Wednesday, July 25, 2012

Master oh Master oh Master - Part 4


Alhamdulillah, syukur nikmatNya.
Malu aku pada Allah swt.
Ibadah masih macam dulu. Takde penambahan sangat pun.
Malah selalu lupa tanggungjawab sebagai hambaNya.
Yang wajib pun berani tinggalkan, apetah lagi nak buat yang sunat.
Astargfirullahalazim.

Tapii..setiap apa yang aku panjatkan doa, dah termakbul.
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
Betul la apa yang aku dengar, doa orang yang berpuasa cepat dikabulkan 
oleh Allah swt yang Maha pemurah.

1) Orang yang berada dalam kesusahan:-
“Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti menguasai bumi? Adakah sebarang Tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati.” (an-Naml:62)

2) Anak soleh yang taat kepada ibu bapa:-
Diriwayatkan daripada Umar r.a, bahawa baginda pernah berkata mengenai Uwais bin ‘Amir: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya): “Akan datang kepada kamu Uwais bersama rombongan dari Yaman. Dia pernah ditimpa sopak lalu dia sembuh melainkan satu tempat sebesar wang satu dirham. Dia memiliki ibu yang sangat ditaatinya. Jika dia berdoa pasti Allah S.W.T akan memakbulkan, jika boleh, kamu mintalah kepadanya agar didoakan bagi kamu.” (Riwayat Ahmad)

3) Ibu bapa kepada anak dan orang bermusafir:-
Nabi s.a.w bersabda melalui hadis bermaksud: “Tiga doa yang pasti dimakbulkan Allah iaitu doa seorang bapa (dan ibu), doa orang yang bermusafir dan doa orang yang dizalimi.” (Riwayat Abu Daud)

4) Orang yang berpuasa hingga berbuka dan pemimpin yang adil:-
Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka, iaitu doa seorang yang berpuasa hingga dia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi. Doa-doa mereka itu diangkat Allah ke atas awan, lalu dibuka pintu-pintu langit, Allah s.w.t akan berfirman: Demi kemulian-Ku, Aku akan menolongmu…” (Riwayat Tirmidzi)

5) Orang dizalimi:-
Nabi s.a.w bersabda kepada Muaz bin Jabal r.a ketika mengutusnya ke Yaman: “Takutilah kamu doa orang yang dizalimi kerana tiadalah sesuatu penghalang antara doanya itu dengan Allah S.W.T.” (Riwayat al-Bukhari)

6) Doa seseorang muslim buat saudaranya tanpa diketahuinya:-
Umm Darda’ r.a meriwayatkan hadis, bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda: “Sesiapa yang berdoa untuk saudaranya di belakangnya (tanpa pengetahuannya), maka malaikat yang diwakilkan kepadanya akan berkata, amin dan bagimu sama dengan apa yang kamu mohonkan itu.




Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan? ; 
which of ALLAH favors will u deny?’
(ar Rahman)

Ya Allah, jadikanlah aku dan orang di sekelilingku hambaMu yang sentiasa bersyukur 
dan berusaha menjadi insan-insan beriman dan bertaqwa.

Dalam ayat 186 Allah SWT berfirman: 
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ 
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku, Maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

So kawan-kawan, jom kita banyak-banyak berdoa pada Allah swt sempena bulan mulia ni.
Kalau bukan minta pada Nya, nak minta pada sape lagi??

Tapi ingat, Allah kabul doa dengan tiga cara: 

Pertama: Allah perkenankan doa sebagaimana yang dipinta oleh hamba. Misalnya seseorang berdoa untuk dapat anugerah cemerlang atau naik pangkat. Dia dapat sebagaimana yang dihajatkan. 

Kedua: Allah kabulkan dengan cara menggantikannya dengan yang lebih baik. Misalnya seseorang berdoa untuk dapat anugerah cemerlang atau naik pangkat. Allah tak beri sebagaimana yang dipinta tetapi diberikannya yang lebih baik. 

Mungkin jika dia naik pangkat maka dia kena pindah berjauhan dari pasangan masing-masing yang boleh menyebabkan perceraian atau suami kahwin lain sebab isteri kejar pangkat. 

Ketiga: Allah simpan doa itu sebagai pahala yang akan dia rasa nikmatnya pada hari akhirat kelak. Bagi orang mukmin mereka akan berebut untuk mendapat bahagian di akhirat. 

So, jangan give up atau sedih jika apa yang kita mahukan kita rasa tak dapat.
Allah mungkin dah bagi yang lain lebih baik, tapi kita je tak sedar..

1 comment:

Joannfoca said...

salam Puan, apakah step yg betul utk mendapatkan MyBrain loan ini? sy juga bercadang membuat program Master di Uitm tahun ini. Terima kasih atas nasihat Puan.