Tuesday, October 09, 2012

Pengalaman Bersalin Aisy Azziqry (Part 2)


Haa..nak sambung previous entry pasal experience 2nd labor. Ni yang kat hospital pulak.
Ingatkan nak continue tengah hari tadi. Tapi tetibe ada nurse datang check baby.
Cam pelik sebab baru je datang semalam, hari ni datang lagi? Rajin betul..
'Baby G6PD Dificiency memang kita akan spot check selalu ye..'   Ohh ok baiklah.
Baby jaundice katanya. Tapi Mommy cakap tak sebab cuaca tengah panas.
Anak bujang I tuh tak boleh kena panas/menangis, cepat je merah kekuningan jadinya.
Nurse tuh insist suh datang clinic cecepat buat blood test. Alahai malasnya. Takpela. Gi je.
Lelaju Papa balik rumah dari Jln Tun Razak tu. Nasib baik la takyah q. Sampai je, terus dia check. Dan Alhamdulillah baby memang tak jaundice. Photolevel juga rendah je..Phew!

Eh ni bebetul nye sambung cerita bersalin tadi. Heheee..
Hah we ol sampai hospital dekat kul 5 pagi kan. Melanguk lama jugak sebelum di attend sebab tetibe ada 4 orang datang nak bersalin pastu diorang tak cukup doctor + nurse + katil.
Plus, muka ni tak nampak cam nak bersalin sangat pun, rilex je boleh borak-borak ngan husband pastu gegelak menyebabkan diorang ignore je aku dulu untuk 20 minit. Fine..
Takpela, sila utamakan patient yang lebih berkerut muka mereka. Kesian tengok diorang.

Kul 5.30 pagi baru la ada houseman available check mak buyung ni hah. Dr Thoh namanya. 'Bla bla bla..Ok 4cm. Boleh ready untuk masuk labor room ye puan..'
Hah? 4cm? Rasa cam dah dekat 6 jam contraction ni.. Tapi baru bukak 4 cm?
Frust + happy. Frust sebab membayangkan kena tunggu lagi 6cm = 6jam (biasanya la)
Happy sebab doa supaya dapat bersalin hari tu termakbul. Alhamdulillah.

Kul 6 pagi ditolak ke labor room guna wilcha..Eh saya boleh jalan lagi la..Takpela..
 'Hi Papa..Mommy dah 4cm..'   'Yeke? Ok..jumpa dalam labor room..'
Masa ni boleh sesenyum sesengih lagiiii..Rasa senggugut je kann..(belum tau nasib diri)
Midwife pasang zikir ngan bacaan AQ. Bagus.

Dalam labor room. melanguk sengsorang. Ish ntah kemana. Lupa nak amik hp kat dia.
Kalau tak, leh check in 'labor room hosp ampang' kan. Heheee..
Dengar bunyi CTG tu yang tak best tuh. Elok dup dap dup dap, tetibe bunyik tiiiiiittt..
Lantas bergegas lah diorang datang tengok..Oh takde ape. Salah position tuh.
Fuuhh..Suspen je tau. Dalam labor room, Dr Kogi yang handle. So sweet and nice.
Nasib baik la dia suh mengiring ke kiri. Ada terbaca yang mengiring ke kiri boleh mudahkan proses bersalin. Dr tu pun bg alasan yg sama. Lagipun, kurang sikit rasa sakit pinggang kalau mengiring berbanding dengan baring terlentang. Betul.

Pukul 7 pagi Dr Kogi asyik tanya je ada rasa nak buang air besar tak? Serious takde.
Dia nak pecahkan ketuban supaya cepatkan proses bersalin. Ok..Silakan..
'Eh..Mana ni..Takde pun..Alamak tingginye amnion sac u.Tak sampai la..Macam susah la..'
Erk..maknanya ape? Baby tinggi lagi kan? Baby taknak keluar ke? Masa Allysha dulu Dr seluk sket je dah pecah ketuban. Ni kemain payah nye la haih. Sakit betul lah korek2 cenggitu.
Teringat cerita Inna yang kena c-sect sebab baby dia tak engage. O.. M.. G..
After bout 10 min trying, zoosshh..panas jek..Fuhh lega..Nasib baik la tangan dia kecik.
Dr Kogi check bukaan lagi, dah 7-8 cm katanya. Wah! Biar betul! Alhamdulillah..

