Monday, June 18, 2012

Resepi Durian Pancake / Bantal Durian


Assalammualaikum..Hi everybody!
Tak habis-habis entry pasal durian kan? Punya lah tengah gila doyan sangat ni haaahhh..
Alaa..this time nak share resepi durian pancake ngan u ols.
Ramai yang tanya apakah resepinya setelah i ols mengepost 
gambar homemade durian pancake kat fb.

Durian pancake ni sangat sedap (kepada pencinta durian sahaja) tau..
Bayangkan kita makan durian gebuz muluz lemak maniz lembut terus masuk dalam mulut.
Tak payah sebok nak buang biji dia kan..Heaven sangat..Errrmmm...
Delicious pleasant fine durian melt in your mouth not in your hand gitew..

Usually beli kat Mid Valley tapi selalu je sold out.
Mak buyong sangat sensitif kalau tak dapat makan makanan idaman.
Untuk tak mengecewakan diri sendiri, terfikir cam nak buat sendiri je.
Sebab sangat confident tak susah nak buat pancake ni.

Memula sesaje google dan terjumpa tutorial camni.

Oh hoooo..camtu..

Cekidout kat dapur, bahan-bahan basic ada, so boleh la try buat.
Resepi i ols as usual, resepi koboi sebab ada je yang nak di adjust ikut kesesuaian.
But stilll..jadi okeh..

Bahan-bahan filling pancake :

Isi durian
Whipped cream (guna yang dalam tin je senang. Tinggal picit je)

Bahan-bahan kulit pancake :

3 biji telur
2 sb susu pekat manis
1 sb butter
1 sk esen vanilla.
3 sb tepung gandum.

Ni boleh la dapat dalam 8-10 helai kulit pancake.
Kalau nak tambah, 1 biji telur = 1 sudu tepung.
Susu ngan butter tu agak-agak la. 
Oh ye, kalau butter unsalted kena letak secubit garam ye.

Kekdahnya :

1. Blend semua bahan kecuali tepung selama 2-3 minit.
Kemudian masukkan tepung yang dah diayak dan blender lagi sehingga sebati.
2. Panaskan non sticky pan selama 5 minit. Tak payah letak minyak ke ape sebab bancuhan kita dan ada butter yang sedia berminyak tu kan. Api kecil-sederhana ye.
3. Curahkan 2-3 sudu bancuhan tadi ke atas pan dan goyang-goyangkan pan 
supaya bancuhan rata secara neutral. As thin as you can. About 1-2 minutes. 
Tak perlu terbalikkan kulit tu tau.
Jangan pakai sudu/sudip untuk dapatkan kulit yang cantik. Biar dia masak rata neutrally.
4. Bila kulit dan agak masak dan tepi dia cam dah kering sikit, 
korek sikit bahagian tepi dengan sudu/sudip.
Angkat kulit yang dah jadi tu laju-laju dengan tangan untuk mengelakkan terkoyak.
FYI, bahagian atas kulit yang kita masak dalam pan tu adalah bahagian luar kulit pancake.
Sebab tu cantik je cam gambar kat bawah ni hah.
5. Bila kulit dah sejuk, picit whipped cream dan letakkan isi durian. Letak banyak-banyak.
6. Kemudian lipat cam gambar kat bawah ni jugak.


Haaaa..dah jadik! Cantik kan color dia. No artificial color added.
Tu kuning telur original u ols.


Buat banyak-banyak lagi. Practice make perfect.
Memula maybe susah nak dapat kulit yang nipis dan tak koyak.
Tapi bila try bancuhan ke 2 ke 3, insyaallah dapat yang almost perfect.


Macam yang they ols jual ni kan..

Selamat mencubaaa!


5 comments:

Anonymous said...

menggoda tekak aku pagi2 ni...ko kijam..(adik)

Adila said...

adik..aku yakin ko blh buat sendiri..sgt senang! (rasanya kat melaka xde jual kan?)

Anonymous said...

xde kot..dh lame nengok bnda ni tp xpnh dpt mkn..aku dh 3bln lebih cuti masak.evening sickness.haha

Adila said...

ala!buat je la sendiri!melaka tgh byk doyan! tu evening je kan..afternoon blh msk lg..sile jgn bg alasan..

Coolleen said...

Best giler