Wednesday, July 04, 2012

Allergy


Makcikkepochi-Allysha terkena infection natang hape ntah ni.


At first cam ada pimple kat tepi dagu Allysha.
Terus bawak gi clinic. Doctor kata allergy susu.
Logic sangat sebab time ni, kitorang baru tukar susu dia dari Friso ke S26.
Pastu doctor bagi ubat sapu yang ada antibitoic cam dalam gambar atas tu.


Lepas tukar susu Friso balik, bintik merah Allysha tu makin besar pulak.
Lama-lama melepuh pastu berair pastu berkudis cam kena cucuh puntung rokok.


Cian baby poshproit mommy ni..


Kelmarin, kitorang sangat terrrkeeejjut sebab bintik tu
 dah jadi banyak kat sekitar mulut dia cam gambar sape ntah ni hah!
Tetibe je makin banyak lak bintik pastu melepuh. Tapi kat kawasan mulut je. 
Tempat lain memang takde. Tak taulah belum tumbuh ke ape.

Papa dah bawak Allysha pergi clinic lagi skali semalam. 
Doctor kata sebab viral and bacteria.
(jawapan cliche tapi terima jelah sebab doctor memane pun bagi jawapan lebih kurang) 
Biasalah baby suka merayap masuk je benda tak patut dalam mulut dia. 
Kan dah kena infection. Tapi tak serious sangat la. Alhamdulillah. 
Hopefully cepat la ok lepas makan ubat.

Sempat google tadi, bintik melepuh ni juga adalah petanda penyak kaki tangan dan mulut 
yang biasa kena dekat baby sehingga umur 5 tahun. (HFMD)

Ni info pasal HFMD :

Definisi dan Penyebab


HMFD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat di dalam usus. Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71.

HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 and enterovirus 71. Coxsackievirus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya.

HFMD disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah lebih merbahaya dan menyebabkan kematian. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningitis), Jangkitan otak (encephalitis), masalah jantung (myocarditis) dan jangkitan paru-paru berair.

Cara jangkitan

HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.

Gejala Penyakit

HFMD datang dengan tumbuh ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain.

Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.

Di antara banyak virus penyebab HFMD, virus yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 27 orang kanak-kanak di Sarawak daripada 34 kematian pada tahun 1997.

Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-

• Demam.
• Tidak mahu makan dan kurang kencing.
• Bernafas kencang.
• Muntah-muntah.
• Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.
• Sawan


Perawatan HFMD.

HFMD biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja.

Perawatan simptomatik diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. Ini bermaksud menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, Meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya. Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut.

ANTIBIOTIK tidak perlu digunakan di dalam kebanyakan kes.

Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain.



Bersyukur Allysha tak demam dan takde simptom yang lain tu.
Ni pun lepuh-lepuh merah kat mulut dia dah kering. Leganyaaa..

3 comments:

Anonymous said...

dilla cube try krim dr shaklee..herbal blend..

Adila said...

tu utk ape?sapu ke?ok nt nk crk..

Anonymous said...

haah..utk sapu..google jer dl,bc feedback pgguna sblm ni mcm bagus,dh try utk ruam my bby,dlm 2 hari dah ilang,mn la tau utk pykt alysha tu pun sesuai