Thursday, May 31, 2012

Tips Latih Bayi Berjalan



Sekarang tengah trend Allysha busy berjalan. Alhamdulillah bersyukur sangat. 
Belum setahun lagi dah jalan ke hulu ke hilir. Girl mommy dah besar laaaa..



Actually, parents la yang bertanggungjawab dan perlu active latih baby berjalan. 
Kalau parents tak rajin ajar baby tatih, baby pun tak berani nak start jalan kan.

Biasanya sampai je rumah, lepas letak beg kitorang akan bawak Allysha tawaf satu rumah. Allysha nak kitorang dukung dia, so dukung jugak la dalam 5 minit, then letak bawah balik untuk pimpin dia berjalan pulak. Practice make perfect.

Nak suruh start, agak payah. Tapi bila dah mula, memang taknak stop jalan. 
Untuk galakkan dia bangun dan suka nak jalan, Ish main hide and seek. 
Ish panggil dia pastu nyorok. Allysha akan tarik mommy untuk carik papa dia. 
Now, Allysha dah tak ajak mommy bila main ngan papa. 
Sebab Allysha dah boleh jalan sendiri! Yay! Alaaaa tapi mommy nak joinnn..hehe..

Tips untuk melatih baby berjalan.

1.  Kurangkan letak anak dalam baby walker. Bila dah lebih 10 bulan, rajin-rajin letak baby kat bawah dan biar dia main / berusaha untuk bangun sendiri bila nak bergerak. 
Kalau selalu sangat dalam walker akan menyebabkan baby malas dan lack of confidence.

2.  Masa ajar anak berjalan, biarkan kaki baby tanpa stoking / kasut. Ni untuk memudahkan baby kita menyeimbangkan badan dan mengawal pergerakan. 
Lagipun baby boleh rasa jari-jari dia grab lantai dan dia akan lebih confidence bertatih.

3.  Baby akan lebih cepat berjalan kalau selalu practice dengan parents dia. Rajin-rajin lah bawak anak tatih tawaf satu rumah. Mula-mula main tatih 3,4 langkah dengan dibantu oleh sorang lagi yang akan sambut baby. Then boleh start jalan dengan memegang kedua2 tangan dia. Jalan la dari jung sini ke hujung sana. Memang sakit pinggang dibuatnya. 
So ajak la husband pegang tangan baby lagi sebelah. Pastu latih baby pegang satu tangan je pulak. Baby akan berusaha nak pegang kita balik. Try untuk ajar dia jadi berani jalan dengan pegang sebelah tangan je. Kemudian lepaskan tangan lagi sebelah dan biar dia tatih sorang-sorang. Tapi parents kena standby untuk sambut la sebab baby senang sangat jatuh time baru-baru jalan tak pegang pape nih.

4.  Main sambil ajar anak jalan. Macam dah bagitau tadi, Allysha suka main hide and seek. 
So papa akan panggil Allysha dan menyorok. Allysha akan carik papa. 
Memula memang dia merangkak. Tak pun, tarik mommy untuk cari papa dia.
Tapi bila dia tak sabar, dia bangun, berdiri dan jalan pegang dinding. 
Sambil tergelak-gelak dia tak sedar dia dah jalan lepas tangan, makin lama makin laju.

5.  Make sure surrounding selamat untuk baby. Kalau boleh, ajar anak jalan atas tikar / carpet. Sebab time ni senang sangat terjatuh, tergolek, terlentang. Avoid main atas lantai yang keras dan licin. Pastikan takde barang-barang yang berbahaya jugak ye. 
Kalau asyik jatuh dan sakit dan menangis nanti lama-lama baby jadi trauma nak berjalan lagi. Kena bagi semangat lebih la.

Tapi setiap baby mempunyai development yang berbeza. It is normal kalau ada baby yang start jalan awal, seawal 10/11 bulan. Ada juga yang agak lambat dalam 1 tahun 2 bulan-5 bulan. Kalau dah masuk 1 tahun 6 bulan bulan tapi baby tak boleh start berjalan lagi walaupun dengan sokongan, barulah anda perlu jumpa doctor untuk consultation kerana baby mungkin mengalami beberapa masalah kesihatan.

Selamat berjalan-jalan dengan babyyyyy!

No comments: