Untuk mengelakkan terus rasa malas dan leka duduk rumah dengan tak membuat apa-apa selama 60 hari, maka to-d0-list ini adalah perlu sebagai reference supaya tidak out-of-track dan terus lena diulit intan di siang hari.
So mulai hari ini..eh ni dah petang..mulai hari esok lah..saya perlu..
Buat EBM stock : Target sehari mesti dapat
simpan at least 6oz. Bukan tak boleh usahakan lebih, tapi sebab xde extra
fridge dan freezer rumah ni sentiasa full, banyak mana sangat la stock yang
boleh disimpan kan? Mungkin perlu tumpang fridge rumah emak juga. Baiklah. So
far susu banyak sampai kekadang memancut dan Aisy tersedak terbatuk bila minum.
Alhamdulillah. Hanya perlu kerajinan yang hakiki dari diri sendiri untuk
mengepam di mana itu adalah perkara paling memboringkan pada masa ini..
Practice Aisy berjaga siang dan tidur malam
: Hah kau. Ni penting ni. Taknak la mommy gi keje mata cam panda. Or even worse
cam zombie. Maka, mulai hari ini, kena paksa Aisy bukak mata dan jangan tidur
sangat waktu siang supaya malam dia mengantuk dan tidur nyenyak cam mommy
jugak. Please Aisy, help mommy for this sayang..
Bawak Aisy pergi inject dan khatan : Seronok
sangat tidur siang tengok tv duduk rumah, sampai lupa perkara
penting.Maka perlu masuk dalam list. ASAP!
Cari baju : Baru kemas wardrobe.
Setelah dibungkus baju-baju masa pregnant yang takkan dipakai lagi dah dalam
masa 5 tahun ni (yela tu kau Adila..tetengok next year mengandung lagi hahha),
apa yang tinggal hanyalah 3 helai baju kurung. What? Mana yang lain. Baju jenjalan
pun banyak MIA. Baru teringat semua dah hantar balik Rawang sebab tak muat
pakai masa pregnant. Bila dah sampai sana, haruslah Ika dah rembat beberapa
helai kan. I know you read this ika. Sila pulangkan! Muahah! Oh malasnyaaaa nak
cari balik bebaju yang tak tahu kat mana ku humbankan. Bawah katil agaknya. Mungkin
perlu juga menempah baju kurung baru dan membeli beberapa baju casual lain
supaya bersemangat memulakan kerja (alasan tak sabar nak shopping)
Cari kasut : Same goes with all my
shoes. Wedges, heels, entah kemana. Yang nampak hanyalah selipar jepun. Walhal
elok elok belaka. Mungkin ada kat boot kete, bawah seat, kat shoe rack mama,
shoe rack mak, bilik rumah Rawang, atas almari dan bawah katil. Eh bersepahnya.
Patutla laki aku bising. Ok ok akan mula mengumpul semula semua kasut di satu
tempat saja supaya senang pilih nak pakai yang mana bila dah start keje nanti.
Cari make up : Masa belum bersalin, beg
make up gemok sampai tak muat zip. Sekarang dah leper yang tinggal hanyalah
mascara beku, eyeliner patah, dan compact powder yang pecah. Mane pergi eye shadow, blusher, brushes, lipstick
etc?? Ini sume kerja Allysha! Nak cari celah mana bebenda kecik tuuu? Tapi rasa
macam dah lama tak beli make up. So need to spend money on it. Hadoii..Takpelah.
Skali skala.
Baca buku : Gatai sangat beli buku
tetebal sampai 6 bijik kengkonon nak baca masa tengah cuti ni. Tapi dah 30 hari
berlalu, 1 buku pun tak khatam lagi. So akan cuba habiskan at least 3 buku
supaya impian nak jadikan ini sebagai hobi dengan azam 1 bulan 3 buku termakbul. (agak mustahil ada hobi mulia camni. Tapi
akan cuba supaya dapat jadi contoh kepada anak-anak)
Practice routine bila dah start keje nanti
: Dah terbiasa bangun lambat dengan alasan sebab tidur lambat. Bila nak keje
nanti mesti liat. So perlu practice 2 minggu sebelum start keje. Seterika baju
keje, mandi subuh, mandi/salinkan anak2, breakfast awal, siapkan bekal Ish, itu ini begitu begini.
Yang penting, takleh tidur siang lagi!
Wah banyaknye! Ni pun ade lagi
yang tak teringat ni. Ape lagi ek? Takpe. Bila ingat nanti, akan edit entry
ini. Eh ok la. Nak pump susu dan kejutkan Aisy (kononnnnn walhal ada rasa cam
nak nap) Bye!
2 comments:
bab baju br tu jom kite g kenanga wholesale centre nak?great for money value..tp kne g bergeng br dpt murah..bab mekap tu cr jela kim shikin..heee
makeup settle! kopak duit weyh..ee maintenance maintenance..jom gi KWC!!paling skt blh beli biasanya 3 kan..ajak reramai jomm!!
Post a Comment