There was an error in this gadget

Thursday, May 10, 2012

Resepi Ayam Goreng Kunyit


Hasrat nak buat chocolate maltesers cake malam ni tak kesampaian akibat ketandusan maltesers kat Hero. Alaaaa..kalau pergi Tesco tadi mesti ada..

Takpela..Buat cake itu this weekend saje.
Malah boleh la bagi kat my mom sempena birthday beliau 17 May nanti.
Kita celebrate in advance lah sebab next weekend gonna be busy..

Masa tengah melayan kehampaan kat Hero, tetibe teringat lak kat lori Mat Rock yang kitorang nampak kat Lembaga Getah tadi. 
Ingakan hape la yang orang q pepanjang tetengah panas tuh.
Rupanya nasi + ayam goreng kunyit cap Mat Rock daa..
Kalau belum makan masa lalu tadi, mau aku pun terpedaya dan ter q sama.
Nasib baik dah kenyang..

Special sangat ke ayam kunyit si Mat Rock tuh?
Kena try jugak 1 hari nanti..

So, malam ni nak gantikan aktiviti membuat cake dengan memasak ayam goreng kunyit lah.
Dasar perempuan. Pantang nampak mesti nak! Takpelah..at least i masak sendiri..


Kari bawal Mama diserikan lagi dengan ayam kunyit ini..

Wallah! Resepi simple yang sedap..
Only 15 minutes to prepare. Kalau ayam tak beku lah ye..


Meh nak kongsikan resepi campak-campak ini.

Bahan-bahan (untuk 300g ayam / 2-3 orang makan) :

Isi ayam
2 sudu kunyit
1 sudu kecil garam
(diperap dan digoreng terlebih dahulu)

2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3-4 tangkai cili padi
1 tangkai cili merah
(dihiris)

sedikit kacang panjang
sedikit daun kucai
sedikit carrot
sedikit bunga kobis
sukati lah nak tambah sayur apa lagi
(dipotong kecil)

Kekdahnye :

1. Goreng ayam yang diperap dengan kunyit sehingga garing dan ketepikan.
2. Goreng bahan yang dihiris sehingga kekuningan.
3. Masukkan sayur campur dan goreng sehingga hampir masak.
4. Masukkan ayam kunyit yang dah digoreng memula tadi.
5. Tambahkan garam sikit lagi kalau tak cukup masin.

Dah siap!
Sangat layan jika dimakan dengan nasi panas dan kicap manis kipas udang. ; )

Selamat Mencuba!!
..

1 comment:

SF Beauty (Sentul) said...

SEDAP KAK NASI AYAM GORENG MAT ROCK..SY DLU KEJE KAT KL BDEKATAN NGN JALAN TGH TU...JLN P. RAMLEE.. MEMANG SDAP..WPON KUAH KICAP BOTOL JER...AYM DIA GAUL DGN SMBAL BELACAN ..WALLAH....