Wednesday, October 24, 2012

Penyusuan Eksklusif Sehingga 6 Bulan


Mampukah? Masa Allysha dulu, berjaya! Tapi Aisy..hmm..
Aisy banyak menyusu. Tapi banyak jugak muntah.
Pastu bila nak muntah, mesti merengek, menangis.
MIL panic, suh bagi makan nestum. Allaaaa..ni yang lemah niii..
Bagi air kosong pun doctor kata tak boleh, apetah lagi nak bagi nestum.
Never thought that 1 day i'll face this kind of dilemma.
Kenapa mak-mak, makcik-makcik ramai camtu?


  • Anggapan bahawa bayi kelihatan bersedia untuk makan dari mulutnya yang mencari-cari sesuatu
  • Anggapan bahawa bayi lapar
  • Anggapan bahawa perut bayi akan lebih kuat sekiranya diberi makan lebih awal.
  • Anggapan bahawa bayi akan lebih kenyang dan tidur lebih lena jika diberi makan.
Sayangnya anggapan di atas salah sama sekali. Malah, bayi di bawah umur 6 bulan belum sesuai diberi sebarang makanan kerana:

1. Sistem penghadaman yang belum matang

Sistem penghadaman bayi di bawah 6 bulan masih terlalu muda dan belum bersedia untuk memecahkan kanji dan karbohidrat. Tubuh bayi masih belum menghasilkan enzim yang mencukupi untuk proses ini. Enzim amilase di dalam air liurnya belum cukup bagus untuk menjalankan proses pencernaan pertama.

Tubuh bayi masih belum dapat memproses lemak. Manakala buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses protein yang tinggi dari sumber telur, daging dan susu lembu (Protein di dalam susu ibu adalah berbeza).
Tidakkah anda berasa kasihan dengan tubuh bayi semuda itu terpaksa bekerja keras untuk menerima zat2 makanan yang masih belum sesuai untuknya?


2. Masalah kesihatan jangka masa panjang

Pernahkah anda terjumpa seseorang dewasa yang kelihatan sihat, menjaga pemakanan, rajin bersenam, tiba2 jatuh sakit atau meninggal dunia akibat penyakit kronik, seperti sakit jantung, strok, kencing manis, buah pinggang dan sebagainya?
Menurut kajian yang dibuat oleh University of Buffalo, salah satu penyebab keadaan ini adalah akibat dari pemberian makanan terlalu awal.
Tidakkah anda menyayangi anak anda dan masa depannya?


3. Masalah dalam penyusuan

Bayi yang diberi makan terlalu awal, akan lebih kenyang dengan makanan. Ini akan mengganggu penyusuan ibu kerana mungkin bayi sudah tidak mahu menyusu lebih banyak.
Fikir-fikirkanlah tentang masa depan anak-anak kita. Ada sebabnya apabila satu riwayat diceritakan kepada kita bahawa RasulullahSAW cuma memercikkan air pada pakaian yang terkena kencing bayi lak-laki di bawah usia 2 tahun yang hanya minum susu ibunya sahaja.
Ada mesej tersembunyi kenapa Rasulullah masih tinggal bersama Halimatussaadiah, ibu susuannya meskipun usia Baginda sudah melepasi 2 tahun.
Sayangilah masa depan anak-anak kita. Jangan terlalu ghairah untuk melihat bayi kita ‘cepat besar’ dan memberinya sesuatu yang dia belum bersedia untuknya. Ikutlah saranan yang telah digariskan, sebagai satu usaha untuk memastikan anak-anak kita membesar dengan sihat dan terjaga kesihatannya.
Source : http://mysuperkids.net


3 comments:

Sh@MytO said...

jgn Adila...jgn!!! jgn la bg mkn b4 waktunya...

kikin said...

hi adila....pls jgn bagi apa2...my mum dia nurse kat wad bersalin...selalu pesan jgn assume baby lapar....jgn bg ape2 belum tiba waktunya..baby nangis?biar die nangis sbb tu lumrah baby sbb dia belum pandai berkata2..hanya nangis...

Adila said...

Ye ye memang jangan!!jangan kan.tp cane nak cakap kat mak dan makcik2..dulu laiiinnn..but what should I say?dah exlpain tapi tetap jugak dgn idea tu..ni nak balik kampung pun takut.takut bertambah ramai makciks yang mengiakan..