniaga lagi. Frust!

Pastu jumpa port lain, Restoran Garuda yang jual makanan padang kat Gombak.
 Kalau balik Rawang akan singgah situ untuk tapau sate minang. 
Tapi ni dah percubaan kali ke 5 singgah Restoran Garuda tu at last diorang ngaku yang diorang dah tak jual sate minang lagi.

Whattttt?? But whyyyyyyyyy?? Tau tak betapa frustnya customer yang dah setahun mengidam sate minang nih?? (goncang kolar pekerja restoran).
Selama ni aku sabar je ingatkan takde rezeki time datang dah habis, rupanya dah tutup terus! Buat penat je pergi banyak kali dan berharap. Cis!

Pernah juga beli kat pakcik moto kat Kampung Baru tapi dia juga selalu mengecewakan sebab kekadang ada kekadang takde ikut sukati dia
(boleh tak anda sebagai peniaga ni berniaga secara konsisten? Haih).

Tetibe ari ni baru tau ada satu lagi kedai jual sate minang baeekk punya kat Kg Baru jugak. Restoran Rose katanya. Located at Jalan Raja Alang. 
Simpang 4 masjid Kg Baru. Kat tapak Bazar Ramdhan.
Dah ajak Husband untuk pergi cekidout balik ni. 

Tapi taknak lah berharap sangat takut frust untuk kesekian kalinya
(walhal dah bape litre telan air liur sebab sangat teringin maka sangatlah berharap okeh).
Hopefully ada rezeki makan sate minang hari ni setelah setahun tahan. Insyaallah. 
Kalau takde, jangan lah sedih sangat ye Adila..


p/s : tidur senyum malam tadi..kiss husband banyak2 
sebab berjaya mendapatkan makanan idaman petang semalam. 

1 comment:

Anonymous said...

Salam...Kalo na beli sate kt pak cik moto tuu...Kene datang awal kak...Pasal sate kt sane cepat habis...kalo na try datnglaa...saya tunggu k...hehehehe...PROMOTE FOR TRULLY TASTE OF SATE PADANG@MINANG...