Pukul 7.30 pagi, masa ni dah terasa sakit. Sakit yang amat. Tak pasal-pasal mengalir air mata. Dr cakap la jangan nangis nanti takde energy. Kena tough di saat2 akhir nih.
'Takkk..I tak nangis. Tak sengaja. huuuuu..Nak husband. Mana diaaa..' (x nangis konon!!)
'U tak bawk handphone ke?'  Oh..i never know sekarang trend bawak hp ke labor room.
'I dah carik dia kat luar tapi takdela. Dah 3 kali tengok husband orang lain ade la..'
Mana Ish time aku tengah sakit sangat ni! Sampai ati! Gi sapkok la tu!! (jerit dalam hati)
'Huuuu..Dr tolong la callkan dia..Please..Adoiii sakitnyee'  'Ok ok gimme his number..'
Dr Thoh masuk, 'Eh Kogi, why u didn't give her the gas? She's in pain.. Aiyoo'
Yes..yes! the gas! I neeeeeddd theeee gaaassssss!! (jerit dalam hati jugak. tak larat dah)
Fuuhhh..lega la skit..Srroootttt..sedut gas taknak lepas!

'Assalammualaikum Mommy..mommy ok tak..Istighfar banyak2..Papa ada ni yang..' 
Ya Allah leganya nampak muka husband. Puas genggam besi katil sampai panas besi tuh. Sekarang dapat la pulas tangan Ish pulak sampai berbunyik2 tulang dia hahah.
'Papa pegi mane? sapkok kan?!'  'Eh tak aa tadi papa gi solat dulu..pastu doakan mommy..'
Ok menyesal menuduh. Dah la banyak kali mintak maaf tapi buat dosa jugak lagi..Haih..
Then..faham2 jela adegan suami menenangkan isteri tak keruan dalam labor room kan..
Masa ni Ish cakap ape pun dah tak dengar. Sedut gas lelaju. Terpaksa sebab tak tahan.
Nasib baik nampak lagi la ayat-ayat AQ yang diorang tampal kat dinding. 
Dah berpinar2 tapi cuba jugak baca sebab taknak terpengsan.

Pukul 8.15 pagi tetiba rasa cam urge. Nak meneran. Errkkhh..Errrkkhh..
'Mommy, mommy nak push dah ke? Papa nak tekan bell nih' 'Belum kot..tunggu jap..'
Meneran lagi..Cam mengerang pun ada. Euww..mesti buruk bunyiknye kan..hehe..
'Mommy, mommy nak push dah ke? Papa nak tekan bell nih' 'Jap jap..belum lagi ni..'
Meneran lagi..Kali ni mengerang lagi kuat. Hahah takleh nak control woo..Cam nak buang..
'Mommy, mommy nak push dah ke? Papa nak tekan bell nih' 'Tekan cepaaattt!!.'


Pukul 8.30 pagi midwife masuk, tengok sket, terus prepare barang-barang dia.
'Wife saya dah nak bersalin ke kak?' Dah bape cm?  'Ha'ah full..dah boleh push ni'
Ok start push. Rasa cam dah prepare mentally and physically, penuh ilmu di dada dah pasal push2 nih, hari-hari baca pasal push..Tapi tak tau la kenapa fail. Salah technique Ish kata.
'Mommy jangan meneran kuar suara! Teran kat perut! Cam nak buang air besar! Breathing teknik tu mommy. Tarik nafas pastu teran kat perut! Push!!'
Wah berbaloi train husband I sebelum ni. Boleh jadi Pak Bidan!

Pukul 8.40 pagi..here u go! Uweeeekkkk!
'Papa..boy ke girl?'    'Boyyy..Boy yang..Alhamdulillah..' *nangis okeh!
Terus dia letak baby atas dada. heeee..Cam kakak masa baru lahir dulu lah..Leganya..
Midwife keluarkan placenta dah tak rasa ape dah. Happy tengok muka baby.

Pukul 8.50 pagi. Dr Thoh ngan Dr melayu masuk 'Now nak buang darah beku dalam perut which is a bit painful. Tapi bukan I yang buat. Ada doctor lain ye. Tahan sket..' 
Ohh..ingatkan tak la sakit sangat. Tapi sakit jugak la sebenarnya dia korek2 perut kita ni..
Tekan-tekan perut, masukkan cotton, pastu tetekan lagi..adoooii..

Pukul 9 pagi, 'Ok done. Sekarang nak jahit pukak. Ha ni I yang jahit ye. Ada 3 layer. 
Dalam, tengah, dengan luar. Kalau sakit, u sedut gas ye..' Kata Dr Thoh.
Bagus Dr nih. Masa Allysha dulu midwife yang jahit dan diorang tak bagi sedut gas! Kijam!!
'Dr..nak bius..I ingat lagi jahit la yang paling sakit skali. tak kire, nak bius jugak..'
'Of course, memang la bius pun..' Ye dan aku sendiri dapat rasa dia inject kat 3 tempat.
Sesambil sedut gas, boleh nampak jarum yang cam mata kali tuh. Pastu boleh rasa benang lalu kat isi bawah ni okeh! kenapaaa rasa sakit lagi niii..haddooiii..tahan jela..

'Ok siap dalam dengan tengah. Now lapisan luar. Which is painful. I know. Tahan ye..'
Hahhhh?  Belum siap lagi ke? Dr ni dari tadi jahit sulam ke ape?? Alaaaa..
Haaaa..masa nii..terangkat2 kaki aku. Sakit gileeee..Mengalir air mata weyyy..
At least Dr Thoh ni cool. Banyak support. Lembut je. Kalau midwife, membebel je tau. Ingat orang merintih sakit sesaje ke? Tak baik tau..

Kul 9.20 pagi settle la sumenye..Tapi kena tunggu dalam labor room dulu jap sebab ward full. Boleh plak ramai gile orang bersalin hari tu. Ramai sampai ada yang kena baring atas katil kecik cam stretcher. Yang kena duduk je pun ada jugak. Walhal baru lepas bersalin nih. Kesian. Takpela. Kat negara diorang lagi teruk agaknya kan. Privilege sangat la dapat bersalin kat sini sebenarnya. Pastu nurse hantar kita kat 3rd class dulu. 
Serious cam berada di negara lain. Stress tul bising pastu orang lalu lalang. Pastu panas.
Cian family and friends yang datang visit ramai-ramai di tempat sempit. 
Tapi takpe, tetap bersyukur sebab dapat bersalin normal dengan selamat. Tu yang penting.
After 2pm baru la dapat masuk bilik. Fuuhh lega..Tido 1 malam kat situ.

Esoknya, dah siap-siap nak balik ni..tetibe Dr Akmal datang
'Encik, Puan..sorry to inform..dari blood test semalam..baby ni ada G6PD Dificiency..'
.......... 
Both mommy and papa speechless. Mulut ternganga. Berdebar tunggu explaination Dr tu.

Apa G6PD ni? Tu entry lain ye..Sebba ni pun dah berjela sangat dah niiiiii..
Takut ada yang termuntah baca pepanjang..K bai!

3 comments:

Ilyia Nur said...

ak skip baca bahagian leas dr kate kene jahit..tak sanggup mak!!!

Adila said...

hoi!!bacalah!ilyia..bacalah..mane boleh skip..alaaaaaaaaa..sbg penulis, kecik ati i tau..hahaha..

~inna~ said...

bestnya baca..moga2 inna plak dpt chance bersalin bormal pasni...dila kna jd tok guru...