There was an error in this gadget

Wednesday, May 02, 2012

Petua Hati Yang Empty


Sempena menjawab persoalan kipas-susah-mati i di twitter (wah bajet retisss)

Dulu aku selalu jugak rasa empty nih..
Masa belum kahwin, walaupun single takdela rasa empty sangat.
Tapi bila dah kahwin (terutama masa setahun pertama), 
selalu sangat rasa kosong la boring la husband tak sayang la hape la.

Masa pregnant pertama, selalu berdrama dengan Ish 
 "Ish tak sayang Ya kan? Ya dapat rasa Ish tak sayang Ya..My heart is empty.."
Wah, empty kejadah hape? Saje je melayan hasutan syaitan kan? Sape suruh?

Ikutkan takdenye nak empty bagai ni..
Kan dah ada kehidupan baru. Ada suami. Ada family in law. Ada anak. Anak-anak. Ada gaji (walaupun tak banyak cam dulu, tapi ada and it's better than nothing)

Tapi kenapa rasa empty?
Ada dua sebab utama.

1. Tak bersyukur
2. Jauh dari Allah swt

Serious. It happened to me. And till now kalau terleka, it will happen again.

So petua untuk hati yang empty ni senang je

1. Jadilah insan yang bersyukur 

- Tengok orang lain yang lebih susah dari kita, orang lain yang kurang bernasib baik, yang tak sempurna anggota, yang hidup susah, yang berpenyakit, yang sebatang kara, yang diuji dengan ujian yang berat, yang itu yang ini...
Takkan tak bersyukur lagi? Kalau Allah swt tetibe uji kita, sanggup tak? Tak kan? 
It's better to be like us right now..Maka bersyukurlah..

Jangan compare dengan orang yang lagi kaya/lagi banyak harta benda berbanding kita untuk mengelakkan perasaan jelous dan rasa tak best. 
JANGAN COMPARE dengan mereka ini ok. Untuk self motivation boleh la. But it has a limit. 
Jangan sampai iri hati dan mental down. Bersyukurlah dengan apa yang ada..

2. Dekatkan diri dengan Allah swt. 

- Jangan lah lupa segala nikmat yang kita ada adalah kurniaan dari Allah swt. 
Kalau Allah swt tak izinkan, maka kita tak dapat pun apa yang kita ada sekarang. 
Semua orang/benda milik Dia. Kita pinjam je. So for whatever reason, we MUST love Allah swt more than everything. And of course also Rasulullah saw.

Kalau kita ingat yang Allah swt ada dimana-mana/ Allah swt sentiasa memerhatikan kita / Allah swt pemilik semua yang di dunia ni / Allah swt lebih tau apa yang terbaik untuk kita / Allah swt ada sesuatu yang lebih hebat untuk kita berbanding apa yang kita idamkan, mesti tak rasa empty sangat.

Dalam hati kita sepatutnya ada Allah swt. Sentiasa ingat Allah. Sentiasa utamakan Allah.
Then barulah orang / perkara lain. 
(ni peringatan / nasihat untuk diri sendiri. Kalau kak Elly baca, mesti meluat. haks.. tak padan dengan perangai sebenar, nak nasihat orang konon. 
But well, ada orang kata, jangan dipandang pada pemberi nasihat,
 tapi dengarlah apa yang dinasihatkannya..)

Nak dekatkan diri dengan Allah swt melalu ibadah lah.
Yang wajib, dilaksanakan sebaik mungkin dan ditambah nilainya supaya makin mantop 
(Ust Zamri pulak)
Yang sunat, diperbanyakkan. Solat malam, solat dhuha, bacaan tafsir Al Quran, dsbg.
Aku pun tengah mendidik diri nak solat malam dan dhuha. Solat malam ni kalau Allysha nak menyusu, kadang-kadang paksakan diri nak amik wudhu'. Memang malas. Tapi cubalah. 
Agak berat bagi aku yang sayangkan tidur. Tapi akan cuba lagi.
Solat dhuha, weekdays memang malas nak remove make up kan. So cuba buat time weekend. Pas breakfast, kemas-kemas sume tu, boleh la solat dhuha sekejap..
Dan macam-macam lagi lah. 

Konklusinya, jika hati merasa kosong, bolehlah amalkan petua ini :

1. Bersyukur
2. Mencintai Allah swt lebih dari segalanya.

(sorry ayat sangat berterabur. sambil berborak sambil menaip.)

1 comment:

ilyia nur ab rahman said...

bestnye kamu ade kipas susah mati..thanx darlingss!!!