There was an error in this gadget

Tuesday, May 22, 2012

Surah Amalan Ibu Mengandung



Alhamdulillah start pregnant Allysha 
aku ada amalkan surah-surah specific yang sesuai untuk ibu mengandung. 
Same goes with my second pregnancy. 

Tapi agak mencabar sikit lah nak membaca sekarang ni sebab Allysha pantang tengok mommy pegang Al Quran, dia pun mesti nak jugak pastu main selak-selak. 
Berminat ke atau menyebok je sayang? 

Insyaallah kalau ada kelapangan nak ajar Allysha lebih awal untuk kenal ayat-ayat Al Quran.
Supaya lapang dada dia terima ilmu yang lain.
Amin Ya Rabbal Alamin..

Ok kat bawah ni list surah-surah yang elok diamalkan selalu oleh ibu mengandung.
Kalau baca Al Quran, jangan lupa baca terjemahannya sekali ye.
Kalau faham kan, lebih terkesan di hati.



1.Surah al-Fatihah
   -Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan. 

2.Surah Maryam 
   – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat. 

3.Surah Luqman 
   – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.

4.Surah Yusuf 
   – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.

5.Surah Hujurat 
   – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.

6.Surah Yaasin 
   – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

7.Surah Taubah 
   – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.

8.Surah an-Nahl 
   – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin. 


Ni pulak list ayat-ayat specific yang boleh diamalakan sebagai doa.


1. Doa memohon rahmat - Surah Ali 'Imran, 3: 8-9

2. Doa memohon zuriat yang baik - Surah Ali 'Imran, 3: 38

3. Doa agar anak mengerjakan solat - Surah Ibrahim, 14: 40-41

(ada banyak lagi, tapi kena check kat AQ kat rumah)


Seeloknya siap-siap tandakan setiap surah dan potongan ayat ni kat Al Quran kita pastu tulis kelebihannya sekali menggunakan sticky note.
Senang nak cari, sennag nak selak kan..

Jom sama-sama cuba untuk baca Al Quran setiap hari sebanyak ayat yang boleh!
Insyaallah, semoga Allah swt mmeberkati hambaNya yang berusaha. Amin.

No comments: