Monday, October 29, 2012

Sedihnya Jadi Julia

updated via hp saje..

Tertengok Julia tadi. Takde la follow sangat. Tapi episod tadi berjaya membuatkan aku sebak sampai bergenang air mata. Coverline duduk kat hujung skali sambil bf aisy. Kalau ish nampak sure sampai habis cite julia die gelakkan aku.

Mana tak sedih..Dah la tengah pregnant, dah takde husband (memang baik takde, daripada anak beranak menyakitkan hati cam family si azwan tu). Di saat memerlukan support, family dicintai  pulak dijemput Ilahi. Tengah tersadai bersedih, tetibe hilang job pulak. Ya Allah besarnya dugaan..Sedih gile ok tengok Julia nangis terduduk teresak-esak cenggitu. Kesian Julia. Kesian baby Julia..

Yela memang ni drama je. Tapi tak mustahil pernah terjadi pada hamba Allah. Tetibe rasa sangat insaf. Aku banyak complaint. Banyak merungut. Walhal aku sepatutnya bersyukur. Masih ada suami. Ada anak-anak. Masih ada mak abah ucu mama sdare mara kawan-kawan baik. Masih ada kerja. Masih cukup segalanya walaupun sederhana..Subhanallah..

Allah ada cakap dalam AQ bahawa harta dan anak-anak adalah pinjaman. Jika masih ada, bersyukurlah..Dalam buku La Tahzan pun ada mention jika anda masih ada tempat berteduh, sesuap nasi dan seteguk air, maka tiada sebab untuk anda bersedih.

Tapi aku tak, ada masalah sket, dan sedih. Diuji sket, da down gile. Walhal ada hamba Allah lain yang lagi kesian daripada aku. Astragfirullah..So Adila, bersyukurlah...

No comments: