Friday, October 19, 2012

Baby Aisy Kerap Muntah Lepas Menyusu


Betul la kata orang, lain baby lain experience. Dari dalam perut lagi.
Teringat masa pregnant Allysha dulu, mual muntah pening tak larat sampai bulan ke 5.
Masa tu ramai cakap 'Takpe..kalau dah susah awal2, nanti nak bersalin senang..'
Time Aisy pulak, langsung takde simptom preggo. 9 bulan, rilex je.
Ada jugak terfikir, 'Aik, takde masalah time pregnant, nanti nak bersalin susah ke?Alaa..'
Alhamdulillah, proses bersalin Aisy lagi cepat dari kakak.

Dugaannya lepas lahir la pulak. Baby Aisy G6PD. 
Kena monitor lebih dari biasa sebab senang kena jaundice. Nasib baik tak. 
Tapi, baby Aisy kerap muntah. Sangat banyak. Banyak yang sangat.
Muntah sampai kena salin baju sehari 6 kali. Pastu bantal, tilam, memang lencun.
Tak ke risau..Risau sangat okeh. Pernah tanya doctor masa warded dulu.
Dia suruh make sure Aisy burp. Ok..memang akan diburpkan. Tapi Aisy muntah jugak.

Bila tanya Mak ngan Mama, cakap Aisy kembung.
Tapi walaupun dah tuam, Aisy tetap kerap muntah. Membak-buak.
Tanya Makcik Bidan, pun dia suruh tuam jugak. Tuam la banyak mana pun, Aisy tetap muntah. Kalau sikit meleleh takpe, ni menyembur. Panic dibuatnya.
Sampai Mommy Papa Opah Mama risau sangat kat Aisy.

Teringat nak google pasal ni semalam. Dan terjumpa ini.

Muntah Yang Kuat

Ada kalanya seseorang bayi muntah dengan kuat sehingga muntahnya terluah jauh. Sekiranya bayi anda berkeadaan begini pada 2 penyusuan berturut-turut, segera bawa bayi anda ke hospital atau klinik berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.

Punca dia mengeluarkan sebahagian besar penyusuannya diekori oleh sendawa angin yang banyak setiap kali penyusuan dan dia kelihatan sentiasa lapar, bayi anda mungkin mengalami suatu keadaan yang dipanggil pilorik stenosis, masalah usus (saluran usus terhalang).

Masalah ini sering dikaitkan dengan keturunan dan biasa menulari bayi ketika berusia 2 hingga 8 minggu. Sekiranya bayi anda mengalami keadaan ini dia memerlukan pembedahan kecil.


Cukup untuk buat Mommy Papa mengglabah pukul 11 malam.
Papa ajak pergi hospital terus. Sebab simptom memang sama ngan Aisy.
Dia menyusu banyak tapi asyik muntah menjeluak je sampai lencun.
Ya Allah risau teramat sangat bila terbaca banyak article menakutkan.
Paling dikesalkan, dah masuk 20 hari baru nak goggle dan nak refer hospital.

So pukul 11.45 malam tadi sampai hospital.
Patient tak ramai tapi tunggu turn sampai dekat 2 jam.
Kul 1.30 pagi baru dapat masuk bilik doctor. Doctor interview dan check Aisy.
Tunggu 10 minit. Sangat nervous masa nih. Ini jawapan dia.

'Ok, parents don't have to worry. Saya dah discuss dengan boss, baby ok sebenarnya.
Sebab baby gain weight. 20 days dah 5kg (surprised!).
Kalau berat dia kurang, baru la kena risau sebab mungkin ada masalah lain.
Lagipun baby tak pucat, bernafas dengan baik, air kecil air besar pun normal.
Baby muntah tu sebab dia overfed. Banyak sangat dia menyusu ni.
Baby memang sentiasa nak susu je. Tapi size perut tu cuma besar coin 5 posen.
Tak boleh nak tampung susu yang banyak. Sebab dia termuntah. Normal.
So kena control lah. Jangan bagi kerap. Sepatutnya baby menyusu 1-2 jam sekali je.
Baby menangis pun tak semestinya nak susu. Mungkin dia terkejut ke, nak bau ibu ke.
So cuba cara lain untuk tenangkan dia sebelum bagi susu k..Dont worry..'

Syukur..Lega sangat..
Memang ye. Mommy kerap menyusukan Aisy. Aisy merengek je terus bagi nenen.
Lagipun dah terbiasa kat ward dulu doctor dan nurse selalu pesan kena kerap menyusu baby untuk elak jaundice atau masalah lain. Breast milk is the king of all medicine for baby.
Ok, ok..understood. Kena bagi susu ikut keperluan dia saja ye..

Hari ni try kurangkan breastfeed. Sejam sekali. Bila Aisy nangis walhal baru pas menyusu, 
mommy dodoi-dodoi dia dulu. Buat apa yang patut supaya dia tertidur balik. 
Mommy siap beli rocker baru untuk Aisy. Bila Aisy tidur atas rocker, 
kepala Aisy lebih tinggi dari perut, so boleh kurangkan possibility termuntah.



Alhamdulillah. Hari ni Aisy muntah 2 kali je. Before this sehari lebih 10 kali.
Haaa.. Tukar baju pun 3 kali je. Pheww..lega..




5 comments:

Sh@MytO said...

uiiii.....fesyen rambut die ala mohawk jer....hehe

~inna~ said...

dila..hayyan pon slalu muntah sembur2...menakutkn..slalu aku panic smpi tercengang xtau wtpe..tp bila control susu dia plg cpt pon 1jam lbih br ok sket...

~inna~ said...

dila..hayyan pon slalu muntah sembur2...menakutkn..slalu aku panic smpi tercengang xtau wtpe..tp bila control susu dia plg cpt pon 1jam lbih br ok sket...

sheila mutalib said...

Sy tgh pantang ank no2 ni.. Kerap sgt dia muntah.. Tu yg menggoogle sampai ke sini..

Thank sharing awak.. Mentua sy kata baby nak cepat besar.. Tu yg kerap muntah.. Tp xpela.. Selagi berat dia bertambah dan aktif, insyaAllah xde pape.. Kan...

Unknown said...

Tapi kalau bayi Lelaki cmne plk yeah
sbb bayi sy kuat mnyusu tapi muntah susu kdng2 2 3 Kali muntah susu n seminggu tk buang air besar...buang air kecil byk jgk...perut tk kembung tapi kerap kentut sbb sy lepas2 mndikn dye sy urut2 ...normal tk yea